Penyakit Hati

Salam

Aku ada seorag kawan perempuan yang mempunyai masalah family. Juga berkait dengan ayah. Lebih kurang confession sebelom ini. Perempuan ni dulunya seorang yang baik. Seorang lemah lembut. Cantik dan pndai orangnya. tetapi berubah mnjadi pedendam setelah masalah dengan ayahnya. Sebelum masalah itu aku ada dapatkan nombor telefon ayahnya untuk merisik kawan perempuan aku ini. Sebelum aku on the way kerumah perempuan tersebut di kelantan. Kawan perempuan aku ada mesej memberitahu tentang ayahnya. Dia dapat bukti ayah dia buat perangai dan dapat tau ayahnya kahwin di siam. Hajat aku terhenti disebabkan masalah itu dan kawan aku menjadi berubah 360 degree sehingga dia tidak percaya dengan lelaki dan menjadi garang. Dipendekkan cerita sebenarnya mak perempuan ni dengan ayahnya orang2 yang susah dan ayahnya bernikah lain dengan perempuan yang agak kaya. Sehinggakan lupa tanggunjawab seorang ayah. Kawan aku sedih sehinggakn membatalkan plan untuk berkahwin dengan aku. Dia bekorban untuk bahagiakn mak dia dan adik2 dia. Sekarang kami tidak lagi berkawan macam dulu. Dan aku cukup sedih. Segala plan aku untuk meminang dia dan menjadikan dia isteri aku terhenti. Aku sedih orang yang aku kenal dari sekolah lagi sehingga dia habis belajar di ipta melaka telah berubah.dalam sekelip mata. Bukan sahaja berubah hati. Tapi perangai.persepsi. pmikiran. Sangat2 negetif. Lebih2 lagi terhadap lelaki.lebih2 lagi terhadap orang yang belajar aliran agama macam aku sebab ayahnya ustaz yang agak alim. Wlaaupun dia kini telah menjauh. Membenci. Kerana aku seorang lelaki. Tetapi aku gembira dan hanya mampu melihat dari jauh kejayaan dia. Kini dia berjaya menjadi seorang engineer. Dan dapat bahagiakn mak dan adik dia. Aku harap suatu hari nanti dia akan terbuka hati.Berjaya dunia akhirat dan terus menjadi perempuan solehah sebgaimana yang aku kenal dulu dan melupakan dendam yang tak kan membawa kemana2.

So as conclude ustaz ke . Orang biasa ke ada ujiannya. Salah satu ujian lelaki ialah perempuan.lelaki yang kuat ialah lelaki yang tahan godaan perempuan.Kita hanya merancang. Tetapi Allah yang menentukan. Maka bertabah la. Mungkian ujian ni terlalu kecil berbanding ujian orang di luar sana. Penyakit hati. Cinta menjadi dendam. Mengharapkan timbulnya cinta kembali.hanya padaNYA aku berharap. Aku harap kalau aku kahwin nanti aku akan jadi ayah yang baik pada anak2 aku. Dan tidak menjadi seperti ayahnya.

#doakubuatmudarijauh

– mr k

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *