Penyakit Isteri

Salam semua. Ramadan sudah pun tiba. Raya pun hampir tiba. Masa macam ni la penyakit ni datang.

Penyakit ni dah bertahun2 terjadi dalam kalangan keluarga terdekat & juga keluarga jauh aku.

Penyakit yang aku maksudkan adalah beli baju raya atau persiapan raya mahal2 lepas tu BERNIAT untuk jual balik selepas raya, sebab berbelanja tak ukur di badan sendiri.

Barang2 mewah di beli untuk menunjuk2 secara sementara, untuk gambar dan untuk menunjukkan terpaling bahagia.

Contohnya, si A beli baju raya berharga RM400 sepasang, handbag RM500, OOTD hari raya,

Beberapa minggu selepas tu si A iklankan baju tersebut untuk di jual prelove dengan harga rugi 30-50%.

Katanya, kerugian tu kira macam “sewa”.

Adoii.

Pening aku.

Orang yang ada penyakit ni sebab nak nampak mewah di hari raya, nak ikut trend, nak terpaling masuk butik, nak menunjuk2 la kira tapi tak mampu.

Jadi, kenapa aku bitter? Trend ni mengajar tentang kemewahan sementara.

Paling penting, sebab aku bitter adalah…. Sebab isteri aku pun dah mula terpengaruh.

Banyak kali juga isteri aku minta nak baju raya MEWAH 500+++ dengan alasan, nanti lepas raya jual balik.

Aku kata, kalau sewa kedai aku benarkan sebab harga tetap. TAPI kalau nak beli di butik & jual kemudian, aku tak bagi.

Apa jadi kalau tak ada orang beli atau orang nego low ball sampai 70-80%?

Masalahnya isteri aku tak nak sewa sebab baju sewa kebanyakan bukan baju raya baru 2024. Kalau ada pun bukan latest release kata isteriku.

Cth, baju yang baru release dari butik A utk raya 2024. Mana ada orang buat sewa sebab baru kan. Orang beli pun untuk pakai sendiri.

Aku tanya balik isteri aku, apa fungsi beli baju sekali pakai?

Apa fungsi bermewah sehari?

Isteri aku diam.

Aku tak pernah berkira dengan isteri bab makan, nafkah dan bercuti. Cuma bab baju untuk sekali pakai, hmmm. Botak aku.

– Bob (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *