Assalamualaikum.. Thanks admin approve..
Seminggu lebih yang lepas, aku ada post confession pasal 'perangai mak aku', dan aku nak ucap berbanyak terima kasih kepada sesiapa yang baca dan yang bagi komen/nasihat yang positif..
Dijadikan cerita, aku balik la hujung minggu hari tu untuk pujuk mak aku ni. Sebelum balik ni, kakak aku ada laa tunjuk mesej yang abang S ni bagi kat dia. abang S bagi maklumat kat kami apa yang dia cerita kat mak, supaya cerita kami tak bercanggah dengan cerita dia. Dalam mesej tu tup2 keluar pasal yang adik2 aku dan mak tiri aku dapat duit bantuan 50k untuk anak2 yang bawah 18tahun, dan kebetulan nama aku dimasukkan sekali sebab aku masih belajar. Sejujurnya, aku dan kakak aku tak tahu pun pasal duit tu. Dan aku pun tak kisah pun.
So hari tu, aku, kakak aku dan abang F balik pujuk mak. Sampai pukul 12 tengah malam, mak dah tido, siap kunci bilik lagi. Aku penat, aku tertido. Bangun pepagi, aku nampak ada orang hidang makanan untuk sahur. Memandang kan bilik aku depan dapur, aku nampak la.. Rupanya mak aku. Hati aku dah lega dah. Sebab kalau mak aku yang hidang, maksudnya hati dia dah sejuk. Aku keluar bilik tu, terus peluk mak aku dan minta maaf. Rupa2 nya malam tu dah drama airmata pun antara mak aku ngan kakak aku. Ok, aku lega, aku tak payah nak nangis2 dah.
Eh2, aku ingat dah settle. Sekali, mak aku dok ungkit plak pasal rm50k tu, cakap aku tak dapat bahagian pun. Abang F aku ni pun, volunteer tuk pergi jumpa adik aku (sama ayah lain mak) untuk tanya pasal duit tu. Semata-mata sebab mak aku mengungkit ni. Padahal, dari rumah mak aku dan rumah adik aku tu, mau 3,4 jam jugak naik bas. Dia pun merelakan lah diri. Ok, abang F dah jumpa adik aku, terus kami balik KL.
Mak aku tak usah cakap laa, setiap kali call aku mesti dok mengungkit pasal duit 50k tu. Macam2 laa yang dia tak puas hati. Konon cakap, eh mak tak kisah tak dapat pun, asalkan kau merasa jugak duit tu. Nak jugak rasa sebab mak besarkan korang, mak pun beranakkan korang.
Aku hanya mampu tadah telinga dan bersabar. Bila laa mak aku nak redha dengan arwah ayah ni..
Bincang punya bincang, aku dapat laa 1k untuk buat majlis pertunangan aku nanti. Duit tu tak ada pun kat tangan aku, adik aku bagi dekat abang F. 600 memang dah habis untuk makan. Yang lain2, macam hantaran, cincin aku beli guna duit simpanan aku sendiri.
Eh,eh, tiba2 mak call cakap, mak nak beli karpet baru laa 2 bidang, nanti orang datang tak ada tempat nak duduk. Aku cakap laa, duit tak dapat lagi, macammana nak beli.
Mak cakap, tak apa guna duit dia dulu. Duit dia DULU tau.. Maksudnya nanti akan claim dengan duit aku.
Dia beli karpet, hantar gambar karpet tu tunjuk kat aku, sebab nak tanya berkenan ke tak. Sebelum ni beli apa-apa, tunjuk jer, tak pernah pun minta pendapat aku. Eh,eh, tiba-tiba hantar gambar cadar pulak, murah jer katanya 100 lebih. Aku tepuk dahi jer lah.
"Mak, orang tunang sarung cincin kat luar. Tak masuk pun bilik."
"Laa tak apa laa. Mane tahu orang jenguk bilik ker."
Aku tak kisah tau dia perabih kan duit aku tu, sebab dari mula pun aku tak rasa tu duit aku. Tapi kan, kalau lah duit tu boleh buat umi tutup mulut dan tak mengungkit. Aku pening, aku pening. Beberapa hari lepas, call mengadu terasa hati, sebab tak dapat duit bantuan. Orang kat situ tak bagi sebab nampak mak aku senang. Ye lah, apa lagi tak cukup dia tu.
Ok, back tu cerita bila kami balik KL hari tu. Aku dan kakak aku balik malam tu lepas berbuka. Tapi abang F balik naik bas dari rumah adik aku. Sampai KL dalam pukul 5, ngantuk laa kan. Pukul 8 sebelum kakak aku pergi kerja, kakak aku kejut abang F sebab nak tau story macam mana. Kakak aku ni kira supporter dalam family kami. Aku ke, adik2 aku ke tak cukup duit, dia support. Selama ayah aku meninggal dunia, dia la yang support sedikit tak banyak adik2 belah sana. Jadi, dia pun tak tahu pasal duit 50k tu, dia terkilan. Dia bukan nak, dia cuba nak tahu.
Masa tu abang F taknak bangun. Kakak aku pergi je lah kerja. Sekarang, aku tak tahu apa cerita. Tapi, kakak aku cakap abang F merajuk sebab ni. Abang F pulak cakap kat mak, kakak merajuk. Aku ni malas nak support sape2. Nak jadikan cerita lagi, abang F sepatutnya balik dengan kawan dia, tapiiiii abang ipar aku ajak balik sekali dengan kami. Mak pulak pergi bagitahu abang F, yang kereta tak muat sebab barang2 aku banyak, sebab aku buat barang hantaran kat sini. So, abang F mesej kat kakak aku tanya macam mane. Cumanya, masing-masing keras kepala tahu tak. Tanya macam nak gaduh. Kakak aku pulak sibuk dengan kerja, so dia reply 'ikut suka hati la'. Abang F bengang, dia cakap dia tak nak balik raya.
Peerrggghh, mak aku apa lagi, drama lah.. Call aku nangis2, minta aku pujuk kakak suruh minta maaf dengan abang F. Aku tak tahu lah kenapa boleh jadi camni, padahal abang F aku tu adik kesayangan kakak aku. Yang aku stress mak aku cakap, kalau abang F tak balik, dia tak nak dok rumah, MAJLIS AKU PUN DIA TAKNAK BUAT. Kau bayangkan, ni kali kedua mak ugut nak batalkan majlis aku. dan KALI NI AKU TAK ADA KENA MENGENA PUN DALAM MASALAH NI. aku stress gila-gila, rasa macam kena hempap jer..
Kakak aku dia bukan pujuk, dia ajak balik, tapi dengan cara membebel. Abang F pun balas balik, pedas jugak mesej2 dia, aku baca. So, sahur tadi, kakak aku tension. Dia nak ngadu kat laki dia, tapi laki dia sibuk tengok bola. Aku nampak lah abang ipar aku dengar jugak kakak aku cerita, tapi ye lah perempuan tengah tension ni, baik kau bagi sepenuh perhatian kat dia. Kakak aku bengang, dia tarik tangan anak dia (nak dekat 2 tahun), tarik dengan ganas, dan terus angkat. Menangis anak saudara aku tu. Aku yang duduk kat belakang diorang, dah terkejut beruk dah masa tu. Benda ni berlaku dengan sangat pantas sampai tindakan aku selepas tu pun diluar kawalan.
Abang ipar aku tiba-tiba mengamuk, bangun, angkat tangan nak pukul kakak aku. Aku spontan campak makanan aku, terus pergi kat diorang, berdiri antara kakak dan abang ipar aku. Aku cuba ambil anak saudara aku tu, tapi kakak aku peluk kemas2. Aku rasa kakak aku cuba serang abang ipar aku kot, yang aku sedar, abang ipar aku tolak kakak aku sampai terduduk kat sofa, dan angkat tangan lagi. Aku terus peluk kakak aku, dan tolak abang ipar aku. Aku ingat lagi, masa tu aku cakap "Anak tu, kesian anak sakit." Kakak aku bangun bawak anak dia masuk bilik.
Abang ipar aku tak pernah marah macam tu. Aku pun tak pernah dengar sampai dia angkat tangan kat kakak aku. Tapi, kalau aku kat tempat abang ipar aku tu pun tadi, aku pun akan mengamuk. Anak tu kot, buat macam tu. Abang ipar aku pun marah kat kakak aku sebab dia buat anak dia macam tu. Kau bayangkan masa aku terduduk peluk kakak aku, dan abang ipar aku dah cool down sikit, menggigil satu badan. Air mata tak boleh control terus mengalir keluar. Serius wey, aku tak pernah ada pengalaman macam ni. Dan nasib baik aku ada tadi. Aku fikir kat anak saudara aku tu jer.
Cuba laa, korang tengok. Kes mula dari mak aku jer. Kalau dari awal mak aku tak tahu duit pusaka arwah ayah aku tu, semua tak jadi macam ni. Nampak hal-hal yang jadi ni tak berkaitan, tapi sebenarnya, dia berpunca dari benda yang sama. Betul la, berebut harta ni, boleh pecah belahkan keluarga.
Aku terus mesej abang F, minta dia balik. Kalau taknak fikirkan orang lain, fikirkan mak aje. Dan aku col mak aku, suruh cakap kat abang F, takyah laa fikir pasal kakak or aku, fikir pasal mak jer. Abang F baru mesej aku cakap, jangan risau, dia balik jugak.
Majlis pertunangan aku lagi seminggu, aku harap sampai sini je lah ujian yang aku dapat. Aku cuba jadi cool dan sabar. Tuhan je tahu betapa aku serabut dengan hal-hal yang jadi. Sampaikan aku rasa semuanya berpunca dari aku.
Ye lah, kalau bukan sebab nak buat majlis aku, tak ada lah mak pergi minta duit ngan mak tiri. Kalau dia tak minta, dia takkan tahu pasal duit2 lain keluarga sana dapat.
Kalau bukan majlis aku, kakak aku tak payah balik sini. Dia boleh terus raya kat belah mertua dia, dan dia tak perlu fikir pasal abang F merajuk ke, tak balik raya ke.
Kalau bukan pasal majlis aku, abang F tak balik pun tak apa. Tak ada lah mak ugut nak batalkan majlis aku semata-mata nak dapatkan apa yang dia nak..
Seminggu je lagi. Aku harap aku mampu bertahan dan bersabar..
Untuk bakal tunang aku, aku dah kenal dia dua tahun, aku harap dia bersabar dengan apa yang jadi dalam family aku ni. Dia tahu semuanya sebab, dia aje yang aku ada untuk luahkan segalanya. Aku harap ni semua takkan goyahkan hubungan kami.
– KK
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
hal keluarga buat apa cerita dengan tunang. manusia boleh berubah2.
Jangan berkalau…anggap apa yg terjadi sebagai ujian dari Allah
Kesian kau dik. Stress juga aku baca, cuma aku rasa kakak dan abang kau sebenarnya stress ngan mak kau. So apa je tindakan diaorang mcm tak berakal sebab terlampau stress. Aku pun baca stress ni
dik..akak dulu bertunang xde majlis pun…risik tunang sekali…sbb pangai mak akak pun drama queen gak…mls nk pikir2.. hahahaha
Dik bersedialah mhadapi hari ptunangan Dan pkhwinn kamu yg lebih mcabar. Mmg sllu tjadi pngntin nk biasa2 tetapi ibu pngntin pulak yg lebih2. Pepandailah kamu.
Pening juga cita ni
Tu salaa ibu ko ….sebab harta mengharuk buat drama cerita tv3 ..haha , tpi kau perempuan mudah lepas kau kahwin yg wajib jaga suami kau je nnti …so bertahanlaa sampai kau kahwin nnti
Munirah Ahmad.
Serius pening!!
Semoga dipermudahkan semua urusan kau dik..
Dulu pernah jd mcm ni. Tapi skrg, manusia berubah bila kita back tu basic :)
Jap, rasanya confessor ni lelaki sbb confession dia yang sebelum ni tu, yg first tu, dia cakap dia lelaki. Hehehe