Perangkap Cinta

Aku merupakan seorang lelaki yang sangat cliche, sangat typical. Lulusan universiti awam, bekerja sebagai seorang jurutera tempatan. Tiba umur aku 27 tahun aku tengok kiri kanan semua orang dah kahwin. Tapi aku ni kawan perempuan pun tak ada. Hati dah rasa macam nak kawin jugak, nak ada keluarga..mungkin sebab penat dedikasikan masa semata-mata untuk kerja. Jadi aku minta kawan-kawan aku kenalkan aku dengan seorang perempuan yang sesuai la aku nak jadikan isteri.

Pendekkan cerita, aku dipertemukan dengan seorang gadis. Simple, tutup aurat, lemah lembut, cukup sifat bagi aku. dua tahun kami kenal, aku yakin memang dia lah jodoh aku. Sebab apa? Personaliti dia. Nature kerja aku ni memerlukan aku sentiasa on call,sentiasa sibuk. Tapi selama kami berkawan, dia tak pernah merungut walaupun keluar pun sebulan sekali je. Lepas tu, dia sangat independant, takde nak bergantung pada aku sangat. Seorang yang sangat bijak bagi aku, matang dan memang sempurna dan dari keluarga yang baik2. Aku luahkan niat aku untuk kahwini dia & dia setuju.

6 bulan kemudian kami menikah. 2-3 minggu berkahwin, aku rasa ada yang tak kena. Tapi aku abaikan saja biasalah baru lagi maybe belum biasa. Satu hari, aku tengok laptop dia. Ada satu emel menarik perhatian aku. Dia berbalas e-mail dengan Al-Baghdadi, satu tempat belajar Al-Quran. Bertanya kan yuran pendaftaran bagi orang dewasa. Aku belek2 tengok pendaftaran tu nama dia.

Tengah aku tengok tu, dia keluar dari bilik air & pandang aku. Aku tanya dia, awak nak belajar Quran ke? Dia terdiam tak jawab apa-apa, berjalan masuk dan duduk atas katil kami. Air mata dia mengalir laju, badan terhenjut-henjut menahan sedu tangis. Aku panik, dah kenapa isteri aku ni. Aku duduk sebelah, tanya dia kenapa. Dia buat pengakuan yang dia tak pandai mengaji dan sembahyang. Dia cuma hafal surah2 lazim sahaja tanpa tahu macam mana nak baca quran. Dia mohon maaf dari aku. Aku terkejut macam mana aku boleh tak perasan semua ni. Mugkin sebab sepanjang 3 minggu ni aku yang mengimamkan dia dan dia mengaji surah-surah yang dihafalnya. Zahirnya, dia nampak seperti muslimah sejati. Tudung labuh, berstokin, baju longgar, malah muka dia berseri walaupun kulit tak cerah mana. Aku tak tahu sekarang macam mana. Dia aku kahwini sebab aku fikir dia cukup didikan agama. Katanya, perkara ini mak ayahnya pun tak tahu. Ego aku tercabar, aku kecewa bila tahu perkara ini. Malam tu aku tidur luar. Tak tidur pun sebenarnya, aku berfikir sepanjang malam.

Esok paginya, kami solat subuh seperti biasa. Tapi tangan yang dia hulurkan untuk menyalami aku, aku biarkan tak bersambut. Aku terus bangun bersiap nak ke pejabat. Aku dapat lihat dia mengesat air mata, tapi aku biarkan. Hati masih sakit, masih kecewa. Terasa macam kena tipu, walaupun dia tak pernah cakap pun yang dia lancar mengaji, pandai sembahyang sebelum ini.

Beberapa minggu berlalu, aku memang diam saja tak bercakap dengan dia. Hari ini aku nekad, aku ingat aku dah fikir masak-masak. Aku panggil nama dia. Terkejut dia mendengar mungkin sebab dah lama kami tak bercakap. Muka dia seperti redha dengan apa saja yang bakal aku cakapkan. Aku luahkan kekecewaan aku padanya. Aku nak berpisah. Dia kata pada aku, berikanlah dia peluang. Dia sedang belajar sembahyang, belajar mengaji. Aku taknak dengar lagi penjelasan dia. Aku lafazkan talak malam itu jugak. Sepanjang tempoh eiddah, dia jaga makan minum aku seperti biasa. Waktu tempoh itu hampir tamat, dia datang pada aku dan bertanya..adakah aku masih tidak sudi menjaga dan mendidik dia. Aku tak boleh terima yang dia, selama 25 tahun hidup, tidak pernah sembahyang atau mengaji, umur 25 baru nak belajar.

Aku cuba hubungi dia selepas setahun kami bercerai. Setahun aku ambil masa untuk sedar bodoh nya aku meninggalkan dia, wanita yang sedang mencari semula agamanya. Waktu itu jugalah aku cuba hubungi dia tapi tak berjaya. Dia dah berhenti kerja tempat lama, dah pindah dari rumah sewanya. Tak cukup kekuatan aku untuk pergi ke rumah bekas mentua, sebab aku tahu macam mana aku layan anak perempuan mereka selepas gadis itu mereka amanahkan pada aku. tak apalah, mungkin memang jodoh kami sampai hari tu je.

Dah masuk 3 tahun kami bercerai. Fikiran aku dah boleh lupakan bayang-bayang dia. Tapi tangan aku gatal search nama dia di FB. Tak berharap pun masa tu tapi, tiba-tiba memang ada di search result. Aku stalk janda aku. Aku dah gila talak ke.

-bersambung

– Faizin Islam

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Click Here

270 Comments

  1. Sikit punya susah nak dapat jodoh, bila dah dapat kenapa senang2 buang. Mana hilang hati&perasaan? Tugas suami la bimbing dia semula. Ni tak, ego tak bertempat. Haa hidup la sesorang

    • Huhu.garang laila???.insya Allah moga brother atas ni dan kita semua terus sedar dan hargai each person yg Allah izinkan hadir dalam hidup kita?

    • Haha kesian dkt akak yg dia ceraikan tu. Kesian sgt.. Elok2 nak baiki diri, dpt pulak org ego mcm tu.. Moga Allah beri petunjuk…

  2. Xfaham kenapa kena smpai lafaz talak… Suami dah tahu isteri macm tu, cuba la didik.. Tenang… Dan ajar dia.. Sebab dia xtahu.. Dan kamu tu suami dia.. Sepatutnya, jangan ada sekelumit pun rasa kita ni lebih baik daripada orang lain.. Mungkin org yang kita anggap teruk tu, di masa depan akan lebih baik dari kita… Still x boleh terima kenapa sampai kena cerai..

    • Hurm tula..myb confessor rasa tertipu dengn penampilan bekas isteri dia tu..dua tahun kawan lpaa kawen baru tau semua..tapi mmg xfaham niat dia tu berkahwin kerana ape? Dah memang tugas suami membimbing isterinya..wife dia pn mmg nak belajar n ade keinginan berubah..cannot brain this!

  3. Org mcm ko ni sahkan nk buat suami.. Buat kawan pon x leh.. Ego.. Bongkak.. Baso bodo.. Doh ore x reti kita kena ajar bukan tinggal.. Mmg ko daaa gila talak.. Klau aku laaa bro jdi abg ipar ko nnti ex wife ko tu nk kawin lain aku ajk ko jdi pengapit.. Padan muka ko

  4. maka ko pon berhuhuhuhuhuhu sorang2 kt rumah selama 3 thun..btullaa lelaki terkenal dgn keegoan nya… mcm ko ni la…ego dgn ilmu ko..ego dgn sikap ko.. ego dgn egois ko… sedangkn allah pon terima hambanya yg x pernah solat stlh dia bertaubat..apatah lg kita ni manusia yg lg hina n kerdil di sisi allah…huhuhuhuhu

  5. tulah, orang dah kahwin kau pun nak kahwin. tanggungjawab terhadap isteri tak tahu satu apa. asyik talak je jadi jalan penyelesaian. kan dah menyesal.

  6. bukan ke tanggung jawab lelaki mendidik isteri yg kurang agama nya? kenapa lelaki perlu mencari seorg isteri yg sempurna agama nya sedangkan kami yg perempuan sepatutnya carik lelaki yg mampu bimbing kami yg lemah? bukan kah seorg lelaki tu pemimpin keluarga??

  7. Cerita nie betol ke? Wujud ke lelaki ego dan bodoh mcm nie? Sayangnye ilmu yg ade tidak dikongsi bersama isteri dan bakal zuriat. Pahala yg berpanjangan selagi anak isteri mengamalkan ilmu yg diajar ditolak mentah2. Kasihannye kamu wahai suami…. Sedih…

  8. Allah.kesiannya saya pada bekas isteri awak.dia willing tu belajar..bkn senang nk jumpa org yg mengaku kelemahan dan kekurangan dlm hal agama..semoga dia dpt yg lebih baik dlm hidup

  9. Benda mcm tu ja pon. Bukannya dia ingkar melawan kamu, tkmau solat tkmau ttup aurat lpas dia kawen an kamu. Siap search lg al bahgdadi tu. Seorg suami mmg peranan dia men didik. Len laa klo somi yg jd lagu tu mmg isauu la jgk kn.

  10. Kalau ko cakap slama ni ko bnyk ilmu agama n kuat ibadah ko kne check balik diri ko..makin tinggi ilmu (or memang cetek) dan makin bnyk beribadat makin Allah jadikan ko sombong dan bongkak..mcm org tua yg slalu g jemaah masjid pastu nmpk budak muda g solat jemaah pakai jeans dia sound..bangga mcm ibadah dia paling baik dan mulia dari orang lain..mcm ni ke sunnah nabi ajar kalau org nk guidance ko shut her off? Org nk cari hidayah ko kutuk n hina dia mcm ko lahir2 terus alim..kalau disebabkan tindakan ko sebagai suami yg bodoh dan dayus terlebih alim tu akan menyebabkan dia jd lg teruk lepas cerai tu siapa nk tanggung? Ko suami kot mmg tugas ko bimbing dia la celake..disa manusia setinggi langit pun Allah ar Rahman pun ampunkan asalkan bertaubat..ko senang2 judge n tinggalkan bini sendiri yg baru kawin..natang gila ko ni..bayangkan “kalau” nanti kat akhirat ko mintak tolong syafaat nabi lepas tu nabi cakap ‘salah ko sendiri tak beribadat dan bnyk buat dosa dulu so ko tanggung sendiri dan semoga ko derita dalam siksaan’..ko pun mengharap syafaat nabi kt akhirat tp kt dunia ko dh sombong smpai hamba Allah mintak tolong as wife untuk dekat kepada Allah dan nabi ko boleh halau..

    Ko tak deserve dia single bit..Semoga dia berjumpa org yg betul2 ikhlas nk bimbing dia..

  11. Jap jap jap. Nak gelak luh.hhahahhahahahhaa XD. Ni confession ke cerpen ni?? Siap bersambung lagi. Entah2 saja nak buat cerpen. Yang commenter tu laju mengutuk, berbaloi ke..hahahhahaha

  12. Sedihnya kesian isteri dia..sepatutnya suami tu bukan menghukum mlh membimbing tp sebaliknya pulak..hmm..maybe xlayak utk si isteri tu..yg mencari2 jln ke arah keagamaan..

  13. Tahle..ko ni ko ingt ko tu Tuhan ke?ape bgs sgt.elok dh kwn tu nk blk pgkl ugame, nk bljr.ko buang gtu je.kte pn yg thu ugame ni, bt dosa tiap hari.asbab hidayah die Allah jodohkn korg, tp bole bt judgement gtu.insaflah.

  14. lelaki yang ego… sebenarnya ko la lelaki paling bodoh… Allah bagi perempuan tu supaya ko yang ada agama ni didik dia… sikit je Allah uji ko, tapi ko gagal… memang lelaki bodoh…

  15. Kau ni sewel ke apa. Itu lah tanggungjawab lelaki, suami. Dia x pandai, dia usaha nak belajar. Kau pulak pi talak dia apa kejadah.

    Inilah dia pak lebai penunggang agama. Punah dunia ramai orang macam kau. Acah acah rapat dengan Tuhan, lepastu menjauhkan manusia lain dari Tuhan.

    Eh bengang aku baca cerita dia ni.

  16. Perlu sedar, lelaki x wajib cari perempuan solehah. Tp perempuan wajib cari suami soleh. Apa awak expect pada perempuan? Awak patut beruntung sbb dia nak belajar suma tu. Egois! Nampaknya awak yg x paham agama.

  17. Its not her mistake at all . maybe there’s something that make her jahil dulu…. Kesiannya

  18. Ermm… awk patut bersyukur wlpn dh 25tahun br dia nk kenal agama. Awk patut bimbing dia. Dia bkn hipokrit… dia cuba utk berubah. Dia cuba utk mencari kebenaran di jalan Allah. Tp awk mensia2kn seorg isteri yg cuba menjadi terbaik dan lebih baik…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *