Aku merupakan seorang lelaki yang sangat cliche, sangat typical. Lulusan universiti awam, bekerja sebagai seorang jurutera tempatan. Tiba umur aku 27 tahun aku tengok kiri kanan semua orang dah kahwin. Tapi aku ni kawan perempuan pun tak ada. Hati dah rasa macam nak kawin jugak, nak ada keluarga..mungkin sebab penat dedikasikan masa semata-mata untuk kerja. Jadi aku minta kawan-kawan aku kenalkan aku dengan seorang perempuan yang sesuai la aku nak jadikan isteri.
Pendekkan cerita, aku dipertemukan dengan seorang gadis. Simple, tutup aurat, lemah lembut, cukup sifat bagi aku. dua tahun kami kenal, aku yakin memang dia lah jodoh aku. Sebab apa? Personaliti dia. Nature kerja aku ni memerlukan aku sentiasa on call,sentiasa sibuk. Tapi selama kami berkawan, dia tak pernah merungut walaupun keluar pun sebulan sekali je. Lepas tu, dia sangat independant, takde nak bergantung pada aku sangat. Seorang yang sangat bijak bagi aku, matang dan memang sempurna dan dari keluarga yang baik2. Aku luahkan niat aku untuk kahwini dia & dia setuju.
6 bulan kemudian kami menikah. 2-3 minggu berkahwin, aku rasa ada yang tak kena. Tapi aku abaikan saja biasalah baru lagi maybe belum biasa. Satu hari, aku tengok laptop dia. Ada satu emel menarik perhatian aku. Dia berbalas e-mail dengan Al-Baghdadi, satu tempat belajar Al-Quran. Bertanya kan yuran pendaftaran bagi orang dewasa. Aku belek2 tengok pendaftaran tu nama dia.
Tengah aku tengok tu, dia keluar dari bilik air & pandang aku. Aku tanya dia, awak nak belajar Quran ke? Dia terdiam tak jawab apa-apa, berjalan masuk dan duduk atas katil kami. Air mata dia mengalir laju, badan terhenjut-henjut menahan sedu tangis. Aku panik, dah kenapa isteri aku ni. Aku duduk sebelah, tanya dia kenapa. Dia buat pengakuan yang dia tak pandai mengaji dan sembahyang. Dia cuma hafal surah2 lazim sahaja tanpa tahu macam mana nak baca quran. Dia mohon maaf dari aku. Aku terkejut macam mana aku boleh tak perasan semua ni. Mugkin sebab sepanjang 3 minggu ni aku yang mengimamkan dia dan dia mengaji surah-surah yang dihafalnya. Zahirnya, dia nampak seperti muslimah sejati. Tudung labuh, berstokin, baju longgar, malah muka dia berseri walaupun kulit tak cerah mana. Aku tak tahu sekarang macam mana. Dia aku kahwini sebab aku fikir dia cukup didikan agama. Katanya, perkara ini mak ayahnya pun tak tahu. Ego aku tercabar, aku kecewa bila tahu perkara ini. Malam tu aku tidur luar. Tak tidur pun sebenarnya, aku berfikir sepanjang malam.
Esok paginya, kami solat subuh seperti biasa. Tapi tangan yang dia hulurkan untuk menyalami aku, aku biarkan tak bersambut. Aku terus bangun bersiap nak ke pejabat. Aku dapat lihat dia mengesat air mata, tapi aku biarkan. Hati masih sakit, masih kecewa. Terasa macam kena tipu, walaupun dia tak pernah cakap pun yang dia lancar mengaji, pandai sembahyang sebelum ini.
Beberapa minggu berlalu, aku memang diam saja tak bercakap dengan dia. Hari ini aku nekad, aku ingat aku dah fikir masak-masak. Aku panggil nama dia. Terkejut dia mendengar mungkin sebab dah lama kami tak bercakap. Muka dia seperti redha dengan apa saja yang bakal aku cakapkan. Aku luahkan kekecewaan aku padanya. Aku nak berpisah. Dia kata pada aku, berikanlah dia peluang. Dia sedang belajar sembahyang, belajar mengaji. Aku taknak dengar lagi penjelasan dia. Aku lafazkan talak malam itu jugak. Sepanjang tempoh eiddah, dia jaga makan minum aku seperti biasa. Waktu tempoh itu hampir tamat, dia datang pada aku dan bertanya..adakah aku masih tidak sudi menjaga dan mendidik dia. Aku tak boleh terima yang dia, selama 25 tahun hidup, tidak pernah sembahyang atau mengaji, umur 25 baru nak belajar.
Aku cuba hubungi dia selepas setahun kami bercerai. Setahun aku ambil masa untuk sedar bodoh nya aku meninggalkan dia, wanita yang sedang mencari semula agamanya. Waktu itu jugalah aku cuba hubungi dia tapi tak berjaya. Dia dah berhenti kerja tempat lama, dah pindah dari rumah sewanya. Tak cukup kekuatan aku untuk pergi ke rumah bekas mentua, sebab aku tahu macam mana aku layan anak perempuan mereka selepas gadis itu mereka amanahkan pada aku. tak apalah, mungkin memang jodoh kami sampai hari tu je.
Dah masuk 3 tahun kami bercerai. Fikiran aku dah boleh lupakan bayang-bayang dia. Tapi tangan aku gatal search nama dia di FB. Tak berharap pun masa tu tapi, tiba-tiba memang ada di search result. Aku stalk janda aku. Aku dah gila talak ke.
-bersambung
– Faizin Islam
Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->
Suami tak bijak.
Aku just nk ckp. Kau mmg xlayak utk dia. Sbb apa? Sbb ko ujub n riak. Kau rasa kau lagi baik dr dia. Sbb ko sembahyng n solat dari kecik. N dia xtau pun camne nk smbhyg n mengaji. So kau rasa kau baik??? Kau lupa, belum tentu semua amalan yang kau da buat ni Allah terima. N kau lupa kte xtau sapa yg akan masuk syurga. Mybe dia betul2 dah insaf, bersyukur dpt suami yg baik n nak berubah. Maybe dia lebih baik dari kau yg acah2 baik ni. Maybe amalan dia yg Allah terima bukan amalan kau. Mybe dia yg masuk syurga, bkn kau. So jgn rasa diri tu perfect sbb kte sbg hamba ni xtau ending kte mcm mana. Lagi satu bg aku ko da gagal sbg seorang suami. Suami tu patutnya membimbing, bukan meninggalkn. Just sbb dia xpndai mengaji n solat ko terus ceraikan dia? Patut nya ko sbg suami ajar dia mengaji solat sume. Tp bg aku ko ni dayus. Da la bajet baik comfirm masuk syurga, dayus lak tu. Men cerai suka hati je. Kalau dia curang tu len cte, ni sbb xpndai solat n mengaji ko cerai. Patunya ko bersyukur dia nk beljar, nk berubah. Nk pergi cerai. Ko xde otak ke pe? Xpela aq just harap ex ko jumpa laki yg baik yg boleh bimbing dia. N aku harap ko dpt balasan yg setimpal sbb tinggal kn dia terkontang kanting sorg2. Dasar laki x guna, acah2 ahli syurga tp perangai mcm ahli neraka
Jahatnya kau..
Silap tu awak oi. Hmmm. Tinggi sangat ego tu. Bahaya tau. Cari Allah je skang. Semoga Allah bg awk Hidayah sepertimana yg sy rasa Allah dah suluh Dlm hati bekas isteri awk tu. “Dan sesungguhnya lelaki yang baik itu untuk wanita yang baik…” Terpulang kita nk rasa kita baik ke jahat.
Sbb tu lah ada ayat mengatakan jangan sibuk nak kawin bila kawan sekeliling dah kawin. Setiap org ada bahagian dia.
Mun MiHo
Sekurang2nye ex wife awk sedar..kekurangan dan kelemahan dirinya..masih sudi mgakui perkara yg sebenar..awk sbg pemimpin keluarga sepatutnye bfikiran terbuka..dan dia wlpun tak pandai ngaji..dia tahu hukum hakam utk menutup aurat..mjaga kehormatan dan maruah diri.. mendirikan rumahtangga kne bljr kawal emosi.. dan jgn mudah menjatuhkan hukuman ..spt sorg judge tidak bertauliah..
Kenapa tak cuba didik dan bimbing dia elok2.. sesuatu yang kurang pada seorang isteri, seorang suami yang cuba untuk melengkapkan.. bukan tinggalkan begitu je. Suami kan pembimbing isteri. Kasihan dia. Tercari2, jalan yang benar. Ingin menjadi lebih solehah… bimbinglah dia, dari wanita yang biasa2 menjadi bidadari kamu di dunia dan akhirat. :)
Padan muka .
Kau lelaki tapi akal pendek, khufurkan ilmu dan tanggungjwb kau utk didik isteri kau. You dont deserve to be with her.
Baca komen lagi seronok dari baca confession. Haha. Dah kenapa semua orang marah dengan dia? Ya, memang dia patut kena marah. Tapi benda dah lepas kan. Dia cerita, supaya kita yang baca ni boleh ambil iktibar. Jangan jadi kurang cerdik macam dia. Yang perempuan pulak, sebelum kahwin tu, terus terang semua benda… jangan lepas kahwin kantoi, haaa kan bercerai berai. K, gerak dulu.
Diorg marah2 lg kat ruang komen supaya para lelaki single bajet alim ambil iktibar bebanyak lg..biar diorg taw sket tanggungjawab suami tu berat. Bukan semata nak halalkan perhubungn. Bukan semata mngharapkan yg perfect pada pasangan.
Ada prkra yg prlu brterus terang..ada prkara yg prlu d simpan..tp bukan mksud brbohong…tentunya Allah hntr dia sbg khalifah…pikul tggjwb itu sbaik2nya..namun kita sbg manusia trlalu lemah..sering buat silap..jom ambil iktibar dr kesilapn orng lain.
ko y xlayak untuk die.. aku hrp cite ni tipu.. bye
Hahaha…sorry pada yg buat confession ni,brader!
Lu ingat manusia semua perfect ke? Walaupun bekas isteri lu tu muslimah sejati luarannya,lu blh expect ke yg dia tu pandai segala galanya?
Dia dah akui yg dia tak pandai mengaji and solat..Patutnya,lu yg mendidik and bimbing dia,sebab mmg tanggungjawab lu sebagai suami..bukan lu ceraikan dia,sbb dia berusaha cari jalan utk kembali pada jalan Allah,lu pgi buang permata yg bernilai tu hanya kerana dia tak pandai mengaji n solat?
Nak kahwin,lu kena terima kelebihan dan kekurangan dia..ingat,manusia tak sempurna,HANYA ALLAH SAHAJA YANG MAHA SEMPURNA..
Sorry to say,this kind of attitude is not a good example for man who wants to be a HUSBAND..
Laki mcm ni cari perempuan perfect supaya dia boleh lepas drp tangggungjawab mendidik, padahal mendidik tu tanggungjawab lelaki. Eh bengang lak aku.
Tanggungjawab suami didik isteri..bkn tinggalkan dia terkapai kapai sdgkan dia sdg mencari agama…
Bang….ko mental bang…ko igt sume org sempurna ke cmner?? Ko egois..knapa ko x didik dia?? Bnda cmtu ja pun…sekali lg…ko egois yg mental..
at least she is seeking and not refusing , lain lah kalau dia refuse nak solat , refuse nk bce al quran , logik lah kau nak talakkan janda kau tu , ini dia nak mencari bnda yg dia tak tahu , bukan ke tu bagus dr yg belagak tahu? fail bro fail
Allah uji dia sebagai suami… dapat peluang utk meraih pahala yg sangat besar….malangnya.. dia palingkan muka dia….
Dasar penunggang agama
Raslina Mohd Razak
Lia Raz Nuraini Mohd Razak
Azreen Yenyen Baca ni. Geram doh. Ishhh
Ntah pape laki ni
Jadi sambungannya apa? Cepat sikit sambung cerita boleh tak
Episod akan dtg.. Di akasia tv3 haha..
Untunglah kau dik pernah beristerikan seorang wanita bercirikan isteri solehah . Maksud akk…isteri yang sanggup menangis kerana mahu mencari agama dan minta dididik. Bukan isteri yang keras kepala, ego , degil dan bongkak sukar dinasihati malah ego utk dididik.
Marisha Shariff
hurmmm xtau nk komen apa…perempuan tu ke diaa yg spttnya tau agama .entah laa.. xtau akuu sape spttnya bimbing sape..adehhh.
Laki tula ptt bimbing ppuan tu,de ke xperfect sikit je trus tgal,payahla lagu tu
kan…hurmmm da sedap2 tinggal.aaaaa stress aku baca….
Semoga jodoh aku bukan dari kalangan lelaki mcm kau
Siti Aishah Ahmad Tajuddin ko bc ni…meradang beb..
Hg rugi… tu ja aku bleh bgthu…
Dia ni tgk drama bnyk sgt ni. Nice story broo hahhaha
Kalau lah die sponsor wife die.betol2 suami soleh jadi nye.xde da jadi macam sekarang ni ex husben ku si stalker..da macam drama gitew..
Even dia xpndai solat,mngaji tp dia still tutup aurat pa smua.. susah nk jmpa org ceni.. and at least dia usaha jugak untk belajar solat dan mengaji. subhanallah hidayah yg Allah bg..
Mana sambungan??
Lols kau kahwin kerana apa??? Awat x tanya betul2 sebelum kahwin??? Masalah hati betul lepas tu pasal benda kecik pon boleh cerai??? Masalah otak?? Bukan dia buat perkara yg diharamkan!!!nk jadi baik pun susah!!bagusla perempuan tu memang deserve yg terbaikattention seeker!! Org normal xkan kongsi cerita macam ni !!!
Sakai nye cerita ni
Nasihat saya… Seperti semua d atas… Menyesal seumur hidup pon x guna
Idiot
Sampainye hati ko buat gitu lat bini ko….ak doa kan ex wife ko dpt suami yg beribu kali gande baik and layak bgi die…dunie skng mmg ske rendh kn orng yg x ckp ilmu ni…sbb rse diri tu gah…ko x pyh la nk stalk bagai…dh mmg dri awal ko bersalah…biar la ex ko cri hidup yg bru…itu pn klo ko tau malu la…x yah cri la die…sng2 dh cerai…buang die…ko nk cri die blk???x yah la bro….
Eh sumpah kau manusia bodoh. Org nk belajar kau abandoned dia. Menyirap gila baca confession ni! Kau patut guide dia la bangang.
sebab tu aku lg suka kenal dgn laki yg suatu ketika dulu pernah ddk dlm jahiliyah.. sbb laki2 spesis ko ni la yg konon2 perasan suci, konon2nya korang deserve perempuan macam bidadari kononnya.. spesis ni la yg menjauhkan org dr agama..
aku harap sambungan cerita ni ex wife laki ni dah ada orang lain. yg lebih baik dari kamu. biar padan muka ! senang2 je nk jatuh talak
Hey best cerita ni. Tak sabar nak baca sambungan. Hahahah. Jangan lah kutuk maki.
aku baca cerita lutfi pun aku tak geram macam ni. sebab aku tahu si lutfi tu jadi macam tu sebab di pernah disakiti.. at least lepas tu dia tak main2 kan hati perempuan macam ko ni. isssh. harap ko dah minta maaf kat dia
Dayus.
Oh mennnn. Bersambung la pulakkkk.
Adeh..nak citer biar la smpi habis. Hilang trus mood aku tau
stupid damn damn
Bila sambungan dy ni?
Tah apa2,sepatutnya kau tolong dia..
lepas setahun baru nak sedar
Mmg bodoh
rasa nk tmbok muka dia ?
Bersambung.. aduhhh.. haha
humm.sebenarnye bagi pandangan sy la.bukan nak menghukum dia.tp untung pompuan tu kene cerai.lelaki tak sedar diri tu tanggungjawab dia mmg xdeserve pompuan tu.dia xnampak kot yg tuhan bagi peluang dia buat pahala besar untuk bimbing isteri dia yg nak berubah tu.insyaAllah ada orang yg akan lebih menghargai pompuan tu drpd lelaki xgune ni.
sy tau cara sy tegur kasar.dan mungkin salah.tp ini je yg bermain dipikiran sy lepas baca kisah ni.macam kawin ni main2 je.
astaghfirullah..moga Allah bimbing kite semua ke jalan yg benar.apa pun hanya Tuhan yag layak menghukum.,kita hanya hamba yang hina.
First time nampak wife Mr. Nadzari komen ?lembutnya cara komen.
errr.lembut tang mana ?