Assalamualaikum semua :) aku harap kisah aku ni dapat dijadikan teladan oleh semua tak kira lelaki atau perempuan. Kisah yang mungkin dapat membantu korang semua supaya dekatkan diri kepada Yang Maha Esa. Aku faham perasaan seorang pendosa yang malu nak menghadap tuhan sebab dosa yang dibuat terlalu besar. Situasi yang sama dengan aku. Dulu aku nak berubah dan syaitan tak suka orang yang nak kembali kepada Allah S.W.T. Aku diuji dan aku tewas. Aku rasa aku manusia paling lemah di dunia sekarang ni. Aku merupakan seorang lelaki. Kalau ikutkan umur aku ni dah matang tapi aku tahu diri aku ni mudah baran dan suka buat keputusan tanpa berfikir panjang. Tapi dalam kisah aku ni , aku buat keputusan paling tak matang dalam hidup aku. Selama ni aku tak pernah macam ni. Aku dah cuba macam-macam cara nak ubah. Mungkin korang semua ada cara yang boleh bantu orang mcm aku :).
Kisahnya biar la aku ringkaskan. Kisahnya bermula tahun lepas. Tahun lepas aku try nak berubah ke jalan Allah S.W.T. Time tu macam sekarang pada bulan Ramadhan bulan yang suci tanpa gangguan syaitan. Masa tu aku rasa amat tenang. Dalam masa yang sama datang seorang gadis. Dia pun try nak berubah ke jalan Allah. Ditakdirkan kami berdua bercinta. Mungkin sebab kami berdua nak baiki diri masing-masing lalu syaitan serajin-rajinnya tanpa penat lelah sesatkan kami. Dan aku dan perempuan yang paling kuat , paling aku sayang pernah aku jumpa ni terlanjur. Aku makin hanyut dengan dia. Selama setahun entah berapa kali aku terlanjur. Aku tinggalkan tuhan. Solat entah ke mana. Kadang-kadang solat kadang-kadang tak. Sampailah satu hari aku rasa macam aku ni dah hanyut terus aku solat taubat. Aku mintak tuhan hapuskan nafsu aku (permintaan tak matang :P) tapi beberapa hari sebelum Ramadhan tahun ni aku dan dia terlanjur balik. Mungkin Allah terlalu sayangkan aku , Allah tunjukkan pada bulan Ramadhan :).
Aku nekad pada awal-awal Ramadhan aku nak gunakan peluang pada bulan ni untuk berubah. Kitorang dah berjanji berdua mahu mulakan hidup baru. Dan , macam-macam dugaan datang selepas itu. Mungkin sebab aku terlalu suka menipu dia sejak 3 bulan lepas. Datang seorang lelaki melamar dia , lelaki yang lebih hebat daripada aku dari segi dunia. Dari segi akhirat aku malas nak judge dia, itu antara dia dengan Allah. Tapi aku rasa lelaki itu yang terbaik bagi dia. Selepas aku dengar lelaki tu datang nak meminang dia , aku rasa macam dah tak waras. Mungkin sebab hati dah hitam dengan perangai baran dan akal pendek , aku bagitau parents dia yang aku terlanjur dengan dia (bodohkan ?). Selama ni aku tak pernah macam ni, aku ugut dia macam-macam. Aku ni jenis pendam selama ni tapi dalam situasi yang teruk macam ni aku jadi psycho dan mahu balas dendam. Aku tanya diri aku kenapa aku jadi mcm ni. Sebelum tu aku dah luahkan apa yang terjadi kat aku kepada abang aku dari A-Z.
Aku terpaksa luahkan sebab aku dah tak sanggup nak pendam semua masalah aku selama aku hidup ini. Abang aku nasihat itu bukan cara nak balas dendam. Cara yang terbaik adalah aku kena jadi lebih hebat daripada lelaki tu , bukan dari segi kerjaya tapi akhirat. Kata-kata tu mendalam. Aku jumpa lelaki tu dan lelaki tu dah tahu aku kisah aku dan dia , dia terima gadis tu. Aku lega. Tutup kisah ni.
Kisah kedua ni berlaku pada malam tersebut selepas aku jumpa lelaki itu. Aku dan member aku berdua dalam bilik. Aku tak bagitau lagi dia yang aku dgn makwe aku ni dah takde apa apa. Selama seminggu dua ni member aku selalu tanya makwe aku ni belajar mana. Member aku ni tak kenal pun makwe aku cuma tahu aku ada makwe. Selepas solat maghrib aku doa mintak dengan Allah supaya tenangkan hati aku , lupakan si dia. Selepas tu aku amik Quran , hanya pegang. Aku whatsapp abang aku cara-cara senang nak move on nak bagi tenang. Abang aku suruh freekan fikiran, sembang dengan kawan, keluar berjalan. Secara tetiba member aku ni datang kat aku ajak solat terawih sama-sama. Dia imamkan. Selesai isyak dan terawih masing-masing kembali buat kerja masing-masing. Aku termenung je atas katil. Secara tetiba aku rasa aku nak bagitau member aku , aku dan si dia dah clash. Aku pun bagitau la dan dia cepat-cepat ajak aku keluar.
Kami berdua pun keluar lah tanpa rancang nak pergi memana. Dia ajak aku ke taman tasik titiwangsa tapi aku tolak sebab si dia dah bagitau dia pernah keluar dengan lelaki tu dekat taman tasik titi minggu lepas (emotional :P). Member aku pun bawak la ke tempat dia pernah lepak. Tempat yang cantik atas bukit nampak pemandangan cahaya-cahaya bangunan kat bawah (bukan bukit ampang :P). Dia suruh tengok bawah supaya aku tenang. Kami pun berkongsi la masalah sesama sendiri. Dari kecik , sekolah , keluarga dan last sekali pasal masalah cinta ni (makin lama conversation makin deep :P). Aku tak buka lagi cerita aku dengan si dia cuma aku bagitau member aku , aku kena sailang je la :P. Member aku tetiba cerita dia start buat ringan-ringan dengan makwe dia. Aku pun cerita la kisah aku kat dia , aku bagitahu dia jangan buat semua tu. Takde nikmat. Hati kau akan gelap. Member aku ni bagitahu dia pernah solat hajat awal ramadhan mintak petunjuk dan aku la petunjuk yang dia cari selama ni. Aku bagitahu dia baiki diri sendiri. Aku nasihatkan dia macam abang aku nasihatkan aku. Aku cakap kat dia tuhan sayangkan kau. Sebab tu tuhan plan kita lepak kat sini. Kau solat hajat dan tuhan bagi kau jumpa aku malam ni. Aku jadikan ceritakan aku ni sebagai pengajaran untuk kau. Kau jauhi la semua tu, tunggu lepas kahwin. Sayangnya tuhan dekat kau. Aku ni dah tak suci :P, kau jangan jadi macam aku. Aku cuma boleh nasihatkan kau , itu pilihan kau sendiri , jalan tuhan atau jalan yang kau nak cipta sendiri. Nasihat aku , kalau kau tewas dengan nafsu , kau pondan. Jangan jadi pondan macam aku :P. Malam tu aku rasa tenang :). Allah kabulkan doa aku tadi.
Aku harap kisah aku ni dijadikan teladan untuk semua orang. Jangan mudah mengalah. Selalu mintak dengan tuhan. Tak kira kau hisap dadah , ada tatu , mencuri , merompak , buat jahat sebesar jahat sekalipun , mintak petunjuk dari tuhan dan yang penting , solat. Kau jaga solat , semua benda jahat , dosa kau akan hilang perlahan-lahan. Yang penting kuat. Sama-sama perbaiki diri. Korang doakan aku selepas Ramadhan ni :) mungkin syaitan akan hasut aku kembali.
Assalamualaikum :)
-Amanishi
– Amanishi
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Jarang dpt nasihat camni dri lelaki.
Sesungguhnya Islam itu sebaik-baik agama .
Patut lah Allah melarang bercinta sbelum brkahwin .
Kononnya nk dekatkn dri kpd Tuhan .
Tp trbabas juga akhirnya .
Maaf confessor .
Aku bukn menyendir ko and ex .
Cuma fkiran aku lebih terbuka skrang .
Bahawa tiap apa yg dilarang agama .
Semua itu untuk kebaikan kita .
Sunggh Islam itu agama yg benar .
Xtau asal aku sedih baca .
Padahal ko gelak2 .
Huhuu
May Allah bless U .
Kipas Lipas
Alangkah indah nya dosa yg diakhiri dengan taubt..aku x la hebat biase2 je…cume rsenya aku dlam kwan2 yg zon selamat…tringin nak kwan dgn kau…kau brubah kmudian mmbwa prubahan kpd yg lain plak…
Mngkin kite boleh kenal untk kongsi pnglman yg brbeza