PEREMPUAN BODOH

Assalammualakum dan selamat sejahtera…

Cerita ini merupakan kisah benar dalam hidup aku. Aku harap gadis-gadis diluar sana ambil iktibar atas kebodohan yang telah aku lalui sepanjang hidup ini semasa mengenali seseorang yang bernama LELAKI. Kisahnya bermula apabila aku berkenalan dengan lelaki A. lelaki A aku berkenalan atas sebab ibu yang berkenan. ibu suruh aku kawan dengan lelaki A sbb ibu tidak suka aku berkawan dengan seorang lelaki sebelum ini. Jadi aku turuti juga kehendak ibu putus dengan lelaki itu kemudian berkawan dengan lelaki A. Sepanjang setahun berkenalan dengan lelaki A keadaan ok je. Senang cakap lancar jela. Bila hati aku sudah terbuka untuk A. Kami ditimpa satu dugaan. untuk pengetahuan kalian, Lelaki A ini seorang yang panas baran dan kaki kongkong. kemana saja aku nak pergi dia akan follow senyap-senyap. tak bagi aku mesej, bercakap n berkawan dengan mana-mana lelaki. Aku xikotkan sangat pun. Sebab aku di universiti perlukan rakan perempuan dan lelaki. Jadi aku berpura-pura ikot dan berlakon saja. Mungkin kalian tahu kot tektik tak nak dikesan kekasih yang mcm nie. Aku akan padam mesej dan sebagainya. berbalik pada cerita tadi, dugaan yang kami terima bila lelaki A ini dibuang kerja. Pada mulanya parents aku ok je, sebab diorang cakap banyak lagi kerja dekat luar bole cari. Tapi masalahnya lelaki A nie memilih kerja. Kerja kilang xnak. kerja itu xnak. dia mempunyai kebolehan wayering. jadi dia nak kerja melibatkan wayering je. Jadi dia buat keputusan untuk kerja sendiri. Aku ok je sebab rezeki di tangan Allah. Tapi itulah, persaingan dia banyak. jadi bisness dia xok. Sebab lebih banyak mengganggur daripada bekerja. kadang seminggu kerja 4 bulan dekat rumah. Mcm tulah rutin kerja dia. masa yang terluang tu dia xnak buat kerja lain. hanya dekat rumah main game je 24 jam. benda ini berlarutan selama dua tahun. Jadi parents aku tgk dia nie xbole bla. parents aku suh aku putus. dan banyaklah rintangan yang aku lalui semasa proses nak putus tu biarlah hanya Allah saja yang tahu.

Selepas putus dengan lelaki A…. Aku berkenalan dengan lelaki B di wechat. N aku tunjuk kat ibu dia pun suka n aku dengan lelaki B pun bole berkawan. Awal perkenalan semua nya ok. Dia bukan macam lelaki A. Aku masa berkenalan dengan dia belajar di universiti semasa semester 3 dan dapat duit ptptn. Lelaki B nie dia akan bagi aku duit untuk menampung perbelanjaan aku di sana. Disini kisah aku dengan lelaki B ni pun bermula. bila kita dapat ptptn. Memang seronok dapat dan agak banyak. Tapi lelaki B nie dia suka sangat pinjam duit ptptn aku. Kononnya untuk bayar bil tertunggak dia. nanti dia gaji dia akan bayo. mula2 dia pinjam aku untuk rm200. dan dia byo pada seminggu rm50. Dia xkan bayo sekali arung. kemudian dia di berhentikan kerja kilang. then dia apply kerja lain. semasa tgh tunggu wet jawapan kerja. dia xde duit. jadi dia pinjam aku dalam bpe ratus untuk tampung perbelanjaan dia then dia akan bayo. Ok aku bagi sebab kesian n seperti biasa dia bayo pada setiap minggu rm50. Naik semester 5, laptop aku mengalami masalah. aku minta pada ayah untuk beli laptop baru. dan ayah bagi aku rm1600 untuk beli laptop. tapi punya bodoh lah, aku bagi dia pinjam separuh duit daripada itu sebab dia dalam keadaan terdesak untuk guna wet dan dia janji akan belikan aku laptop nanti. dan seperti biasa aku bagi lagi. selepas semingu dia dapat kerja then 2 minggu lepas tu Aku pun balik kampung nak tuntut janji laptop. tapi dia xde duit tapi aku tetap tuntut janji nak laptop sebab aku nak wat study. Dia baru kerja dan blom dapat gaji. dan hidup dia pun terumbang ambing lagi masa itu. jadi dia bagi cadangan untuk ambik laptop dekat satu kedai nie dan bayo pada setiap bulan. aku setuju dan mengangguk sebab dia janji akan bayo bulan2. aku pun amik laptop berharga rm2800, handphone rm9++.00 dan camera biasa rm7++.00… Handphone untuk kegunaan dia n camera untuk aku. Jadi aku dapat 2 baranglah. laptop dan camera. bulan pertama n seterusnya dia byo cantik dan xtertunggak. bila kerja da sedap kami pun pasang lah angan2 nak pakai kereta sendiri. pada masa tu ptptn aku dapat lewat 2 minggu. ayah aku bagi wet beli laptop n wet belanja. tehn kebetulan pula aku dapat ptptn semasa kami nak beli kereta yang hanya berpandukan adik ipar dia je. adik dia cakap beli kereta under dia je modal siap semua hanya rm750 untuk keluarkan sebiji kereta persona. wet nak wat modal beli kereta tu guna wet ptptn aku n aku pun percaya lagi yang dia akan bayo. tetapi adik ipar dia tipu dia n wet rm750 lesap. aku xpuas hati. aku nak wet aku balik. tapi aku xdapat lgsg wet aku sebanyak rm750 sampai sknk. tapi adik ipar dia tu jmpa aku xde rasa serba salah lgsg… tak guna betul…aku suh pwe aku ganti balik wet kereta tu dan dia byo tapi xhabis. aku da mula angin. sebab tu jnj dia yang pertama dia mungkir. nak dekat 7 or 8 bulan lelaki B nie krja . dia msj aku nak berhenti kerja sebab stress dengan rakan sekerja dia. mulalah sesi luhan perasaan. aku pun menganggukkan je. aku xbagi dia berhenti sebab kerja nie bagi aku da ok. aku suh dia sabo je dengan rakan sekerja dia tu. tapi sayang segala nasihat aku dia tak dgo langsung. dia berhenti kerja dan kononnya nak join bisness dengan adik beradik dia. tapi sayang kene tipu. konon setiap bulan dapat rm3000 tapi habuk. xdapat pape pun.
Jadi hidup kami mula susah saat nie. aku ada tab. tab nie hadiah aku masuk universiti dari ayah aku. Dia pujuk aku untuk masuk kedai mcm cagarkanlah nanti dia tebus balik. aku bagi dia cagarkan dan dia amik. tapi sayang sekali selagi dia masukkan tab aku ke kedai dan sampai sknk dia blom amik dah dekat setahun setengah dah. aku tak kira aku akan paksa dia amik juga walau apa jadi sekali pun. n dia penah belikan aku cincin emas kononnya tanda ikatan. tapi dia gadaikan cincin aku sebab dia xde wet dan sampai sekarang cincin tu dia xamik dan xbole tebus lagi.

Sknk lelaki B nie kerja xtetap sekejap kerja ini dan sekejap kerja itu. Tahun nie aku masih belajar lagi n dapat ptptn untuk kali terakhir. Mula2 aku fikir nak pinjam wet dia untuk permulaan belajar nnti aku bayo bila dapat ptptn. dan dia jnj akan bagi. tapi sayang dia xbagi pun. Mak bapak aku yang bagi tanpa aku meminta. Bila aku dapat ptptn aritu dia bukan main lagi sweet dengan aku. cakap syg bagailah. ala kalian faham kot ayat sweet lelaki. rupa-rupanya dia nak pinjam aku wet. Kedai yang kami amik laptop, handphone n camera tu tepon sebab tertunggak. jadi dia nak bayo. aku xnak bagi sebab sebelum ini aku penah pinjamkan dia wet rm800 untuk bayo tunggakkan itu tapi sampai sekarang dia xbayo. jadi kali nie aku xbagi lagi. nak jadikan cerita dia semakin kurang ajar. kat u aku xde bank lain juz bank islam je. jadi nak bank in ke bank lain kne keluar g bandar. aku malas. aku minta tolong dia bank in kat member aku rm500 sebab aku ada join satu projek. aku bukan guna duit dia ae. duit aku sendiri. aku bank in kat bank dia sebab dia ada bank islam juga then minta dia tolg kuo kan duit tu g bank in kat kawan aku iaitu bank Cimb. member aku cakap ari jumaat last payment. masa hari jumaat tu aku col dia. dia ckp dia blom bank. aku marah aku suh dia bank ari jumaat tu jga. Petang jumaat tu dia col aku konon kad bank islam dia rosak hanya dapat keluarkan rm300 je. Lagi rm200 xdapat keluarkan. aku pun peliklah. aku nie xlah bodo mana. kalau kad dia rosak xkan bole kuokan rm300. aku pun marahlah kenapa xkeluarkan rm500 terus. kenapa perlu keluarkan rm300 then baru rm200 untuk cukup rm500. Kat sini aku da mula naik angin. paksa n selidik pun selidik rupa-rupanya dia guna duit aku untuk bayo hutang dia kat kedai yang tertunggak tu. aku naik angin. sebab sebelum nie aku da bagi dia pinjam rm250 sebab dia bagitahu xde wet untuk belanja p kerja.

kalian nak tahu x.. memang dia bayo hutang aku setiap minggu rm50. tapi kalian bayangkan lah. cukupkah kita idup kat universiti. Aku paksa… siap merayu suh bayo wet aku baru dia nak bayo… sampai aku menangis untuk nak dapatkan wet aku balik. sampai aku cakap sy nak rm50 je wet saya balik untuk minggu nie bukan semua…. aku sekarang makin tawar hati dengan peragai dia… dan aku dah mula meluat…. dia buat aku mcm apa… blom kahwin dia da guna duit ptptn aku… utk langsaikan hutang2 dia dan bagi wet belanja… sekarang wet ptptn aku da habis… aku bagi dekat parent aku cume rm300 sahaja… setiap sem… sebab aku mmg da niat akan bagi wet ptptn aku kat parents aku sikit… yang aku menyesalnya skrg…. aku bagi sikit dekat parents aku tapi aku bagi dia banyak wlpn dia lafaz untuk pnjm… aku semalam whatsapp mak aku… aku ckp aku lapar belum makan… sebelum aku msj mak aku…. aku da minta wet aku kat lelaki B seminggu sebelumnya….. aku bagitahu lagi dua minggu aku nak guna wet… sebab aku da bajet wet aku hanya bertahan untuk 2 minggu dan dia janji akan byo… kalian tahu x… aku nak nangis dan sknk aku mmg sedang menangis sambil taip nie… aku minta parent petang semalan n aku minta pwe aku dua minggu sebelumnya… korg nak tahu parents aku terus bank in … telefon aku suh mkn jgn sampai lapo…. tapi pwe aku aku msj dia aku lapo nak duit dia hanya buat bodoh je…. dan hanya janji nak bank in… nak bank in… n nak bank in…. tapi dia xbank in pun….

Aku tak pernah cerita benda nie pada sesiapa pun… memang aku akan minta putus…. tapi setelah aku balas dendam nanti…. dia buat aku merana… duit ptptn itu aku guna nak wat belajar tapi dia sbb kan dia aku sggp ikat perut n lapar… tapi dia buat bodo…. dia suh aku pinjam kwn….. kepala hotak dia lah…..

korang xpayah lah nak bash aku konon wet ptptn utk guna wat belajar bukan bagi pinjam kat org… lantak korglah nak cakap apa…. sebab korg x berada di tempat aku….. kalau korang nak kutuk aku ke apa…. lantak koranglah….. pandai-pandailah korang cari aku nanti untuk minta maaf…. aku juz nak luahkan tanpa tahu siapa aku…. tu je….aku memang dendam giler dengan dia sknk nie…. aku tak cerita full sangat…. mgkin ada sesetengah kalian yang hanya pandang enteng….. sebab hanya 40% je aku cerita sknk nie…. kalau kalian kat tempat aku… mgkin kalian akan buat benda yang sama… Ko tunggu lelaki B… ko tunggu!!!!!!!!!

-Merpati Hitam

– Merpati Hitam

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *