Perempuan Solehah

25 Ramadhan 1437H bersamaan 30 Jun 2016

Saya suka baca IIUM Confession tapi saya bukan pelajar IIUM, sebab rata-rata confession adalah berbentuk matang dan bukan tentang luahan cinta je banyak..

Ceritanya begini…saya dari kecil memang di didik untuk sentiasa berbaju kurung dan saya bersyukur sangat sebab keluarga saya didik macam ni. Saya seorang yang pasif sehinggakan cikgu-cikgu sendiri bagitau keluarga yang saya ni pendiam je dalam kelas.

Saya kenal suasana tudung labuh ketika sekolah menengah. Sekolah agama. Persekitaran dan suasana agama tu memang dapat dirasai cuma perempuan dijaga bak puteri raja.. Pelajar-pelajar lelaki bebas bermain di padang, merentas desa dan sebagainya sementara pelajar-pelajar perempuan hanya berada di dalam kelas mendengar tazkirah.. Merentas desa? Perempuan? NO. Waktu kecil ada kes yang menyebabkan saya takut dengan lelaki. Ketika sekolah menengah, saya makin tak boleh terima lelaki. Sekolah yang saya pergi tu, jurang antara lelaki dan perempuan sangat terasa. Kalau bercakap antara lelaki dan perempuan tu macam satu kesalahan besar tau.. Atau mungkin saya je yang melebih-lebih sebab perasaan takut dengan lelaki..

Sekarang saya dah melanjutkan pelajaran di Universiti. Perasaan takut tu masih ada, tapi tidak sekuat dahulu.. Ramai yang cakap aku sombong, salah ke kalau saya sombong dengan lelaki?

Dilema…

– cik manis

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

3 Comments

  1. cik manis , tak salah pun kalau awak menjaga batas dgn lelaki bukan mahram because that is the correct way of living as a muslimah. tidak terlalu bebas. but dont restrict urself from men sampai nak ckp pun payah.sampai kena label sombong. we live in society. hidup bermasyarakat. jadi kena cuba juga utk blend in. lagi2 kalau ada assignment atau tugasan atau event ke. buang rasa malu or rasa tak selesa tu. belajar utk menyesuaikan diri. tapi jangan sampai terlalu bebas. inshallah. moga sentiasa dalam lindungan Allah kk ☺

  2. Pedulikan kata orang. Hidup je cara mana yang selesa. Bebas bergaul org kata sosial, jaga batas orang kata sombong. We will never live up to people expectation.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *