Perlu ke?
Assalamualaikum. Sy rasa lumrah la bagi seorang perempuan dan mungkin jugak lelaki mempunyai keinginan untuk bekerluarga or move to another step if sudah berpunya. Sy 24 dan sepanjang hidup sy tak pernah mempunyai satu hubungan yg serius. Kali pertama dan terakhir sy mempunyai someone special ialah semasa di form 4. Cinta monyet orang kata. Itupun sebab semua kawan2 perempuan sibuk bercerita ttg bf masing2 dan sy pun teringin mempunyai perasaan yg sama. Itupun bertahan selama 8 bulan dah sejak tu sy tak pernah ada boyfriend. Conclusion daripada relationship tersebut, lelaki semuanya tak setia (masa tu budak2 lagi so biasalah relationship yg tak serius). Then sejak tu sy lebih selesa berkawan dengan semua orang. If ada yg confess sy akan terus-terang anggap sebagai kawan. Kalau ada someone yg sy suka pun just crush2 dari jauh je. Nak tegur mmg tak lah (pemalu lol).
Sampailah sekarang bila sy dah graduate from degree, umur pun dah 24 tahun ni tetiba rasa insecure tu datang. Bila tengok ramai kwn2 bertunang, bernikah, even junior yg lagi muda pun ramai yg dah bernikan tapi i'm still alone, takde orang nak cenggini. Bila scroll2 tengok gambar member kahwin serius mmg rasa happy for them. Sebab jumpa someone yg sayang dan terima mereka seadanya tapi kadang2 tetiba rasa sedih. Pernah 1 weekend tu almost 10 couples of my friend, senior, and junior kahwin dan tunang. Lepas tu kenapa entah sensitif sangat airmata boleh mengalir.
Yes, sy percaya dgn janji Allah, Dia telah tetapkan jodoh seseorang semasa dalam kandungan lagi (kalau tak silap pernah baca dekat somewhere). Kita just perlu tunggu, banyakkan amalan, mantapkan diri dan kerjaya but still as a human perasaan insecure tu kadang2 datang. Bila tengok ramai kawan2 kau post gambar tengah bahagia, tengah pregnant, siap anak dah nak masuk 2. I'm happy for them but sad for myself. Sy ada follow seorang kakak ni, umur dah 30 but still single, byk habiskan masa dgn parents and se seem so happy. Kadang2 sy terlintas, she such a strong pretty woman. Kalau sy baru 24 dah rasa insecure tgk member sekeliling kakak ni lagi lah kan. Mungkin dia ada kawan yg anak nak masuk 5 dah pun. Thanks kalau ada sesiapa yg rajin baca, i hope someone can give me some moral support and doa yg boleh diamalkan. Terima kasih.
– Sy kuat!
Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/