perlu ke upgrade macam tu?

Assalamualaikum,

sy nak bercerita kisah jumaat lepas. Ni selepas sy dah ok dari murung (exaggerate je tu. hahaha). Sy baru dapat correction concept paper dari supervisor (sv) pukul9.45 pagi. Bila sy tengok, tak banyak perlu betulkan. So, sy betulkan terus dan bajet nak bagi kat co-sv tengok pulak. Nak jadi cerita co-sv sy wife die masuk icu, denggi. Sy plan nak bagi je hardcopy kat dia so that weekend tu boleh la dia celah-celah baca. PA co-sv sy bgtau co-sv akan masuk kejap-kejap je. Dia akan masuk pukul11. So, sy pun cepat-cepatla betulkan apa yg salah. Tengok-tengok dah pukul10.15.

Then, sy turun pegi centre. Tengok kat kedai bawah edu tu raaaamai sangat-sangat orang. Sy pun gerak pegi kt printing house DOUBLE A kaler biru tu. Tengok-tengok dorang dah upgrade skrg. Pakcik-pakcik kat situ yg akan operate pendrive kita. Lepas pakcik tu bukak document nak print tu dia cakap, ada 15 pages. Sy bgtau la "patutnya 14pages pakcik. Boleh tak tolong scroll down". Pakcik tu pun scroll down dan memang betul ada page yg jatuh. Sy mintak la pakcik naikkan content yg jatuh tu. Tapi pakcik tu tersilap buat sampai kacau format concept paper sy. Sy pun mintak la pakcik tu ikut apa yg sy suruh, tapi pakcik tu masih nak buat cara dia yg salah tu. Dan sy mengambil masa 10minit duk terangkan kat pakcik tu tapi dia still insist nak guna cara dia. Me, was like "Okayyy.. Be patient, hati". Bila sy suruh die buat lagi, dia start tinggikan suara. And, I really do not appreciate people who yelled at me. Terus mintak pendrive, dan blah dari situ.

Sy pergi balik kat kedai bawah edu. Bila bukak pendrive, document semua hilang sebab virus kat kedai DOUBLE A tu. Taktau kenapa sy sangat marah, sy campak mouse yang tak berdosa kat kedai tu. Terkejut bro kat sebelah sy. (to shop owner and bro kat sebelah time tu, im sorry.) Masa tu sangat marah dan sy decide nak balik bilik dan tido. Habesla hari jumaat sy tanpa pape progress disebabkan pendrive. hmmm.

p/s: nak upgrade ke ape ke, tak kesah kalau awak hire org IT ke org pandai computer ke. Pape jela. Tapi jangan la bagi pakcik tua yang jaga kaunter. Bila mintak buat lebih-lebih nak sentap plak.

Note: Sy Phd student. Formatting is super duper important to us. Kami boleh mengalami kemurungan selama seminggu disebabkan formatting. Sy tak kesah kalau hanya utk assignment. Tapi ini untuk thesis sy. Yang mengalami akan memahami kesakitan formatting ni.

Sy mintak maaf sesiapa yg terkena tempias hari jumaat lepas.

– -sister penat

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *