perlu/xperlu?
Harap admin approve confession ni.
Saya pernah dengar, dalam perkahwinan, kita bukan sahaja kahwin dengan pasangan tapi juga keluarganya.
Saya kena terima keluarga dia, dia kena terima keluarga saya.
Keluarga bakal suami sangat berbeza dengan keluarga saya. Mereka sangat menitikberatkan tentang agama (solat, aurat). Memang seharusnya begitu.
Keluarga saya pula, Islam cuma pada nama. (Tiada niat nak buka aib sendiri. Atas dasar anonymity saya luahkan kat sini.) Parents and siblings xsolat dan aurat x terjaga.
Persoalannya perlu ke x saya bagitahu bakal suami tentang ni. Adakah dikira buka aib keluarga sendiri.
Saya xnak bakal suami saya ungkit hal ni bila dah kahwin nanti. Sekiranya berlaku perselisihan faham dan dia mempersoalkan didikan mak ayah saya (pernah berlaku dengan kenalan rapat saya. Bila gaduh je cakap mak ayah x didik elok-elok sebab tu perangai pun xelok).
Pada saya parents saya dah cukup baik. Walaupun x amal agama, saya dan adik beradik yang lain diberi didikan agama yang cukup (hantar mengaji, sekolah agama). Semua adik-beradik pandai solat, tahu baca Quran.
Pada saya adik-beradik semua dah cukup besar dan matang untuk memikirkan apa yg terbaik untuk mereka sendiri. So dorang xsolat tu is on them, bukan salah parents saya.
Mohon pendapat/nasihat readers IIUMC.
– xyz
Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/