Permainan hati

Penyakit yang paling payah untuk diubati datang dari hati. Marah, geram, sedih, kecewa, putus asa semua datang dari hati. Aku salah seorang yang terkesan dengan permainan hati. Hidup aku jadi hura hara, tak teratur semua kerana masalah hati.

Aku seorang yang biasa. Belajar biasa biasa, rupa biasa, aku tak ada bakat dan kelebihan macam orang lain. Aku tak bagus dalam apa apa. Kerana sifat aku yang macam itu, aku jadi seorang yang memendam perasaan. Aku bukan jenis yang buka kisah aku dengan orang lain. Sampailah suatu masa di unversiti, aku jumpa dengan seorang gadis yang aku suka.

Dia lembut orangnya, baik pada pandangan mata aku, berpakaian sgt sopan dengan jubah, tudung tutup dada semua. Dia memang cantik dan semua orang suka dia. Aku tak pernah jatuh cinta sebelum ni dan ini kali pertama aku rasa yang aku sukakan seseorang. Tapi aku tak approach dia, sebab aku sedar dengan keadaan diri aku yang tak ada kelebihan apa apa ni, aku tak ada daya tarikan dan aku malu.

Sampailah satu masa disebabkan aku yang suka menolong orang ni, aku dapat peluang untuk tolong dia berpindah. Itu kali pertama aku dapat bercakap dan ketawa dengan orang yang aku suka. Masa tu, ya Allah..aku rasa macam doa aku selama ni untuk rapat dengan orang yang aku suka makbul. Syukur sangat.

Disebabkan aku mula rapat dengan dia, maka aku tahu dia jenis orang yang macam mana. Dia ada bekas kekasih dan ramai orang kejar dia. Aku adalah the lucky few yang dia rapat dan dia selalu minta tolong aku untuk banyak errand. Walaupun aku suka dia, aku tak pernah letak harapan untuk dia suka aku balik. Aku sedar diri. Bahagia aku melihat dia dari jauh.

Sampailah satu masa, mana kawan kawan dia dan orang sekeliling jauhkan diri dia. Dia dipulau kerana salah faham. Even her ex boyfriend left her alone dan lebih percaya dengan cerita orang sekeliling dari cakap dia. Tapi bukan aku. Aku sentiasa ada dengan dia sebab perasaan aku dan aku tak sanggup buat dia sedih. Kami mula rapat, lebih dari seorang kawan. Dia bergantung kepada aku, dan dia pernah cakap yang dia sayangkan aku. Bila perasaan aku mula berbalas. Aku rasa itu saat paling indah dalam hidup aku. Tak sia sia aku menanti dia dan sentiasa beri sokongan kepada dia walau apa pun berlaku. The wait and the patience paid off and i was happy.

Dalam masa kami rapat, pernah sekali dia terlepas cakap yang dia masih berhubung dengan kekasih lama dia. I thought it was fine. Sebab kalau kau dah sayangkan seseorang, tak mungkin kau akan suka orang lain. Tapi aku silap. Langit tak selalunya cerah. Kata kata sayang yang keluar dari mulut dia hanyalah kosong. Yang senang dilupakan dan dinafi selepas hidup dia kembali normal.

Aku hanya teman waktu sunyi, yang dia cari waktu orang lain tinggalkan dia. Sekejap je. Sikit demi sikit dia dingin dengan aku. Tanpa ada bicara. Tanpa aku tahu sebabnya. Aku cuma sedar diri aku tak ada makna lepas dia sendiri muat naik gambar dia keluar dengan bekas kekasih dia. Aku sikit pun tak tahu apa apa. Betapa sakitnya rasa bila orang yg tiap tiap hari kau titipkan namanya dalam doa untuk kau cuba peristerikan dia, yang kau sayang dengan ikhlas tanpa sikitpun rasa curiga buat macam kau tak pernah wujud dalam hidup dia. Ditinggal tanpa suara sedangkan perkataan 'saya sayang awak' masih terngiang ngiang dalam kepala kau. Buat aku gila. Buat aku kali pertama hilang pedoman. Tak pernah aku menangis kerana sesiapa pun akhirnya air mata aku tumpah.

Bila orang yang tak menaruh harapan macam aku mula simpan harapan dan harapan tu musnah. Aku rasa itu permulaan hidup aku jadi kelam kabut, tak terurus. Aku macam orang gila. Buat apa semua tak kena. Makan aku tak boleh, belajar aku hancur, dengan kawan kawan, malah keluarga aku sendiri aku jadi pendiam. Aku tak boleh berfikir. Buat apa apa pun yang aku rasa cuma sakit. Aku berhenti berdoa, aku berhenti berharap kepada tuhan sebab aku rasa tuhan tak akan beri apa apa kepada orang mcm aku. Sembahyang aku kosong sebab aku rasa sakit sangat. Aku mula buat sambil lewa. Sikit demi sikit aku mula jauh. Pada fikiran aku, apa guna aku berdoa jika tuhan tak pernah peduli pun permintaan aku. Tuhan deritakan aku sambil dia beri bahagia kepada orang mempermainkan hati orang lain. Orang yang cantik dan tampan boleh bahagia. Sedangkan aku yang biasa berusaha bersusah payah, demi untuk rasa sedikit bahagia. Aku tenggelam dalam kekecewaan aku sampailah Allah hantarkan seorang kawan untuk ingatkan aku,'bolehkah kau mengaku beriman sedangkan kau tidak diuji?'.

Aku rasa dari titik tolak tu aku cuba bangkit. Dah setahun berlalu dan aku masih cuba untuk bangkit dari kisah lama. Aku masih berusaha. Masih lagi sakit dan kecewa. Tapi aku sedar itu ujian dari Allah. Dia tak uji aku dengan penyakit dan kemiskinan. Dia uji aku dengan perasaan kasih sayang, pengletakan harapan dan org yang paling aku sayang. Aku mengaku aku tewas dengan ujian ni, tapi tewas bukan untuk selamanya. Aku mungkin ibadah masih lompong dan kosong. Tapi aku sentiasa ingatkan diri untuk bangkit menjadi orang yang lebih baik.

Cerita ini hanya secebis dari memori aku sebagai suntikan semangat untuk bangkit. Bukan kepada aku sahaja, malah kepada semua.

Terima kasih.

– Lelaki

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

12 Comments

  1. Apa yg ko lalui tu hanya sebahagian fasa dalam hidup sorg laki…
    Normal bila ko suka then kena reject…hampir sume laki kna cmtu…
    Tp xbermakna ko bleh buat ibadah ko ala kadar…
    So lepas ni aku nasihat kn ko…xpayah la kejar cinta…kejar la cita2 ko dlu…
    Cinta zaman blajar ni pointless…byk lg yg ko kna tempuh…
    So…jd la jantan…
    Normal la klau teringat tu…
    Kahkahkahkah…good luck

  2. What doesnt kill you make you stronger..Bukan nak perlekehkan masalah kau,tapi kau belum rasa lagi bercinta bertahun dan finally org yg kau nak hidup sampai mati tu sebenarnya sayang org lain bukan kau.Nanti kau kuat,serious.Lepas ni masalah lain dah jd kecik je di mata kau..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *