Assalamualaikum, mula-mula saya nak ucapkan terima kasih kepada admin kerana mengongsikan kisah ini. Bila dikatakan tentang permata mesti kita akan fikirkan tentang perkara yang berharga. Maka permata yang saya ingin ceritakan ini adalah yang paling bernilai, melebihi dari ibu bapa. Ia adalah iman kita. Sungguh manusia itu tidak sempurna maka itulah sifat hamba yang menukilkan ini. Kerana saya pernah rasa betapa nikmatnya iman, betapa sengsara hidup kehilangannya, dan betapa payah untuk memulihkannya.
Saya dahulu ketika kecil sangat degil dan tidak berapa endahkan tentang hal-hal agama. solat tidak menentu dan selalunya ditinggalkan biarpun selalu dimarah oleh keluarga. Hinggalah hujung sekolah menengah dimana saya berkenalan dengan beberapa sahabat yang mula melatih saya untuk solat. Dan disitu bermulalah perjalanan saya mendapatkan hidayah. Pada mulanya saya hanya solat dan itupun terkadang akhir-akhir waktu hinggalah ke zaman universiti. Disana berkat doa saya dipertemukan dengan sahabat-sahabat yang makin membina diri ke arah kebaikan. Dan disana juga saya bertemu seorang gadis, First Love la untuk dikatakan. Kita gelarkan dia A(obviously bukan nama sebenar). A seorang yang baik dan sebab dia saya mula lebih menjaga solat. Tapi paham ye, bukan saya solat sebab dia tapi sebab dia selalu pesan saya jadi lebih menjaga dalam solat. Dan sebab dia jugalah saya mula ke majlis-majlis ilmu, mula mengaji al-quran. Dan dalam majlis-majlis ilmu itu saya mula merasa tenang, bahagia. Bukan kerana A tapi kerana majlis-majlis ilmu itu. Zikir selawat tidak lekang dibibir.
Terasa diri bahagia. Tapi salah diri kerana tidak berhati-hati. Sungguh cinta itu fitrah. Tetapi jika tidak dijaga ia juga boleh menjadi senjata syaitan. Sungguh syaitan itu licik kerana jika ia tidak dapat menyesatkan dalam kemungkaran, ia akan cuba sesatkan seorang dalam kebaikan, jika tidak dapat menyesatkan dengan perkara yang besar maka ia menyesatkan dengan perkara yang kecil. Dan kerana perkara-perkara yang kecil ini aku tewas. Kerana ketika itu aku dan A sedang bercinta. Pada mulanya kami sangat menjaga. Tapi lama-lama makin longgar jagaan kami. bermula dengan mesej-mesej manja dan gurau-gurauan. Dan kami tidak sedar semakin lama ke lembah yang hina. semakin hari iman semakin parah. Solat semakin lewat, majlis ilmu dan al-quran mula ditinggalkan. Tapi Allah sayangkan kami..DIA telah sedarkan kami sebelum kami telanjur. Dan terus terang kami tersangat hampir terlanjur. selepas itu kami sepakat mengambil keputusan untuk berpisah, tetapi sudah terlambat kerana iman dalam diri sudah terlalu tenat. Diri terasa kosong, resah. Bahkan bila solat masih terasa kosong. Tanda Allah telah murka..Berbulan-bulan berlalu. jiwa masih terasa kosong. Hari-hari berdoa untuk dikembalikan hati seperti dulu. Hinggakan saya hampir putus harapan untuk hidup. Kerana seperit mana kehilangan, sungguh hilang iman itu adalah yang paling perit. Sehinggalah satu hari, ketika sedang solat zohor, saya mula merasakannya kembali. Walaupun tidak kuat seperti dulu tetapi terasa ketenangan seakan kembali. Sungguh Allah itu Yang Maha Mengasihani lagi Maha Pengampun. Sedikit demi sedikit saya cuba membaiki diri untuk menjadi seperti dahulu. dan sudah beberapa tahun berlalu. Saya dan A masuh berkawan. Dua-Dua masih menyimpan rasa kesal..Dan saya masih berusaha untuk meningkatkan iman. Dan ternyata ia bukan suatu yang mudah kerana saya masih bertarung untuk istiqamah..
Saya kongsikan pengalaman ini dengan harapan semoga yang membaca mengambil iktibar. Iman dalam diri adalah suatu yang berharga, jika hilang mana nak cari kembali? Berhati-hatilah ketika bercinta, janganlah berlebihan. Cinta itu tidak salah. Yang salah adalah kita beri peluang syaitan menghasut kita ke arah maksiat. Dan janganlah kita mencerca orang yang sedang berubah, kerana kita tidak tahu mungkin kerana kita mencerca orang itu berpaling dari hidayah. Akhir kata saya ingin memninta maaf andai ada tersalah bahasa, yang baik itu adalah dari Allah, yang kurang itu dari diri ini. Assalamualaikum
– musafir senja
Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->