PERMOHONAN MAAF
Tadi ketika aku sedang memandu, aku hampir terlanggar seorang penunggang motosikal semasa nak tukar lane sebab aku tak perasan dia (aku bagi signal dan dah check side mirror, tapi aku perasan kereta kat belakang aku saja, tak nampak dia kat tepi, patutnya aku kena bagi dia lepas dulu). Bila aku sedar, dia hampir sangat dengan kereta aku, tapi Allah jaga dia dari kemalangan dan Allah jaga aku dari mencederakan orang.
Aku tak tahu mana lokasinya, sebab aku pun dah silap jalan entah mana aku lalu. Entah area gombak ke cheras ke batu caves ke aku tak tahu.
Yang aku tahu,bro ini pakai baju merah, dan aku rasa bro ini kalau tengah baca status ini dia mesti tahu punya sebab dia hampir dilanggar dan dia mengangkat jari tengah kepada aku (bukan salah dia, aku yang hampir langgar dia). Aku sempat angkat tangan,tapi tak sempat nak mohon maaf.
Apa-apa pun aku nak mohon maaf sangat-sangat pada bro ni, nak cakap face to face tak sempat. Aku rasa tak selesa kalau tak minta maaf, lebih2 lagi bila kesilapan aku tu menyusahkan orang lain.
Aku harap sangat korang boleh share banyak2 dengan harapan bro tu terbaca permohonan maaf aku ni. Paling tidak pun, aku harap riders tak hilang respect pada semua drebar sebab kesalahan beberapa orang macam aku. Kami para drebar masih ramai prihatin kepada riders. Kepada riders di jalan raya, maafkan kami drebar yang kadang2 buat silap dalam sengaja atau tidak sengaja.
Harapnya kita semua berhati2 dan lebih peka di jalan raya
– DREBAR tersilap langkah
Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/