Permulaan tanpa pengakhiran 2
Ramai yang tertanya-tanya kenapa aku boleh diberi gelaran macam tu. Ni jawapan kepada persoalan korang semua.
Korang pun pernah sekolah kan? Perasan tak dekat sekolah ada kumpulan-kumpulan tersendiri. Ada kumpulan budak2 popular, ada nerd, ada gangster, ada macam2.
Kebetulan aku tergolong dalam kumpulan nerd, pendiam dan tak hot. Masa aku darjah 6, aku admire this one boy sebab dia ada lesung pipit yang sangat comel. Aku cuma admire dia sahaja takdelah aku suka bagai nak rak. Hanya kawan baik aku sorang ni je tau pasal ke-admire-an aku dekat budak lelaki tu… Then, one of the popular group member dapat tahu pasal ni.
Ever since then, aku jadi target..target untuk dihina, dimalukan… Mungkin sebab perempuan macam aku ni tak layak untuk admire lelaki sepopular tu. Lupa, yang bagitau dorang kawan baik aku sendiri. Makin aku sakit bila aku tahu kawan baik, orang yang aku percaya tikam belakang aku.
Kenapa buli tu boleh berterusan sampai ke sekolah menengah? sebab aku dan kumpulan popular masuk sekolah menengah yang sama…cuma yang membezakan buli sekolah rendah menengah…hanyalah tandas..
Besar-besar dorang tulis dekat tandas toilet
"S pelacur! 019-xxxxxxx"
"S perempuan hodoh!"
"S Tak sedar diri!"
Sekarang aku bukan je hodoh, tak sedar diri tapi aku jugak perempuan yang ada masalah mentah! Berdosa ke aku? Aku cuma admire! Aku cuma admire! Besar ke dosa admire seseorang!
Aku nak hidup aku balik! aku nak zaman remaja aku balik! sampai sekarang aku tak boleh dekat dengan orang! Aku takut..aku takut jadi balik….
Aku takut….
– S
Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/