Pernikahan Yang Membawa Luka Dihati Orang Tua

Mujur berbincang dalam masjid. Kalau tak, boleh hilang akal aku berbincang dengan mak perempuan tu. Dah la mak perempuan tu cara cakap pun agak kasar.

Assalamualaikum warga iiumc. Terima kasih kepada admin andai confession ini disiarkan. Semoga admin dan warga iiumc semuanya berada dalam keadaan yang sihat hendaknya dimusim2 wabak covid-19 ini.

Sedikit pengenalan tentang diri aku. Aku Aira (bukan nama sebenar). Berkahwin dan mempunyai seorang anak. Aku ada ramai adik beradik. Ada abang, ada adik lelaki dan perempuan.

Tujuan aku menulis confession ini adalah untuk meluahkan perkara yang dah lama terbuku dihati lebih2 lagi bila terbaca kisah para tabligh yang ramai berdegil untuk serah diri untuk melakukan pemeriksaan covid-19 yang merebak sekarang.

Kisah ini tak berkaitan pun dengan covid-19. Tapi kisah tentang adik lelaki aku dan keluarga tabligh.

Kisah ini berlaku beberapa tahun lepas. Adik aku berkenalan dengan seorang perempuan janda anak satu dan berhasrat untuk menikahi perempuan tu dan keluarga perempuan itu adalah orang tabligh.

Sebelum aku terlupa aku nak terangkan situasi adik aku ni dulu. Adik aku tak dibesarkan dalam keluarga aku. Ibu ayah aku serahkan dia kepada saudara yang tak mempunyai anak untuk dijadikan anak angkat kerana ketika itu ayah aku perlu berkhidmat di luar negara dan adik aku masih bayi.

Ayah aku risau nak bawa dia ke tempat asing dan kebetulan ada saudara yang mencari anak angkat.

Adik aku diambil semula dari saudara aku setelah kami pulang ke tanah air beberapa tahun dan dia dah masuk sekolah rendah atas sebab2 tertentu yang aku sendiri pun kurang pasti. Yang aku tahu ada perbalahan pendapat antara ibu ayah aku dan saudara aku tentang adik aku.

Jadi bila adik aku dah lama membesar dengan keluarga angkat, banyak la perbezaan dan kecelaruan yang berlaku dalam nak menyesuaikan diri dia dengan kami.

Dan aku sendiri sampai sekarang tak tahu apa sebenarnya yang ada dalam hati dia bila diambil balik sebab dia banyak memberontak dalam diam. Dan dia kurang rapat dengan ibu ayah aku dan adik beradik lain. Ada la konflik sikit2 tu.

Panjang pula pengenalan tentang adik aku.

Berbalik kepada cerita tantang hasrat adik aku nak bernikah. Kat sini la mula berlaku konflik yang besar antara adik aku dan keluarga.

Aku sebenarnya awal2 sokong je hasrat adik aku tu. Dan aku pun sentiasa bagi macam2 nasihat kat die. Aku pun pernah berjumpa dengan perempuan tu dan tak ada masalah apa2 pun dengan pilihan dia.

Aku pun tak faham kenapa semua jadi rumit. Ibu ayah aku macam berat nak terima perempuan tu tapi bukan kerana dia berstatus janda anak satu. Jadi Ayah aku nak adik aku balik bincang dengan ibu ayah tentang hasrat dia.

Tapi macam yang aku cerita kat atas. Adik aku memang la kurang rapat dengan ibu ayah aku. Tapi sebelum2 ni elok je dia bercakap dan berbincang kalau dia nak apa2.

Alangkah dia nak motor pun ayah aku sanggup je belikan cash bagi dia pakai. Tapi bila soal pernikahan tiba2 dia bagi alasan kat aku yang dia tak selesa nak berbincang dengan ibu ayah sebab tak berapa rapat dari kecil.

Jadi dipendekkan cerita tiba2 satu hari aku terjumpa kad undangan perkahwinan yang ditinggalkan atas meja dekat laman rumah ibu ayah aku.

Ya. Kad undangan perkahwinan adik aku dan perempuan tu. Tanpa berbincang dengan ibu ayah aku. Tanpa ada persetujuan ibu ayah aku. Tanpa pengetahuan ibu ayah aku majlis semua dah dirancang. Kami terima kad tu seminggu sebelum tarikh nikah meraka.

Ibu ayah aku tentu la tak nak hadirkan diri untuk pernikahan tu. Sedih. Marah. Kecewa. Semua perasaan ada.

Tapi aku.. Aku nak tahu kenapa keluarga perempuan tetap teruskan majlis pernikahan padahal mereka tahu tak ada persetujuan dari ibu ayah aku. Aku fikir keluarga perempuan tu orang tabligh. Orang2 agama. Jadi aku fikir mungkin mudah untuk dibawa berbincang.

Jadi aku bertindak untuk hadir pada majlis pernikahan untuk berjumpa dengan keluarga perempuan dan sebagai wakil keluarga aku.

Tapi sangkaan aku meleset. Mak perempuan tu terlalu ego dengan ilmu agama yang dia ada. Ya..siapa la aku. Si jahil yang masih banyak perlu belajar ilmu agama.

Aku tanya mak perempuan tu kenapa teruskan pernikahan sedangkan dia tahu ibu ayah aku belum pun berbincang dan bersetuju apa lagi mengenali anak dia. Ayah perempuan tu memang bayang2 pun tak nampak. Mungkin sebab aku perempuan.

Oh.. Lupa nak selit satu perkara. Adik aku ni dari kecil ada tabiat suka putar cerita dan memanipulasi keadaan untuk orang sentiasa bersimpati dengan keadaan dia.

Sambung balik. Jadi aku tak tahu apa sebenarnya yang adik aku dah cerita pada keluarga perempuan tu sampai mereka sanggup teruskan majlis tanpa ibu ayah aku.

Dan jawapan mak perempuan tu katanya adalah untuk mempermudahkan urusan yang baik dan senang untuk dia keluar menjalankan aktiviti tabligh bila ada orang jaga anak perempuan dia.

Habis selama tak kenal adik aku, elok pula anak perempuan dia boleh jaga diri sendiri. Mak perempuan tu cakap dia siap dah bagi tempoh kat adik aku kalau ibu ayah aku masih tak terima juga mereka akan teruskan majlis padahal adik aku tak pernah balik bincang pun.

Dan aku tak tahu juga apa lagi cerita yang adik aku reka. Mak perempuan tu siap boleh tanya pula apa lagi yang keluarga aku nak sebenarnya.

Allah.. Mujur berbincang dalam masjid. Kalau tak, boleh hilang akal aku berbincang dengan mak perempuan tu. Dah la mak perempuan tu cara cakap pun agak kasar. Aku rasa nak tarik2 purdah dia masatu. Banyak lagi yang mak perempuan tu cakap. Tapi tak semua aku ingat.

Manusia ni bila tak kena batang hidung sendiri mudah la bercakap. Macam adik aku ni anak yatim piatu pula dibuatnya. Hati dan perasaan ibu ayah aku langsung tak ambil peduli. Tak pernah juga nak datang berjumpa ibu ayah aku untuk cari tau kebenaran sebelum ambil langkah untuk teruskan majlis.

Tak kan la orang belajar agama macam dia tak tahu kat mana letaknya syurga seorang anak lelaki. Pentingnya redha ibu ayah dalam setiap perkara dan urusan lebih2 lagi melibatkan hal pernikahan yang bukan kecil. Cara dia bercakap seolah langsung tak menghormati hak ibu ayah aku. Aku jadi marah sangat.

Aku bukan kata pernikahan tu tak baik. Memang elok untuk disegerakan. Tapi cara tu yang salah sebab membelakangkan ibu ayah.

Ibu ayah aku sampai sekarang tak boleh terima adik aku dan isteri dia. Ayah aku pernah cakap, pintu rumah ni dah tertutup untuk adik aku. Apa lagi pintu hati.

Aku? Ntah la.. Walaupun di akhir perjumpaan tu aku peluk erat adik aku dan isteri dia sambil menangis teresak2 dan memberi kata2 nasihat. Tapi hati aku masih terluka sampai sekarang dengan tindakan adik aku membelakangkan keluarga terutama ibu ayah aku.

Adik aku pernah balik rumah bawa isteri dan baby diorang. Ya.. Diorang dah ada anak masa tu. Tapi ibu ayah aku memang tak mahu jumpa mereka.

Lagi pun aku masih ingat ayat adik aku masa dalam masjid tu dengan bongkak dia cakap yang dia buang diri sendiri dari keluarga. Jadi untuk apa dia cari lagi keluarga yang dia dah tak anggap sebagai keluarga.

Semoga adik aku muhasabah diri balik dengan apa yang dia dah buat. Dan semoga suatu hari nanti terbuka pintu hati kami untuk menerima mereka dan memaafkan mereka. Buat masa sekarang, masih terlalu sukar untuk kami. Bukan sesuatu yang mudah.

Semoga jadi pengajaran untuk adik aku dan semua pembaca. Ingat la dalam setiap perkara walau apa pun utamakan lah ibu ayah. Kerana tanpa ibu ayah siapa la kita kat dunia ni. Tanpa redha ibu ayah apa la erti hidup kita sebagai seorang anak.

Terima kasih pada yang sudi membaca.

Aku yang masih terluka,

– Aira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

error: Alert: Content is protected !!