PEROKOK

Assalamualaikum.

kepada perokok yang dijauhi, di sini aku ingin mengingatkan kalian, jika nak merokok tu, carilah tempat sesuai. sebagai contoh, elakkan di kawasan ramai orang, tempat makan, bilik yang berhawa dingin, BILIK MAHALLAH dan lain-lain tempat.

Cukuplah korang menyakiti diri sendiri dengan merokok, usah libatkan orang yang memerlukan oksigen yang bersih terlibat sama dalam urusan asap rokok kalian.

Common sense; x perlu nak bagitau satu per satu, dah masuk Universiti, Universiti Islam lagi tu..

Ko dah tahu, ape hukum hisap rokok..dan ko tahu jugak apa hukum sakiti Jiran..sedangkan dalam solat jemaah, bau bawang pun boleh dikira sakiti makmum lain, apatah lagi bau rokok!

Please stop smoking in MAHALLAH ROOM. PLEASE!!

maaf, aku x suka confess sini, tapi disebabkan ada dari kalangan perokok ni yang KURANG PAHAM BAHASA, dan KURANG common sense, maka lahirlah penulisan ini.

Jujurnya, aku x benci korang, tapi aku benci sifat dan perlakuan korang yang kadang2 diluar batasan pencernaan minda aku.

kepada yang nak berubah tu, kuatkan diri, teruskan usaha, pasti ada caranya.

kepada yang masih berkira-kira nak berhenti tu, cuba, try, test stop jap

kepada sapa yang nak start tu, don’t ever start if you can stop it.

Ini bukan hinaan atau dikriminasi terhadap perokok, tapi ini hanya luahan hati orang yang terpaksa menjadi perokok pasif.

Percayalah, rokok itu lebih banyak mudaratnya, dari manafaatnya.

Cukuplah Jerebu yang Tuhan hantar sebagai peringatan untuk kita.

– SOMEONE

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *