pesanan before raya

assalamulaikum semua..admin please approve. kalau aprove saya bagi duit raya..hehe.

oke, semua memandangkan raya tinggal beberapa hari je lagi kan, nak tanya la korang semua dah buat full preparation ke barang-barang yang nak dibawa pulang ke kampung?
jangan jadi macam saya, benda paling penting.. 'BAJU RAYA' boleh tertinggal.. sedih tau,dah la dah siap iron bagai. tak pasal-pasal je .. *sigh*

so tahun ni, saya dah buat list before balik kampung. feel free to share, kot2 list kita lebih kurang n korang malas nk buat list, amek je list saya ni.

1) baju raya/ baju melayu pastikan dah iron (paling penting)
2) songkok /shawl / tudung basahan/sampin
3) keronsang (brooch)
4)baju tshirt/blouse /pakaian dalaman
5) jeans /skirt /suar track suit
6) makeup kit /barang kemas
7) peralatan mandi
8) kuih raya/ kerepek2
9) angpow yg dah berisi duit raya
10) charger hp / camera
11) camera/ipad/monopod /hp
12) kasut raya/ stokin/ selipar
13) handbag
14) cash money
15) jajan (makan dlm kete time jem)
16) telekung/ sejadah
17) ubat-ubatan
18) tuala mandi
19) kain pelikat/kain batik
20) brg keperluan anak (if ada anak)
21) lain-lain barang yang dirasakan perlu

kepada korang, ini adalah list secara random, korang tambahla sediri kalau perlu ya..

oh ya,barang-barang yang hendak dibawa pulang , bawalah dalam jumlah yang bersesuaian. jangan bwk macam nak tidur setahun pulak kat kampung tu.hehee.

jangan lupa asingkan duit2 untuk disedekahkan kepada makcik2, sedara mara kita yang tidak berkemampuan atau ibu2 tunggal. ingat, duit raya bukan sahaja utk kanak-kanak,tapi if kita ada rezeki yang lebih apa salahnya beri kepada orang dewasa juga.

oke semua, selamat pulang ke kampung.berhati-hati di jalan raya, dan semoga selamat berjumpa dengan yang tersayang! peace.

– yen

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *