Assalamualaikum. Hai adik-adik. Aku Alumni IIUM. Agak lama jugak aku dah tinggalkan IIUM ni. Dan sejak itu jugak lah IIUM itu kurindui…
Adik-adik. Kita orang bertuah. Sebab dapat hidup dalam suasana yang banyak memberi ilmu. Semua orang tahu bahawa setiap minggu, alangkan hari kelas pun ada majlis ilmu di mana-mana. Audi B, Mini Audi, Main Hall (yang tu ingat). Sebut mana-mana, U kita ini memang kaya dengan majlis ilmu. Macam macam lah jenis ilmu yang dikongsi. Baik dari segi agama, sains, cinta, kesihatan, skill, dan macam-macam lagi. Banyak sangat.
Jadi adik-adik, sungguh, amik lah peluang ni sekarang. Sebab nanti, bila korang keluar dari U kesayangan korang tu dan mulakan kehidupan bekerja, korang akan dapati bahawa korang akan nak sangat pergi ke majlis majlis ilmu. Macam aku. Bila aku dah kerja sekarang, payah memang payah dah nak menimba ilmu. Ilmu wajib adik-adik. Carilah ilmu wajib itu. Ilmu dunia ni sunat je. Fardu kifayah je. Kita tak buat orang dah buat kita dah berlepas diri dari dosa. Tapi kalau ilmu agama, itu ilmu yang wajib kita pelajari. Jadi adik-adik, tolong lah sekarang amik peluang pergi mana mana sahaja majlis ilmu yang bermanfaat. Kerana Allah. Kerana nak menjadi hamba yang lebih baik kerana Allah.
Kalau adik-adik bimbang tak ada kawan, adik adik bersedialah dari sekarang untuk hidup berdikari. Untuk buat sesuatu tanpa bayang-bayang orang lain. Pergi mana mana bersama diri sendiri sahaja. Sebab, lepas belajar korang akan bekerja, hidup korang masa tu dah tak berkait dengan orang lain dah. Korang kena selesaikan segala perkara sendiri. Ye, saya maksudkan. Sendiri. Cubalah berimaginasi dan bersedia dari sekarang.
Jadi, untuk pergi ke majlis ilmu kesimpulannya, tidak salah untuk pergi seorang diri. Sebab, kita mahu ilmu. Sebab Allah suruh kita tuntut ilmu. Niatkan itu. Be positive. Yakinlah. Hindarkan sifat malu. Malulah bila kita melakukan maksiat, kita malu dengan Allah. Itu sahaja. Jika kita ingin berbuat baik, kenapa perlu malu, kan?
Jadi adik-adik. Saya sebagai orang yang pernah lalai ketika hidup di U dulu, betul betul mahu adik-adik tidal mengulang kesalahan saya, yang mungkin jika adik-adik lakukan, adik-adik akan kehilangan waktu yang sangat berharga yang tak akan adik adik jumpa lagi pada masa masa akan datang. Bangkitlah. Cari ilmu ya. Jadilah orang yang berilmu dan merendah diri.
a04c16728136d1c20ab562901878b8a4
CREATE A POST