Physical appearance

Aku tak tau nak cerita macam mana.. Tapi seriously sedih and rasa macam hilang keyakinan diri sangat-sangat. Kadang-kadang aku terfikir, kenapa dalam menuntut ilmu, kita sebagai student wajib patuh and cari redha dari guru untuk dapat ilmu yang berkat. Macam mana pula dengan guru ataupun pensyarah yang menjatuhkan maruah pelajar? Adakah pelajar tidak berhak untuk mempunyai perasaan? If pelajar perlu hormat guru, same goes to guru perlu juga hormat pelajar. Bukannya kutuk physical appearance pelajar ataupun apa-apa kelemahan pelajar. Contoh paling simple guru-guru sekarang yang rajin sangat post gambar jawapan pelik-pelik yang diberikan oleh pelajar. Itu boleh dikatakan sebagai penderaan mental kerana pelajar semestinya merasa rendah diri dan hilang keyakinan. Tenaga pengajar sepatutnya menunjukkan contoh yang baik. Macam sekarang dekat universiti. Pensyarah cuba untuk menjadi seperti mahasiswa dan mampu bersembang dengan frequency yang sama dengan pelajar. Bergurau senda segala. Tapi pensyarah perlu sedar yang dia tidak sepatutnya menjadikan kelemahan fizikal pelajar sebagai bahan jenaka di hadapan kelas. Sungguh terkilan rasanya bil menjadi badut tidak berbayar untuk menghiburkan seisi kelas. Kepada pensyarah, semoga sedar, anak muridmu memendam rasa dengan gurauan kasarmu mengenai fizikalku.

– Someone sad

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *