PLKN

Salam semua. Ini semua pandangan aku sahaja. Kalau yang batch lama dulu mesti tahu pasal PLKN.

Baru-baru ni ramai cakap “kembalikan PLKN, sebab tak ada plkn ramai budak Malaysia macam itulah dan macam inilah”.

Aku dulu pun join PLKN iya memang seronok. Tapi kalau orang cakap PLKN ni bagus untuk discipline atau bina jati diri pada aku tidak.

Aku dulu pernah tolong isteri aku tulis thesis pasal National Service di singapore.

Bila aku banding NS diorang dan PLKN kita. Jauh beza, terlampau jauh beza.

Diorang punya structural sistem tu dah tersusun ratur dan rapi dari dia punya disiplin, susun atur, programme. Dia punya cawangan berkhidmat tu dah tersusun elok dan rapi.

Bila aku baca apa yang isteri aku tulis dan bandingkan dengan PLKN kita terus nampak yang kita punya PLKN ni glorified camping.

Tapi Singapore punya sistem pula dia memang latih orang yang cukup umur untuk bersiap sedia.

Kalau check yang Korea punya jangan cakap diorang punya military service ni memang strict dan full force.

Kalau kita nak bandingkan plkn macam sekolah budak tadika dan pelajar universiti.

Setiap kali ramai cakap “kembali kan dan wujudkan PLKN” aku sejujurnya memang tak setuju.

Bagi aku kalau betul nak buat kita kena mula dari no.1 baru ke no.2 dan seterusnya. Dari segi tempoh masa dan segala service dalam tu biar teratur elok.

Sejujurnya aku katakan negara kita tak akan boleh. Bukan aku negatif ke apa.

Ambil contoh public transport negara kita paling mudah train, mrt, lrt itu semua.

Cuba tengok singapore punya blueprint untuk mrt itu semua diorang dah ready untuk both development dan juga transportation.

Tapi negara kita waktu bina itu semua tak pernah ambil kira benda tu.

Sekarang pun macam Indonesia pemimpin diorang jokowi dah tetapkan masa depan negara diorang bergerak seiring public transport mereka.

Jangan kita pandang “orang indonesia miskin sebab diorang datang sini kerja” tapi negara diorang sekarang ni sentiasa bergerak ke hadapan.

Kalau ada yang cakap “tak suka Malaysia pergi lah Indonesia/Singapore” tidak. Kalau nak kata sayang, aku sayang Malaysia apa tak sayang membesar sini, darah tangis tawa semua dekat sini.

Tapi dalam hati aku sentiasa nak negara kita ni sentiasa melangkah dengan gah.

Siapa tak nak nama Malaysia di pandang tinggi.

Aku sayang Malaysia dan aku sendiri sayang rakyat Malaysia (yang baik sahaja, yang jahat tak sayang)

Tahun ni 2023 dah masuk hari Merdeka kita yang ke-66. Aku cuma harap negara kita kekal ke hadapan.

Jadi bila kau fikir PLKN kau rasa menyeluruh ke?

Sebab bagi aku national service atau military service ini kalau betul kita nak buat ini lah sepatutnya jadi macam unity untuk kita berjumpa semua bangsa yang berbeza.

Bukan setakat 3 bangsa utama melayu cina india tapi yang lain-lain sekali.

Lepastu kena plan okay sekarang kita dah ada basic structure dan system untuk Khidmat Negara. Kita nak letak setiap anak muda ni dekat mana.

Senang cerita banyak, jadi kalau setakat kembali kan PLKN lama yang setakat beberapa bulan tu bagi aku tak payah lah tak berbaloi tapi kalau ada national service baru yang atas bawah dia solid aku rasa elok juga.

Yang penting perancangan kena betul.

– Azman (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *