Don’t Belittle Your Kid

Aku sebagai seorang anak dan sebagai seorang ayah ada satu cerita yang aku nak kongsi, tak panjang pendek sahaja.

Aku yakin ramai dari kita yang alami benda macam aku tulis ni.

Setiap kali ada tetamu atau saudara mara datang mesti pernah mak atau ayah cakap buruk pasal anak dia depan orang ramai.

Aku ingat lagi umur 14 tahun badan aku memang agak besar.

Datang tetamu kat rumah sekali ayah aku cakap, “tengok badan gemuk curah air pun payah” waktu tu aku tengah tolong curahkan air untuk tetamu depan orang ramai.

Mak aku pun join sekali, “kuruskan lah badan oi anakku”.

Lepastu mak ayah aku dengan tetamu gelak.

Aku pun mampu tersengih-sengih. Aku sejujurnya dalam hati segala sumpah seranah aku cakap. Tapi dekat luar aku setakat sengih je.

Sepanjang hidup aku bukan jarang tapi sangat tak pernah mak ayah aku puji depan orang ramai.

Aku ingat lagi situasi waktu tu spm aku dapat 5A 4B boleh dikatakan keputusan yang cemerlang.

Pergi pagi tu ambik aku punya seronok lain macam sebab 5A 4B, percubaan SPM aku cuma 1A yang lain B C D.

Balik tu dekat rumah ada ayah aku dengan 2 orang kawan dia tengah nak ambil barang kerja.

Aku pun cakap dekat ayah dapat 5A. Yang kawan dia pun puji cakap “eh pandainya boleh belanja KFC”

Tapi ayah aku dia tak puji “baguslah tak penat aku bagi makan berabis duit”.

Jadi sepanjang aku hidup majoriti hidup aku selalu diremehkan oleh mak ayah aku depan orang ramai. Depan kawan, saudara mara.

Bila aku dah berkahwin dah ada anak. Setiap kali anak aku macam tak memuaskan hati. Kalau nak termarah aku akan duduk sekejap dan tarik nafas tahan lama-lama, dah tenang baru aku cakap,

“Baguslah ni ada improvement, lepas ni mesti lagi bagus”

Aku selalu tanam dalam hati dalam fikiran aku. Kalau dulu aku tak suka kena marah, kena tengking, di pandang remeh mesti lah anak aku tak suka juga.

Aku dengan isteri pun macam tu, depan orang ramai pula kami elak berbual benda tu sangat tak nak banding membanding.

Cukuplah anak aku tahu yang kami appreciate every single effort diorang.

Sejujurnya, benda ni generational trauma payah sangat nak hilang.

Aku yakin ramai mak ayah sana bila dah terlepas cakap naik tangan menyesal.

Jadi nasihat aku kalau nak marah ke bagi komen pasal anak kita tahan dulu fikir dalam seminit benda apa yang kita nak cakap.

Ingat walaupun kita bercakap ke marah setakat seminit dua tapi kesan dia seumur hidup. INGAT.

– Mun (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *