Normal Ke?

Kisah ni pasal Paan (bukan nama betul) anak sedara aku dan maknya iaitu kakak aku.

Secara ringkasan, kakak aku lahirkan Paan sebelum dia masuk jadi HO. Suami kakak pun baru nak mula HO.

Selepas kakak habis berpantang. Baby Paan di hantar ke pengasuh tapi tak sampai seminggu badan baby Paan yang berusia 3 bulan berbirat. Kakak pun berhenti hantar ke pengasuh tu.

Aku dah berkahwin, surirumah & belum ada anak. Aku setuju untuk jaga Paan selama mana kakak aku nak. Aku faham dua2 busy sebab baru mula HO.

Dalam seminggu, Paan tinggal bersama aku untuk 6 hari. Hari kakak atau suaminya cuti, mereka ambil Paan.

Selama 2 tahun, rutin ni berjalan sampai aku terlebih sayang Paan macam anak aku sendiri tapi aku tahu aku bukan mak kandung Paan.

Selepas mereka berdua habis HO. Mereka ambil Paan & tinggal bersama.

Aku tak tahu pasal kerja doktor2 ni tapi kakak aku cakap kerja MO tak busy macam HO dulu la. Boleh jaga anak lagi.

Fast forward tahun ni, Paan berumur 7 tahun dah.

First day masuk sekolah, aku yang hantar sebab kakak & suaminya kerja. Habis sekolah, Paan stay rumah aku sampai malam atau sampai salah satu antara mereka habis shift.

Sepanjang Paan duduk dengan aku, aku perasan benda yang aku rasa pelik dengan budak berumur 7 tahun.

Aku pernah beritahu kakak aku pasal ni, kakak aku cakap aku paranoid, dia cakap dia doktor kalau Paan betul tak “sihat” dia orang pertama yang akan tahu. Aku diam.

Beberapa benda pelik yang Paan buat aku list di bawah ye.

Satu. Paan tengok video kereta kemalangan. Tiap kali balik sekolah, dia akan minta iPad yang kakak aku bekalkan.

Selama ni aku tak pantau sebab kakak aku cakap dia dah biasa main iPad.

Ada satu hari tu aku tertengok, Paan tengah tengok video dashcam accident. Orang tengah menjerit2 & baby menangis2 sambil terpusing2 dalam kereta, Paan boleh gelak2.

Dua. Paan b*nuh ikan2 aku. Aku bela ikan betta satu je dalam akuarium.

Hari first Paan datang tu, malam tu ikan aku mati. Next week aku beli ikan baru, mati lagi. Sampai 3 ekor ikan aku mati.

Aku ada bau clorox area tu tapi tak kuat. Aku pun tgk cctv rumah aku. Aku nampak Paan tuang clorox dalam akuarium aku.

3x ikan aku mati, 3x dialah yang tuang clorox. Aku confront, Paan menangis dan berjanji tak buat lagi. Tapi setakat ni aku tak rasa nak bela ikan lagi sebab aku rasa bersalah giler dekat ikan aku.

Tiga. Paan cederakan kucing aku. Aku ada perasan yang kucing aku selalu ada kesan darah di bulu putih dia.

Bila aku lap, takde kesan luka pun. Beberapa kali jadi, setiap kali lepas lap, tak ada kesan luka pun. Aku perasan yang kucing aku selalu meow kuat giler kalau Paan datang.

Oh ya, kalau Paan datang, aku kurung kucing aku di bilik kucing. Paan masuk bila dia nak main. Aku tak pernah letak CCTV di situ, tapi sebab kucing aku selalu ada darah tu, aku letak satu.

Terkejut aku tengok, Paan rupanya cucuk kucing aku guna jarum peniti yang halus tu.

Darah keluar sikit tapi sebab bulu putih, nampak setompok juga di bulu. Bulu kucing aku lebat, sebab tu juga aku tak nampak kesan luka cucuk jarum peniti tu.

Aku confront, Paan menangis dan berjanji tak buat lagi. Dia kata dia stress bila kucing asyik meow2. Padahal kucing aku meow bila dia datang je.

Empat. Paan suka sentuh dada aku. Aku harap tak terlalu explicit untuk aku terangkan. Admin tolong potong mana yang kurang sesuai.

Paan dah darjah satu, mula2 aku ok je sebab aku yang jaga dia dari umur 3 bulan. Tapi ada beberapa soalan yang dia selalu tanya buat aku curiga.

Dia tanya aku, best ke kalau dia pegang2 kawasan tu dan lain lain yang aku rasa tak patut budak 7 tahun tanya. Ke aku yang over-think? 

Lima. Body language yang pelik & stiff. Bila Paan duduk, dia duduk macam orang pergi IV yang badan straight tu. Mata dia jarang berkelip.

Cara dia senyum macam orang dewasa senyum untuk sapa stranger macam tu. Senyum sopan, bukan senyum silly macam budak.

Pakaian & rambut kemas sangat2, tak macam budak 7 tahun baru balik sekolah. Makan dengan sopan, kemas & beretika guna spoon, fork & knife.

Pernah sekali dia minta aku belikan 3 jenis fork (table, dessert, tea) kalau tak, dia tak akan makan dessert aku buat (kek kukus je).

Semua 5 ni aku ada bagitahu kakak aku tapi kakak aku kata aku over-thinking sebab aku tak pernah ada anak.

Walaupun aku jaga Paan untuk 2 tahun pertama tu, maybe instinct motherly aku tak kuat lagi kot.

Sekarang ni tiap kali Paan datang, aku cuba untuk bercakap & bertanya dengan dia supaya dia open up. So far, tak ada apa2 yang boleh aku guna untuk confront kakak aku sekali lagi.

Aku ada bertanya dengan kawan2 aku yang lain, semua kata anak2 mereka tak ada yang macam Paan ni.

Cuma ada yang tak pandai handle haiwan tapi tak ada sampai berulang2 dan sampai haiwan tu mati.

Ada tak cara nak yakinkan kakak aku yang berkerja sebagai doktor ni, yang anak dia “sedikit pelik” dan perlu dibawa untuk penilaian?

Atau pun aku yang kena pergi penilaian sebab over-thinking dengan budak 7 tahun??

Terima kasih semua.

– EskemMekdi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *