Salam. Akak ada sedikit kisah untuk sesiapa yang bergelar seorang menantu perempuan.

Sesungguhnya kebahagian dan keberkatan kita sekeluarga terletak keredhaan ibu bapa kita termasuklah ibu bapa mertua kita. Akak berkahwin dah 20 tahun dan dari segi pendapatan, memang kak yang mempunyai kelebihan. Masa kita muda, semuanya kita nak menang terutamanya bab nak balik raya. Alasan kak senang jerr, dah tinggal satu tempat dgn mertua, selalu berkunjung masa hujung minggu, makanya, pada hari rayalah masanya untuk akak balik kampung akak yang jauh di Kelantan dan berkampung di sana lama-lama. Kami tiada giliran seperti kebanyakan pasangan yang lain dan memandangkan akak lebih dominan dalam segala hal, suami cuma menurut untuk mengelakkan pertelingkahan. Hati akak memang puas untuk beberapa tahun tetapi sejak kebelakangan ini, anak-anak memberi masalah, kesihatan suami semakin merosot dan hati akak tidak tenang. Akak solat tak pernah tinggal, ngaji Quran setiap hari dan bersedekah seadanya namun ketenangan tetap tidak bertandang di hati akak.
Suatu hari, akak bertemu seorang sahabat lama yang juga pernah menghadapi masalah seperti akak tapi sekarang beliau telah menemui ketenangan yang dicari. Setelah akak menceritakan masalah akak kepada beliau, soalan pertama beliau kepada akak adalah `Adakah ibu bapa mertuamu redha dengan suamimu?'
Akak sendiri tidak pernah terfikir begitu kerana mertua akak kelihatannya seperti tidak kisah dengan hal kami sekeluarga. Setelah itu, akak bersemuka dengan suami dan suami pun bagitau, ada jugak la ibunya merungut, asyik-asyik balik raya Kelantan, ibunya teringin juga berhari raya dengan anak menantu dan cucu-cucu, namun tidak berkesempatan. Memang ibunya melahirkan rasa terkilan tetapi untuk mengelakkan kami suami isteri bergaduh, maka ibunya pendam sajalah untuk menjaga keharmonian rumahtangga kami. Ibunya pernah minta agar berhari raya mengikut giliran agar di kedua-dua belah keluarga dapat merasakan saat-saat berhari raya bersama cucu-cucu tercinta.
Rupa-rupanya, disebabkan ada sedikit rasa terkilan di hati seorang ibu, maka redha seorang ibu itu ke atas anak lelakinya tiada dan boleh menyebabkan seorang anak jatuh derhaka. Akak insaf di atas kelakuan akak yang sangat mementingkan diri sendiri dan raya tahun ini akak akan berkampung di rumah mertua supaya kami sekeluarga mendapat keredhaan dan keberkatan yang diharap-harapkan. Ingatlah, tanggungjawab anak lelaki itu adalah kepada ibunya dan seorang perempuan itu wajib taat kepada suaminya (ni ayat sahabat akak).

Kekadang , kita tidak sedar bahawa dengan perlakuan kita telah menyebabkan seorang ibu terkecil hati dan harapan akak kepada sesiapa sahaja yang bergelar menantu perempuan, suami kita sebenarnya telah banyak berkompromi dengan kita (suami yang baik la). Kalau ikut hukum, jika suami tidak membenarkan kita menziarah ibu bapa kita yang sakit pun, tetapi kita pergi ziarah juga, kita dah jatuh derhaka kepada suami dan jika ditakdirkan kita meninggal dalam keadaan suami tidak redha dengan kita, bagaimanakah nasib kita di akhirat kelak. Fikir-fikirkan.

– Zaidah Ismail

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

8 Comments

  1. Point terakhir tu x btl puan.
    Kita diwajibkan mentaati suami selagi tidak melanggar syara’.
    Kalau ibubapa kita sakit,suami tak bg melawat,ibubapa kita tak redha dgn kita,maka kitalah anak derhaka.
    Terang2 melanggar syara’ tu.

    Peruntukan dalam feqh Prof Dr. Mahmud Ali al-Syarthawiy di dalam kitab Syrah Qanun al-Ahwal al-Syaksiyyah menegaskan harus si isteri ziarah ibu bapanya walaupun tidak mendapat izin suami seminggu sekali, sekiranya kedua ibu bapanya sakit harus baginya menziarahi mereka setiap hari kalau dia mahu.

  2. Point terakhir tu hm, byk org dah kahwin salah faham. Mak ayah dua-dua belah pihak dah jadi kepentingan utk suami. Itulah syurga suami. Tu sbb bila dah cerai, kita cerai dgn pasangan je, mak ayah ex kita tetap mak ayah kita sampai bila-bila :)

  3. Jenis yg jga hati mak ayah nie, memang Allah jga keberkatan hidup. Alhamdulillah, sy pernah jumpa sepasang suami isteri, yg dahulukan mak ayah mertua, hidup dyeorg berkat je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *