puas sudah “rolling” duit

Assalamualaikum w.b.t

ada sesiapa yang tahu atau menawarkan kerja separuh masa yang fleksibel masanya tak? bukan apa?saya tidak dapat pinjaman PTPTN. nak hidup dalam dunia yang memerlukan wang ini agak sukar. puas sudah saya pusing duit. pinjam sana, bayar sini. pinjam sini, bayar sana. segan dah nak pinjam duit orang, nak minta pada orang tua dikampung. habis semua duit syiling digali dan ditukarkan kepada duit kertas. kerja yang tiada modal, tidak memerlukan kenderaan sendiri (sebab berjalan kaki sahaja)

ada bantuan kewangan lain ke selain dari endownment and zakat?bagaimanacara untuk memohon? dokumen apa yang perlu disertakan bersama-sama borang permohonan?

jika ada yang tahu, kongsikanlah. saya tahu, bukan saya sahaja menghadapi masalah seperti ini. sekurang-kurangnya, post ini dapat membantu diri saya dan rakan-rakan senasib macam saya.

terima kasih kepada semua yang membantu, cuba membantu, dan prihatin kepada nasib kami. hanya Allah sahaja dapat membalas jasa kalian.

– Insan Kebuntuan

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *