Puisi Untuk Bos II

Untuk part I, (https://iiumc.com/puisi-untuk-bos/).

Hi semua assalamualaikum wbt dan salam Ramadhan…

Haritu aku confess buat point form kan? Sebab aku tengah stress sangat aku takut tershare benda yang aku akan menyesal. Tapi harini aku rasa nak share dengan bercerita.

Aku merupakan penjawat awam dan aku telah berada dalam perkhidmatan for quite some time. Penempatan kami sentiasa bertukar2 selepas beberapa tahun atas dasar JPA untuk perkhidmatan kritikal dan disebabkan itu, aku telah berkhidmat di bawah ramai bos dan juga staf.

Untuk makluman bagi sesiapa yang tidak maklum berkenaan dengan penjawat awam, secara generalnya kita akan ada Kumpulan Sokongan (Gred 40 dan ke bawah), Kumpulan Pengurusan & Profesional P&P (Gred 41 dan ke atas) dan Pengurusan Atasan atau Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA).

Setiap kumpulan memainkan peranan masing-masing, dan kompetensi setiap Kumpulan akan memberi kesan ke atas Jabatan itu sendiri. Tiada istilah skop masing-masing, kerana sistem pelaporan adalah daripada Kumpulan Sokongan Kepada Kumpulan P&P Kepada Pengurusan Atasan.

Sepanjang aku berkhidmat, ini kali pertama aku sebagai pegawai kedua dalam department perlu membawa pegawai pertama dalam department. Aku dan bos aku dalam kategori P&P tapi berbeza gred.

Sebagai 2nd officer, sad but true, terlalu jujur untuk diluahkan, I need to make sure my bos steering the department accordingly. I need to do his/her role in order to make sure everything in the department is functioning properly and will not affect the services provided to rakyat.

So why I get frustrated? Because I need to perform two roles at the same time. Ingat tak penat k?

Kenapa aku tidak boleh just leave it with it?

Sebab bila kita jaga amanah, kita kena laksanakan betul-betul. Semua yang kita rancang atau belanjakan adalah duit rakyat.

Our top management always said, dalam gaji kita ada elaun untuk dimaki oleh rakyat jadi hadapi sahaja. Yang penting bila kita mati dan disoal, kita dah buat yang terbaik demi menjaga amanah yang diberikan.

So basically apa yang terjadi sekarang dengan kehidupan kerjaya aku?

Bos aku masih sama dan dia bukan baru masuk ke department tersebut. Disebabkan profesion kami sentiasa berpindah-pindah, we are expected to adapt to our jobscope within 6 months of new placement,

Tetapi bos aku dah ambil masa yang terlalu lama sebagai seorang ketua bagi memahami terms-terms dan tatacara membuat Keputusan berdasarkan pekeliling/ kontrak/ standard operating system yang berkuatkuasa.

In fact sekarang, daripada 100% peranan dia, I think saying he/she can handle 20% of the jobscope tu pun like I am being generous.

And sadly, bukan nota tak pernah diberikan, bukan aku/ colleague aku tak brif. Tapi memang semua benda tak pernah lekat dalam kepala. Ada nota pernah diberi sebelum ni pun hilang entah kemana.

Aku cari jalan macam-macam cara nak motivate diri aku, sebab aku suka bekerja tetapi aku tak mahu kerana seorang, aku hilang nikmat dalam bekerja.

Aku sampai buntu. Nak cari therapist dekat negeri aku berkhidmat ni, memang takde. Sini bukan macam KL, klinik psikologist merata-rata.

Bila dah terlalu lama dalam keadaan bos aku yang manipulatif dan mostly akan berubah sikap untuk seminggu dua then ulang balik sikap dia tu, aku jadi sakit di hati.

Why aku kata dia manipulatif? Hmm… Bila dia nak minta tolong dia akan berubah. Kami semua masak dah perangai dia.

Aku lebih suka kalau dia outstation, jadi aku boleh buat kerja dengan tenang sambil manage anak-anak buah. Tapi isu kalau dia ke meeting-meeting penting, kami ni yang kat office tak dapat maklumat/ hala tuju daripada meeting tersebut.

So… Last2 kami prefer ikot/ wakilkan dia dalam meeting2 penting which is again, what a waste of human resource. Maklumat masa dlm meeting pun kami kena underground contact urusetia/ ahli mesyuarat yang lain yang ada.

Bilik aku tak berhenti-henti anak buah masuk and discuss pasal kerja, sampai masa puasa pun memang aku tak rehat sangat, baru nak bertenang masa rehat digunakan untuk cek emel atau cek surat selepas jadual yang padat.

Kalau lah kata bos aku sedikit function, mungkin kuranglah beban ni sikit kat aku & aku boleh buat banyak lagi improvement untuk department.

For the record, colleague aku yang P&P lain pun hadapi macam aku juga. Last2 bila ada isu, kami bincang sesama sendiri & bos aku hanya terima end product sahaja…

Nak kata bos aku semuanya negatif? Tak juga.

Setiap manusia ada kebaikannya. Biasanya bos2 macam gini, dia tak kisah kalau anak buah nak cuti bila2. Suka hati kau oranglah. Biasanya kalau bos aku yang lama2 kita nak cuti kita kena rancang properly dengan bos, jadi important tasks or meetings kita tak terlepas.

Kalau tak boleh elak biasanya bos aku yang lama2 akan make sure aku tinggalkan semua maklumat yang perlu sebelum bercuti supaya tak ada isu.

So untuk kes bos aku yang terkini ni, dia okay aja. Pergilah kamu ke mana2. Kalau bila Pengurusan Atasan tak dapat maklumat daripada dia/ task yang Pengurusan Atasan dah discuss dengan dia but output tak sampai expected outcome, Pengurusan Atasan kadang2 akan call kami2 yang cuti ni lah.

Kami pula kena call & explain ke anak buah semula supaya buat kerja accordingly.

Adalah lagi kebaikan dia. Cuma in terms of professional, I guess tak banyak benda kita boleh highlight.

Pengurusan Atasan tak nampak ke?

Cengginilah, kerja office kami semua kami manage dengan baik. Jarang2 sangat2 ada hiccup. Why??? Sebab kami di bawah bos kami ni in autopilot mode. Kami study sendiri, kami fikir sendiri, kami hulur surat dia sign sahaja. Anak2 buah aku sangatlah okay.

Walaupun aku jauh lagi muda & ada yang pngkat bapak kepada aku, mereka sangat2 positif terima arahan & hala tuju yang aku dah set. Inilah penguat semangat aku untuk terus stay kat department ni.

Walaupun staf tahu aku baru & belum ada pengalaman dekat jobscope aku sekarang, tapi mereka cuba share pengalaman mereka.

Dalam masa yang sama kita sebagai superviser mereka kena juga tunjukkan kredibiliti agar anak buah tahu kewujudan kita sangat2 membantu dalam pekerjaan mereka.

Tapi ada juga kadang2 aku termarah/ terkasar dengan staf, cepat2 ajelah aku minta maaf. Sebab mereka usia dah senior kita masih kena hormat mereka as orang yang lebih berumur.

Tapi berbalik balik kepada pengurusan atasan nampak ke tak?

Dah mula nampak sebab dah banyak keputusan yang bos kami deal sendiri kami kena cuci semula, Tapi nak tukar pegawai ni bukan benda yang boleh dalam masa seminggu tukar.

Jawatan bos aku ni jawatan yang kritikal, memang kena make sure bukan pegawai yang biasa2 akan ganti tempat ni.

So apa way forward aku actually supaya aku tak demotivate?

1) Aku tulis confession sekadar nak meluah. Takkan nak buat post fb. Nanti orang tahu pulak aib bos aku. Benda2 gini ko nak open sangat pun tak boleh, nak tegur direct pun boleh kata outcome dia 50/50.

2) Aku luahkan pada colleague aku & colleague aku luahkan dekat aku. Ingat kami jahat sngt ke yg ada group underground ni?

Hari2 discuss mcm mana nak bantu bos. Sampai abis idea dah. Aku down kawan aku motivate, kawan aku down kawan aku sorang lagi motivate. Atau kalau ada foul yang berlaku, kami ketawa sama2.

3) Aku luahkan dekat pasangan aku. Tapi kadang2 part ni kena hati2 sikit sebab pasangan kita ada sifat MELINDUNGI. Salah luah, mereka juga yang akan stress sebab buat orang yang mereka sayang stress.

4) Aku cari senior yang kerja lagi lama dari aku, yang aku tahu lagi banyak asam garam pekerjaan untuk dapatkan nasihat. Aku sentiasa make sure senior ini tiada hubungan direct dengan bos aku, supaya x effect juga career path bos aku.

5) Betulkan niat hari2 sebelum pergi kerja. Doa dalam solat. Sebab benda ini ujian.

6) Aku kurangkan bersosial dengan bos aku. Aku buat gap, aku hanya cakap psl kerja. Hal2 luar kerja aku x share dah sebab tak ada keperluan.

Basically aku rasa mungkin ramai yang ada pengalaman macam aku. Aku cuba reach beberapa kawan rapat tapi mmg kami ni macam geng2 buntu. Last skali kita buat ajelah kije bos sebab kalau tak siapa lagi nak buat.

Kami ni memang rasa kami kerja bagus ke?

Tak… Thats why kami stress.

Sebab kami nak guidance bila kami stuck, and kebanyakan lousy bos tak boleh beri guidance kepada anak buah.

Pengalaman aku yang lepas bos2 banyak aje bagi kebebasan pada aku untuk manage kerja sendiri, tapi mereka tahu kelemahan aku kat mana sebab ikotkan aku masih junior & tak banyak pengalaman,

Jadi mereka akan instill macam2 idea untuk penambahbaikan & make sure setiap plan yang aku keluarkan tidak salah tatacara.

Ini adalah the deadliest things in contract management. Ko salah buat keputusan tak ikot pekeliling/ contract, kerajaan tanggung kerugian, ko kena bayar balik kerugian dengan potongan gaji sehingga lunas.

Terms ini kami panggil sebagai SURCHARGE. Belum lagi kalau kena tindakan tatatertib.

So that is why having a competent boss is important in my department.

Cuma dalam kes ni, the good thing is: AKU MATANG DALAM KERJAYA LEBIH AWAL.

Tak apalah. Tawakal ajalah. Allah bantulah kami hambaMu yang lemah.

– TEMBIKAI (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. I have been there. But I kerja swasta. I tried tukar department but in the end still tak solve my problem kena deal dengan that boss juga. So I resigned. Pilihan di tangan kita. “What you don’t change, you choose.” I don’t know how kerja kerajaan works, but try minta tukar department or directly tell your boss the problem.

    Semoga dipermudahkan urusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *