PUNCA KES BUANG BAYI BANYAK KAT NILAI..
Assalamualaikum, saya nak tanya pendapat, pejabat agama akan ambil serius tak sekiranya saya buat aduan mengenai budak-budak melayu lelaki perempuan bersekedudukan dalam satu rumah tapi takde bukti?
Saya berasal drp kg, dan datang ke bandar Nilai dua tahun lepas. sepanjang saya disini banyak saya dengar cerita laki perempuan tinggal bersama. Melayu kot. Confirm lah islam kan? masa saya mula-mula cari rumah sewa kat Nilai dulu pun saya pernah terkena. Kalau tak silap saya, ada sebuah bilik di rumah flat area KTM NIlai untuk disewa. deal punya deal setuju lah nak sewa. saya pun tanya lah mengenai penghuni dua bilik lagi, alangkah terkejut saya bila dia kata kedua-dua bilik tu dihuni oleh pasangan melayu yang belum berkahwin. MELAYU yea bukan CINA or INDIA? yang peliknya owner dia lelaki melayu..hurmm sanggup betul owner tu pikul dosa bersubahat. Then, yang kedua berlaku apabila saudara saya datang menumpang rumah kawannya di NIlai. Dia ceritakan pada saya yang tinggal dalam rumah tu bukan dengan kawannya saja tapi tunang kawan dia pun tinggal serumah dengan kawannya. Allahurabbi, teruk betul..tak jadi dia nak stay kat sana memandangkan takut dianggap bersubahat. So sekiranya sy nak buat aduan agak-agak pejabat agama ambik serius tak?
(Pada yang akan kecam saya, maaflah bukan niat nak menyibuk jaga tepi kain orang bagai tapi fikirlah, bila maksiat dah berleluasa bala ALLAH akan datang. bila datang bukan yang buat maksiat je yang kena, yang tak bersalah ni pun kena. SEMUA dia Sapu)
Terima Kasih.
– Miss Serba Salah
Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/
Kalau boleh, adu kan pada jkk flat dlu biar dorg jdi mata2 kt kawasan tu then nnti dia call pej. Agama. Sbb dh jdi TREND pasangan couple hidup bersama persis omputih dah. Kunun nk tgk perangai sebenar pasangan bila bersama, padahal tu semua lakonan sebelum bernikah. Jdi encik sila lah selamatkn saudara seislam kita supaya tk terjebak dgn kemaksiatan.
-lepasan spm-