putus semangat belajar

Assalamualaikum. Pertama sekali, aku memang tak pandai mengarang ayat cantik-cantik, tatabahasa tersusun dan sebagainya, tp aku sgt sukakan Bahasa Melayu ye, jgn salah faham. Cuma kurang latihan hehe ok berbalik kepada cerita aku. Aku seorang pelajar yg sederhana, performance belajar aku tak sebagus pelajar2 lain. PMR result aku tak cemerlang aku hanya berjaya dapat 4B 4C je.Tapi aku tak frust mana pun sbb memang zaman tu aku main2 belajar. Lepas dah dpt kputusan begitu baru lah aku nekad untuk skor yg terbaik dan stop dapat C lagi. Bak kata pepatah ‘sudah terhantuk baru terngadah’ dan Alhamdulillah keputusan SPM aku adalah kejayaan tertinggi pernah aku kecapi. Tapi takda la straight A’s. Tapi mendapat la aku elak C hahaha! Dan alhamdulillah sekali lagi UPU aku dpt sambung Asasi UIA.

Macam biasa bagi seorang pelajar sederhana, first sem aku dah tersungkur. Aku kena repeat satu subjek ‘addmaths’ ni. Waktu sekolah menengah dulu aku tak ambil addmaths jadi ni makan dia. Tambah lagi aku ni slow orangnya bab nombor. Tapi aku seronok repeat subjek tu sebab aku perform gila waktu short sem tu hahaha syukur aku dapat la 3.67 final tu. Bertambah semangat aku nak belajar. Lepas dah lalui beberapa sem, syukur tiada lagi kena repeat paper ke apa lagi. Tapi biasa la result takda la 4flat. Atas pagar tidak, bawah pagar tidak, tengah2 la result aku tu tapi aku bersyukur sebab tu semua atas usaha aku. Cara aku belajar waktu sekolah dan universiti lain. Di universiti ni aku sangat serious belajar.Berjaga malam study mcm pelajar lain2. Aku takda layan2 movie ke keluar jalan2 sana sini ke. Weekend aku balik rumah utk luang masa dgn keluarga pastu kembali kpd rutin plajar. Dah tiba final year asasi aku, semangat nak 3.5 above lg smakin mmbuak buak sbb nak dpt kputusan trbaik nk msuk degree nnt dan sbb aku rasa mcm bosan letih asyik dpt rsult tgah2 je. Nak la jugak rasa 3.8 ke 4 terus. So aku telah ambil kputusan utk ambil short sem utk ambik 1 subjek ni supaya final sem aku tak berat. Kalau ikutkan, waktu short sem tu hnya diberi peluang utk repeaters sj klau nk ambil kelas. Tp aku mohon2 akhirnya berjaya sbb kebetulan ada kekosongan 1 plajar utk kelas tu. Aku pun apa lgi usaha gila2 yg amat la sbb short sem ambil 1 subjek je, boleh fokus 100% kt subjek tu, pluang 3.5 above tu ada chance la. Siang malam aku study study dan study. Assignments dgn test aku skor cantik2. Dan mindterm pun aku dpt highest rsult dlm kelas. Kmudian sambung buat latihan lagi dan lagi. Aku tnya trus kt lecturers apa2 yg tk fhm. Kdg2 dkat whtspp pun aku ganggu hdup dia tnya2 soalan. Aku habiskan smua past years question utk prsediaan final ni. Aku hnya brhenti study utk solat dan mkn je. Tu pun aku skip lunch.

2 minggu ke seminggu sblum final exam(kalau tk silap aku tp yg pnting less than 2 weeks) kami dpt final assignment dan submission date dia ada lbih kurg 1 week atau lbih lagi la. Jadi lps je tamat kelas yg dpt assignment tu iaitu pd 11.30 mlm, balik bilik tu aku isi prot skit pastu aku terus buat assignment tu sbb aku nk submit seawal boleh sbb aku nak fokus study utk final exam yg nk dkt dah ni. Dan Alhamdulillah aku brjaya siapkan assgnment tu pkl 3pagi. Rasa mcm body dh tkda gula masa tu hahahha bgi plajar yg kureng mcm aku ni ler. Papepun aku puas hati dpt siapkan n aku rasa yakin dgn jwpn2 yg aku buat tu lps buat semakan, dgn kwn2 dgn buku ape smua, rasa mcm insyaAllah la boleh dpt full marks atau kurg 2,3, setengah mrkah ke kan. Esok paginya aku terus submit and lepas submit tu aku terus whatsapp lcturer aku inform yg aku dh hntr assigment ke bilik dia. dan lecturer aku pun kata ‘ok’. Tiba final exam, aku jwb betul2 aku sebarkan ilmu2 yg aku kmpul slama ni kt paper exam tu sehabis habisnya. Dan akhirnya selesai short sem. Aku rasa selesa sgt nak hadap cuti sbb aku rasa aku dah buat yg trbaik dan wktu short sem ni lah aku rasa yg betul2 all out, betul2 pnya bsungguh bljr spanjang hdup aku. Tuhan je tahu…

Tiba hari rsult kluar, hari2 yg aku tunggukan, aku dikejutkan dgn rsult aku yg sangat sangat sangat teruk. Aku mcm tk percaya. Aku refresh bnyk kali rsult aku log in balik smula bnyk kali dan akhirnya aku trima knyataan yg rsult aku mmg teruk, atas pagar je. Sekadar pass je. Apa lg mmg nangis la, kecewa sedih marah dgn diri sendiri tuhan je tahu, aku berkurung dlm bilik memikirkan ‘knp aku susah sgt nk jd pljr pndai, skor tinggi2 mcm plajar lain, banggakan parents, knp susah sgt aku nk dpt smua tu. Dari dlu lg..’. Parents aku pun pujuk aku dan comfort kn aku dgn kata2 sokongan dan untuk sedapkan hati lg mereka suruh appeal recheck paper. Aku pun redha lah, mungkin aku mmg tk pandai, mgkin aku trlebih confident masa tu, mgkin aku trlalu brharap. Mulut kata redha, hati tidak. (bukan redha namanya) Aku pun teruskan hidup tempuhi final sem, aku ikot kata parents aku utk recheck paper. Tp kali ni aku tak berharap lagi dah sbb aku tknk hadap kecewa lagi. Aku fokus dgn hidup final sem aku. Aku tk mnunggu sgt hari rsult recheck tu, aku sekadar cuba nasib. Beberapa hari sebelum result, lecturer yg trlibat dgn urusan recheck pper jumpa aku privately dan tnya ‘awak ada tak hantar assignment ke?’ RASA MCM KENA KETOK KEPALA DGN LOGAM, BIAR BETUL SOALAN NI. Sejujurnya, lepas aku dpt tau rsult tu aku ada trdetik mungkin assignment aku tk smpai ke tgn dorg, atau hilang ke tp c’mon la tkkan la dorg boleh cuai bgitu skali, dorg professional, brtahun dah uruskan bnda ni and bnda2 ni prkara pnting soal akademik plajar, mustahil boleh buat ksilapan cmtu. Aku pun tegas la jwb ‘mstila saya hntar, gila ke tk hantar. Saya hantar awal sblum submission ffinal date lg.’ Pastu lcturer tu ckp ‘betul ke awak hantar? betul? tak tipu?’ berserta dgn muka tk prcaya dan muka memandang rendah. Aku sekali lg menegaskan yg aku betul2 hantar dan aku brsumpah. Aku juga mnta lecturer tu tnya roomate aku klau dia tk pcaya lg sbb roomate aku sorg ni tahu n nampak aku buat assignment tu n tahu aku pergi hntr assignment tu. Tp dia tk ikot masa tu, aku pergi hntr sorg. Aku juga bgtau kt lecturer tsebut yg aku dah pun whtsapp lcturer yg mgajar aku yg aku dh hntr assignment tu n aku dh pun dpt rsponse ‘ok’ dri lcturer yg mngajar aku tu. Kmudian, dia mnta tnjukkan bukti whtsapp tu, tapi aku dah delete lama dah prbualan tu sbb aku jenis clean prbualan whtssp. (mmg nasib malang je aku ni). Aku dah mula rasa bengang dgn tindakan lecturer ni tp aku sabar sabar utk tahu prkara sebenar. Pastu dia kata la dia tk jumpa pun assignment aku and dia claim assignment aku hilang…

Aku pun tnya la, ‘habis mcm mana ni bro skrg? saya usaha bagai nak rak…’ dan aku bebel la kjp psl pgorbanan masa aku smua pastu dia masih membalas dia ckp ‘yg awak hntr awal sgt knp, hntr awal sgt pun tk boleh’ dan dia juga cuba persoalkan prformance blajar aku wktu sem tu, dia kata midterm aku bebiasa je, tkda la full marks, takda la bantu sgt utk final exam aku. Haih, hangat sungguh hati aku masa tu. Rasa bengang, sedih, kecewa(sekali lg), teraniaya semua dlm 1. Aku pun senyap sbb aku dah mula rasa sebak, mata dah brkaca tp aku cover. Aku biar je dia bckp n dia kata ‘kita tunggu je rsult recheck awak tu, tgk lah mcm mana’. Aku pun senyum tawar je dan dia pun brlalu pergi. Saat tu, aku rasa putus semangat sangat. amat sangat sungguh. Aku rasa usaha aku semuanya sia-sia, penat lelah terbuang mcm tu je. Aku letih sgt…

2hari kemudian lps kluar rsult recheck, aku terus cari lcturer tu, aku terus tnya jumpa ke tk assignment saya. Dan dia kata tak jumpa, mmg tak jumpa. Aku pun tnya lg ‘habis mcm mana bro, saya betul2 nak tau assignment saya skor ke tk, saya nk tau hasil usaha saya mcm plajar2 lain tahu dorg punya..’. Sbb aku rasa tak adil sgt perkara ni. Sangat tak adil. Dia hnya rsponse bahawa dia takleh nak tolong dah. And dia refund duit recheck hari tu. Camtu je. No sorry at all, tkda usaha nk tolong aku ke. Aku ada ckp dgn dia aku sanggup repeat subjek tu lagi final sem ni tapi dia tak bagi sbb aku tk fail pun subjek tu. Takda kata2 positif darinya, tkda kata2 semangat utk aku, tak ada.. Sejak dari hari tu, aku selalu mengelak dari kawan2, aku ponteng studio. Sebab aku dah putus asa, putus semangat utk truskan smua bnda ni. Aku penat. Tapi aku masih fikirkan parents aku, kerja aku masih teruskan buat cuma aku tak pergi kelas. Rasa tak bermaya dah. Aku rasa hilang kepercayaan dgn lecturers sbb sebelum ni aku respect gila lcturers dorg hebat2, aku suka berkawan dgn lcturers.

Paling best, lecturer yg mengajar aku subjek tu senyap seribu bahasa. Takda apa2 khabar pun. Semua urusan ni melalui lecturer yg buat semakan tu je. Aku pun contact la lecturer yg mengajar aku tu tnya psl assignment hilang tu. Eh di blue tick nya aku hahahahaha. Lepas beberapa bulan pun brlalu, aku kuatkan hati aku teruskan belajar, aku cuba tk ponteng studio, aku troskan kerja2 aku, aku cuba usaha lg sbb dah final year, aku kena habiskan jugak benda ni walaupun hati aku masih terkenang kenang lg dgn nasib malang aku tu…Dalam hati, tuhan je tahu..Hingga ke hari ni. Apa2 pun, aku bakal sambung degree di UIA masa akan datang ni. Aku harap aku dpt tempuhinya…

Btw, sepanjang perkara ni berlaku di alam universiti aku, aku dapat tahu yg lecturer yg ter-hilangkan assignment aku tu pernah juga sebelum ni hilangkan satu kelas punya kuiz(kelas member aku)(semester2 sebelumnya) dan aku juga dapat tahu yang sebenarnya bukan aku sorg dalam kelas yang kehilangan assignment, ada sorg lg classmate aku pun turut senasib. Cuma bezanya, dia tak terdetik nak buat recheck and dia dapat tahu assignment dia hilang lepas result final keluar, tu pun dia contact lecturer yg mngajar tu tanyakan tntg rsult nya yg tk memuaskan, dan lecturer tu bgtau prkara srupa yg dia tk terima pun assigment tu, dan dia tk boleh nk tolong dannn claim as hilang juga. haha. Entahlah, aku rasa kesian kt diri aku, kesian member aku yg kena jugak tu. Aku rasa mcm perkara ni tak patut sangat. Aku bukan nak salahkan lecturers, mungkin assignment tu mmg hilang, mgkin ada plajar lain sabotaj(aku tk rasa begitu) tp entah la, banyak possibilities. Tak boleh nak assume. Aku cuma harap perkara ni tak berlaku lagi dkt pelajar2 lain. Tlg la jangan aniaya kami dgn tk sengajanya putuskan semangat kami hanya kerana kepentingan korang. Parents aku nk report benda ni dkat pihak atasan tp aku ckp takpa sbb aku sedar aku bknnya plajar pndai, bknnya plajar dekan pun nak perbesarkan hal ni. Buat kecoh je nanti. Tapi tolonglah, bkn smua plajar terus bijak terus cemerlang, bukan semua plajar mudah2 nak dpt dekan, bukan smua plajar senang lenang. Peristiwa yg sgt pahit dlm hidup aku…

Apapun, trima kasih kpd2 lecturers yg dah mngajar aku. Aku tkda masalah apa pun dgn hal mgajar ke apa ke selama asasi ni, tp satu prkara ni je aku tak boleh nak terima..

– pelajar sederhana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit