Putus Tanpa Air Mata

Nama aku Nani, umur aku sekarang 24 tahun, kisah aku ni antara aku dan ex tunang aku yang aku bagii nama Faiz.

Faiz merupakan bekas kekasih kawan baik semasa sekolah dulu, aku kenal dia melalui satu apps bernama omi, aku bertukar no tel.

Dia duk dekat je dengan rumah aku, boleh dikatakan aku satu sekolah dengan dia dulu. Tapi dia lagi senior dari aku.

Kisah kami bermula apabila dia mengajak aku untuk bertunang, setelah perhubungan lama aku, kali ni aku tekad untuk tidak menjalin cinta lebih lama, jadi aku bersetuju untuk bertunang.

Aku kenaikan dia dengan mak ayah aku. Ayah aku memang jenis akan siasat dulu siapa kawan anak ii dia. Jadi dia siasat dan dia dapat tahu faiz dari keluarga yang baik tapi mempunyai sedikit masalah keluarga. Bukan tak nak cerita tapi takut mengaibkan.

Okay aku bertunang pada bulan 10 tahun 2021. Aku decide untuk bertunang selama satu tahun sebab ye la dia pon kerja biasa ii saja.

Awal perkenalan kami faiz tipu aku sekeluarga katanya dia kerja kilang rupanya, hanya kerja guard sekolah. Tak apa, aku tak kisah. Tapi kenapa harus tipu. Bukan hina pon kerja guard ni.

Mak aku meletakkan hantaran sebanyak 11k tapi dia memujuk aku untuk kurangkan dan aku dengan tebal muka minta mak kurangkan dan mak aku dengan berat hati kurangkan kepada 9k.

Aku berjanji akan tolong dia cari duit tu tapi sayang, dia tu bodoh. Adoii. Makin hari hubungan aku dengan dia semakin dingin selepas bertunang. Tak macam awal ii dulu, bahagia je rasa.

Bila dah bertunang baru nampak belang dia. Ye dia banyak habiskan masa dengan kawan ii dan aku sejujurnya tak halang dia untuk melepak.

Tapi aku sedih bila dia cakap, dia lebih rela hilang gf dari hilang sahabat. Aku pon terdiam. Tapi bila ada masalah, tak cukup duit atau apa, kenp perlu cari aku? Bukan kawan ii?

Aku redha. Aku tak amik hati sangat. Makin lama makin aku sedar yang aku tak sefahaman dengan dia. Mana tak nya aku baru cakap nak bukan business dia dah cakap buat apa business ni buat rugi je. Aik biasa la business ada untung rugi. Dia memang tak support aku.

Bulan 12 2021, dia berhenti guard untuk cari kerja yang lebih baik aku sokong siap tolong rekemen dia kerja tapi malangnya dia sangat ii tak hargai.

Harini p kerja esok dah tak p, seminggu kerja berhenti alasan, kerja berat, bangla kata kat dia macam ii.

Fuhh penat la dengar, aku yang berpelajaran pon sanggup je kerja biasa ii janji ada duit, ha masa kwsp keluar, ingat nak saving kawin tapi duit tu tak tau p mana, aku sorang je duk saving tapi tak der la bagitau dia. Aku senyap ii.

Sebab kalau dia tau, pasti dia akan minta simpan dalam bank dia. Aku tak percaya. Selama 5 bulan asyik tukar ii kerja. Mak ayah tanya, faiz kerja mana. Aku pulak asyik menipu, kerja kilang.

Padahal ayah aku selalu je nampak dia kat rumah kawan ii dia, lalu depan rumah aku hampir setiap hari, sebab itu mak ayah aku bertanya.

Tiba lah kemuncak nya, selepas raya puasa aku ajak dia keluar makan, sepanjang perjalanan kami hanya diam tanpa kata,

Sampai di kedai makan aku tanya dia nak makan apa, dia jawab sama macam aku then tak cakap apa ii sampai la aku balik, malam tu aku cerita semuanya dekat mak aku, dan mak aku sokong cadangan aku untuk putus.

Keesokkan harinya aku decide untuk bagitau dia yang aku nak putus, kami hampir seminggu tidak chat atau call, aku pon dah terbiasa.

Ayat aku lebih kurang macam ni, faiz, nak teruskan atau dak hubungan ni, kalau tak mau cakap tak mau, kalau mau cakap mau. Dia hanya balas tak mau.

Dan masa tu aku rasa ada satu beban dah terlepas dari bahu aku. Aku happy sangat ii. Tak tau kenapa. Tapi masa ni ayah aku marah sangat sebab dia tak tahu cerita sebenar.

Aku awalnya malu nak putus. Malu dengan mulut orang. Tapi mak aku cakap, lagi malu kalau status janda. So aku pon pikiaq la secara logik.

Selepas putus, dia beberapa kali ajak aku getback tapi aku menolak, dan aku baru tau yang mak dia pon tak berapa berkenan dengan aku.

Aku redha. Aku dah lepaskan semuanya. Tebal muka hantar balik cincin tunang padahal guna duit aku, mak aku suruh jugak pulangkan.

Sekarang aku dapat tahu yang dia dah bertunang dengan orang baru. Lebih ayu dan sopan. Bertudung labuh dan memang kena dengan perempuan yang Faiz nak kan. Nak banding aku memang jauh la beza.

Alhamdulillah aku bahagia dengan kehidupan aku dan aku anggap ini sebagai pengajaran dalam hidup aku. Sekian dari aku..

– Nani (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *