Assalamualaikum admin dan pembaca iiumc sekalian. Apa yang saya nak confess ini berdasarkan usaha kami dulu sebagai mahasiswa islam dalam memburu kejayaan.
Bagaimana cara jemaah kami gapai 4 flat pada setiap semester dulu.
Jemaah kami ini diberi nama Petani Alam yang membawa maksud bercucuk tanam di dunya dan menuai hasil di akhirat. Ahli jemaah kami ini seramai 15 orang dimana datangnya dari 6 buah universiti dalam malaysia. Antaranya UTP, USM, UKM, UTM, IIUM dan UM. Kesemua dari kami ini juga dari bidang yang sama iaitu kejuruteraan.
Usaha kami dalam study dulu hanya 30% sahaja. Lagi 70% itu adalah usaha kami dalam mencari Rahmat Allah. Kerana disebalik Rahmat Allah itu adanya keberkatan dan disebalik keberkatan itu adanya kefahaman. Kefahaman dalam menuntut ilmu inilah yang membantu kami untuk gapai 4 flat setiap sem dulu.
Apa yang kami usahakan itu juga bukan semata – mata untuk mencari kejayaan di dunia sahaja bahkan untuk kejayaan di akhirat juga. Beginilah caranya :
Kami ini tidak pernah study antara jam 9 pagi – 2 pagi. Kerana otak kurang berfungsi pada waktu ini. Waktu sebegini keadaan otak kita banyak terbeban dengan situasi dalam kehidupan semasa.
Kami mula study selepas solat sunat di awal pagi, baca al quran dan selepas itu baru study pada pukul 3.45 pagi sehingga tibanya waktu fajar. Kami guna cara Qoilullah untuk membekalkan kekuatan pada awal pagi. Qoilullah ialah tidur sekejap sebelum solat Zohor sekadar 26 minit. Ianya amat bermanfaat untuk sumber kekuatan solat malam. Kami study pada waktu ini kerana otak berfungsi 100%. Kerana selepas tidur otak ini sudah berehat dan bebas dari tekanan semasa. Jadi dia hanya fokus pada study sahaja.
Ketika ini kami akan matikan internet supaya usaha kami dalam study tidak terganggu dengan notification dari facebook and others. Saya juga akan setkan masa dalam bacaan untuk setiap sub-topik.
Contoh 1 topik ada 3 sub-topik. Setiap subtopik kami selalunya memperuntukkan maximum 45 minit – 50 minit. Usaha ini mengikut kebolehan masing – masing untuk faham. Bila sudah habis masa untuk 1 sub- topik. Kami akan ambil 5 minit untuk berehat. Kemudian baru kami sambung subtopik yang seterusnya. Sepanjang masa yang sudah ditetapkan itu kami mengharamkan tangan kami untuk menyentuh telefon atau buat perkara yang lain. Tapi pada waktu itu saya hanya fokus untuk fahamkan nota sahaja.
30 minit sebelum berakhirnya waktu study. Kami akan cuba buat nota ringkas terhadap apa yang kami usahakan dari jam 3.45 pagi. Itupun kami akan buat untuk yang kami faham sahaja. Nota ringkas ini mengikut kreativiti masing-masing. Kalau saya minat lukis pokok yang ada buah dan bunga. Setiap buah dan kelompak bunga saya akan isikan dengan nota ringkas.
Pada subuh hari pula kami akan menunaikan solat berjemaah di masjid dan dalam waktu yang sama kami akan pasti tidak terlepas dari peluang untuk bersedekah. Selepas selesai solat di masjid kami akan beri makanan dekat kucing yang berada di sekitar blok kediaman kami. Ya usaha sebegini akan menjadikan hidup kita lebih berkat.
Setiap kali pensyarah bagi nota sebelum kuliah. Kami akan cuba baca sekali lalu nota tersebut. Baca itu tidak perlulah sampai beri bebanan pada otak. Cuma baca itu sekadar untuk tahu topik seterusnya itu berkenaan dengan apa. Paling kurang, kalau kita tidak faham dalam kelas. Kita boleh tanya sebab dah dapat gambaran sikit pasal topik tersebut.
Setiap kali ada kelas, kami akan berusaha untuk datang awal. Awal itu adalah sebelum pensyarah mulakan kuliah. Tujuan kami usahakan begitu untuk bebaskan diri dari ketidaksediaan dalam menerima ilmu. Ini juga untuk mengelakkan lecturer dari memandang diri ini dengan persepsi yang negatif. Lecturer bahagia kitapun bahagia.
Dalam kelas kami akan pastikan berada di bahagian depan dan depan itu adalah depan pensyarah. Kita sebagai individu yang mencari ilmu. Janganlah takut untuk tanyakan soalan dekat lecturer. Dalam usaha itu tidak semua orang suka. Biarlah orang nak ejek kita ini kaki bodek, otak udang, otak lemau, lembab atau apa – apa sahaja. Bila kita tak faham kuliah bersegeralah tanya soalan dekat pensyarah. Usaha ini juga boleb ‘built positive impression’ pensyarah dekat kita.
Pada waktu tiada kelas pula, kami akan melakukan solat sunat dhuha dan baca surah al waqiah. Pada waktu malam sebelum tidur pula kami akan baca surah al mulk. Kami juga sentiasa berkongsi ilmu, makanan dan minuman walaupun sedikit. Kerana ini semua bukan milik kami tapi milik Allah. Malah disebalik rezeki yang kami miliki itu adanya rezeki untuk orang lain. Dalam jam 9 pagi hingga 2 pagi. Ini juga masa untuk kami mengisi dengan membina leadership dalam diri, berusaha untuk meningkatkan softskill, beriadah, bersukan, main game dan tidur. Usaha kami dalam tidur ini paling kurang 2 jam dan paling lama 4 jam tapi kebiasaan hanya 3 jam sahaja.
Tapi syaratnya mesti amalkan kehidupan seperti ini :
Part A
1. Sentiasa Senyum.
2. Mudah maafkan orang.
3. Mudah mintak maaf.
4. Bertanggungjawab terhadap apa yang dipikul.
Part B
Tajdid hati = setiap hari aku belajar kerana Allah Ta’ala.
Kita belajar Usaha pertama bukan capai gred tapi kefahaman.
Dalam hidup ini pastikan sentiasa jaga 2 perkara:
1. Jaga hubungan dengan Allah.
– Jaga solat 5 waktu dan ditambahkan dengan amalan sunat
– Sentiasa berusaha untuk hidup dalam batasan agama
2. Jaga hubungan sesama manusia.
♡Jaga adab dengan ibu bapa.
– Sentiasa berusaha untuk menjaga hubungan dengan mereka. Sepanjang kita di universiti usahalah untuk call mereka di kampung. Paling kurang seminggu sekali kerana disebalik kesenangan dan kejayaan kita di universiti adanya doa dari mereka di kampung. Jangan bila poket kering, ikat perut dan masa nak exam baru sibuk nak call mereka.
– Ketika kita berada di kampung pada waktu cuti. Berusahalah untuk memudahkan hidup mereka. Jangan sesekali menyakiti hati mereka. Kerana tindakan itu mampu membawa diri ke NERAKA.
♡Jaga adab dengan Lecturer.
– Setiap kali berjumpa dengan mereka rendahkan kepala lalu ucapkan Assalamualaikum.. selamat pagi prof pada yang muslim dan salam sejahtera.. morning prof pada yang non muslim.
– Setiap kali habis kuliah ucapkan terima kasih pada mereka. Ini tanda kita menghargai usaha mereka dalam menyampaikan ilmu.
– Jangan bersikap celaka dengan mereka. Sikap celaka ini adalah sendiri yang salah dan sendiri salahkan orang lain. Contoh dalam kuliah sembang, tak fokus dan buat kerja lain. Bila habis kuliah sahaja mula kutuk – kutuk lecturer akibat tidak faham.
– Ikut segala apa yang pensyarah minta dalam assignment, tidak buat hal dalam kuliah dan datang awal.
♡Jaga adab dengan orang sekeliling.
– Sebagaimana kita menjaga adab dengan ibu bapa dan pensyarah. Begitulah juga kita menjaga adab dengan orang sekeliling. Yang tua dihormati dan yang muda dikasihi.
Hindari diri daripada perkara maksiat.
– Kerana ilmu itu cahaya dan maksiat itu kegelapan. Jika hati kita diselubungi dengan kegelapan sukar untuk cahaya memasukinya.
Hindari diri daripada perkara Hailulah.
– Hailulah ialah tidur selepas solat Subuh dan orang yang tidak bangun solat Subuh juga termasuk. Hailulah akan menyebabkan rezeki kita terhijab dan menjadi tidak murah rezeki.
Hindari diri daripada perkara A’ilulah.
– A`ilulah ialah tidur selepas solat Asar, ianya mengundang penyakit pada jiwa serta perasaan gundah gulana, kecewa dan gelisah.
Part C
Sebulan sebelum exam, usahalah untuk ajar balik terhadap apa yang kita faham dekat kawan-kawan. Ya, tak semua kita boleh buat untuk point yang ini. Tapi sekurang-kurangnya dengan meluahkan pendapat sendiri, kita boleh ‘built self-esteem’ masing-masing. Selain daripada itu, bila kita ajar orang lain, kita sudah dikira ulangkaji dan boleh buatkan diri sendiri lebih faham berkenaan satu topik itu.
Jadi tak payah susah-susah ulangkaji banyak kali. Paling berguna, bila kita ajarkan orang lain, InshaAllah, Allah akan bantu kita ketika waktu exam nanti. Samada tergerak untuk baca certain topik atau dapat ilham waktu jawab exam atau kedua-dua sekali. Kerana apabila kita memudahkan kehidupan orang lain. Allah akan permudahkan jalan hidup kita.
2 minggu sebelum exam, perbanyakkan istighfar. Ini untuk kuarantinkan hati supaya tidak diselubungi dengan kegelapan. Kegelapan itu akibat dari terdedahnya dengan maksiat dalam hidup seharian.
Sebelum tibanya hari exam, berusahalah untuk meminta maaf dengan ibu bapa, adik beradik, pensyarah, kawan – kawan dan orang sekeliling.
Kenapa kami study sebegitu rupa ?
Ini penjelasannya.
Hidup kami ini juga sentiasa diusahakan supaya bebas dari memperolehi nikmat dalam keadaan istidraj.
Kerana apabila diri kita dalam maksiat rezeki itu dalam 2 keadaan. Samada rezeki itu terhijab dengan maksiat mahupun rezeki itu datang dalam keadaan istidraj.
Apa itu istidraj ?
~ Bahasa ringkasnya, Pemberian suatu nikmat tapi tanpa redha dariNYA.
Contoh situasi :
~ Sepanjang masa kita tidak solat, tidak jaga batas pergaulan ( ikhtilat ), tidak tutup aurat, tidak beradab dengan ibu bapa dan lecturer tapi setiap sem dapat dekan, kaya raya dan sebagainya.
Apa kesannya ?
~ Kesannya apabila diri ini terus leka ia mampu jahanamkan hari akhirat kita. Jalannya juga adalah jalan ke neraka dan sempadannya juga hanyalah kematian.
Di dunia ini hanya tempat persinggahan semata – mata dan destinasinya adalah akhirat.
Semestinya semua dari kita ini mengimpikan syurga Allah. Jadi itulah jalannya.
Usaha sebegini bukanlah suatu yang mudah. Tapi jika kita semaikan dalam setiap gerak kerja itu dengan pengorbanan / paksa diri. Lama kelamaan ianya akan jadi tabiat hidup ( habit ).
Jika kita berasa letih dalam perjuangan ini. Belajarlah untuk berehat bukan berputus asa.
Kerana kemahuan hari ini adalah kejayaan hari esok.
Saat badai datang tanpa diundang. Hadapilah ia dengan tenang. Mana mungkin kejayaan itu datang tanpa ada kesusahan.
Dalam hidup ini juga janganlah lemah. Kerana Allah sentiasa bersama kita.
Qowiy Lillahi Ta’ala.
– Khairul Amani
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit