rant on diet

rant on diet

Assalamualaikum iiumc readers and admins. Terima kasih banyak sudi membaca dan izinkan saya berkongsi. sahaja, dari dulu saya memang tak suka dengan keadaan badan saya. Tinggi 157 berat 62kg. Kalau cek bmi, lebih berat badan sikit. Mak ayah saya selalu cakap saya berisi dan montel. Jadi saya tekad untuk diet. Tapi masalahnya mak ayah saya marah pula saya diet semua. Mereka tak tahu saya stress dengan persekitaran dan juga kerana mereka. Ada juga kawan saya yang macam ni. Bila kita berisi, mereka ejek. Bila kita diet mereka kutuk. Tak bagi semangat lansung!!! Fikir punya fikir, saya tekad tak nak layan semua yang orang kata. Sekarang saya masih diet atkins. Sebab saya sendiri nak. Tahu tahu jelah bila kita berisi peha berlaga semua. Pedihhh. Kadang2 sampai melecet. Jadi saya buat semua tu demi diri sendiri dan demi Allah. Tubuh badan juga anugerah dari Allah yang perlu dijaga. Kalau kita makan tanpa fikir, akan menjurus kepada kebinasaan. Satu ayat al Quran berbunyi "dan jangan lah kamu campakkan diri kamu ke arah kebinasaan". Bagi saya, sejak saya diet, badan rasa lagi ringan. Kalau dulu, solat subuh 6.30pagi, sekarang pukul 5pagi dah bangun siap boleh solat sunat tahajud. Sentiasa upgrade diri kearah kebaikan. Betul tak? InshaAllah. Pesan saya kepada yang tengah diet, bercadang mahu diet, kuatkan semangat. Buat kerana kebaikan diri dan juga Allah. Salam sayang semua. Bagi yang rasa lebih selesa dengan badannya sekarang, tak perlula diet. Orang chubby pon comel ape?

– gadis remaja

Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *