Rasa nak lari dari rumah. Thats what my sister and I feel right now. Family lain happy je buka sama sama, prepare untuk raya sama sama. But not for me and my sis. Tadi, my sis siap boleh cakap, dia nak mati cepat. Biar senang. Imagine adik kau umur belasan tahun cakap dgn kau mcm tuh? Sedih kot. Salahnya dkt mana. Aku tak tahu. Aku pernah confess berbulan dulu sekali kt sini, psal "It was not my home, but my house". Tiada siapa yang suka mak dia membebel, termasuk kami. Kami buat benda sikit, kena marah. Means buat sikit salah, tak buat lagilah salah. Tengok orang lain pergi shopping raya best je, buka sama sama, happy je. Baca doa sebelum makan sama sama, berjemaah dkt rumah. Kami tidak. Tiada. Makan sama sama? Jarang sangat. Sekarang puasa, so buka memang sama sama, tapi aku dgn adik beradik just buka sedikit je, lepas dah, solat sendiri dalam bilik masing masing. Kalau bukan bulan puasa, tidak pernah makan sama sama. Boleh dikira dengan jari dalam setahun makan sama sama dkt dining table. Mak tak pernah panggil makan, pandailah kami makan sendiri pkul berapa berapa nanti. Nak makan, makan, tak makan pon takpe. Tiada siapa kisah. Kalau makcik makcik aku datang, makcik makcik tu lah yang jemput kami makan, "Caca, makan". Mak takde cakap mcm tu. Pernah raya tahun lepas, mak tiba tiba jemput aku makan, dan aku rasa pelik sangat. Rupanya, makanan terlampau banyak atas meja sebab terlebih masak. Solat berjemaah. Masa tu aku terfikir seorang diri, kt rumah ni, kami sekeluarga tidak pernah solat berjemaah. Daripada aku kecil, seingat aku memang tak pernah. Entah. Aku nak cepat lari dari rumah, duduk rumah sendiri nanti.
– Caca
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Normal tu…ko makan pn nak kne jemput ker? Klau ko tlg2 kt dapur xde la masalah ni terjadi.
Kau kena rendahkan sikit ego kau tu..accept it and treat others like u wanted to be treated..it takes time but it really worth..and never compare yr live with others..live your life like you always want to..
Lololololol
Takkan la makan tak dipanggil pun sampai nak lari rumah. Kalau ko ada tolong mak kat dapur, mesti automatik mak ko soh makan. Ni dok berkurung je dalam bilik main handphone.
Ya betul tu. Biasa la mak2 marah kalau kerja rumah pun kena suruh baru buat, lepas tu buat cincai2. Cuba ringan2 kan tangan tolong mak buat house work. Awak umur berapa sampai nak makan pun kena jemput? Kalau dah sekolah menengah patutnya tolong mak tu kat dapur. Atau, awak dgn sister tu pulak yg masak, ajak mak makan. Ramai je x sembahyang berjemaah kat rumah tapi ok je happy. Dari dok komplen pasal mak tu, cuba cari jalan agar boleh ringankan beban mak kita tu. Gitu.
setuju. ni tolong tidak. nak jemput makan plok. Apa kau ingat mak ni orang gaji ke?
Lolololol… xD
Majoriti cerita cerita dlm page ni menunjukkan generasi sekarang ni kurang mecet dalam menangani cabaran hidup. Ini kerana tumpu pada gajet. Sebagai contoh, kalau dulu remaja remaja akan pergi berjumpa org yg lebih tua untuk mendapatkan nasihat jika ada masalah. Sekarang cuma post cerita dalam facebook untuk dapat pandangan. Keberanian dan kematangan dah takde remaja sekarang ni.
X matang nya bdk nih.. Mkn pun nk kena berjemput.. Pndai2 lah
Kalau aku sebagai kaunselor aku nasihatkan budak ni keluar rumah duduk di rumah anak yatim. Baru dia hargai ibu.
Bila tiba masanya adik kahwin dan mula sakit nk beranak…baru adik tersentak betapa remehnya ‘mak tak ajak makan’ tu.
Sakit plak hati baca. Why not ko yg jemput mak ko makan. Dahla dia penat2 masak. Ingat, syurga bawah tapak kaki mak. Ingatkan kena dera tadi.
Why not u start dl?..time mkn ajak adik u n ur mum mkn sekali..smbil tu ckp la ngan nada gurau ke, lama x mkn sekali or bgtau bestnya mkn ramai2 cmni coz kdg2 x blh nk blame ur mum je, myb environment dia bsr dl bgitu n jd habit..so u la tukar plak jd kn itu kebiasaan..
Ya Allah dik. Kadang2 kita kena belajar erti syukur. Kenang balik nikmat2 lain yg Allah bagi. Kalau kita rasa susah, tengok orang bawah kita yang jauh lebih susah. Takde parents, takda rumah, takda makanan pun untuk berbuka. Whatever it is, keep praying. Doa dan doa kalau adik rasa ini adlh satu ujian. Believe me, theres always a wisdom behind every difficulties. Cari hikmah. May Allah guide and bless u ☺
jauh lagi perjalanan awak dik.. bende mcm ni xyah nak simpan dlm hati..
Setiap keluarga ada cara dia sendiri utk attain happiness. And every each of us ada flaws memasing. Kalau kita sibuk membezakan hidup kita dgn org lain, bila masanya kita nak gembira? Kalau kita nak perubahan tu, mula dgn diri sendiri. Semoga Allah permudah ya!
Mak membebel tu tanda dia peduli… bersangka baiklah… bersyukur la ada mak…fikir la positif.. jadi lah anak yang baik.. jemput mak makan..layan mak bagus-bagus.. insya Allah.. what you give you get back
Tolong la mak kat dapur tu. Haih.
lah makan pun nk kene panggil ke?
makanan dah siap kau makan je le.
masak pn kau tak nk orang dah masakkn nak kene panggil ke?macam puteri lah pulak makan nk kena panggil.amboi buat mak tu mcm orang gaji ke nak kena panggil bagai.pathetic
sampai nk lari rumah sampai nk mintak mati.
macm ni pnye orang pn wujud kat dunia ni
ingatkan kene dera ke ape ke.
ape lah
Bengong
nak lari rumah nak kemana? banyak sangat dah duit ? kaya sangat dah sampai nak lari bagai . fikir secara matang sayang, semua orang ada masalah, lebih teruk dari awak pun ada . rendahkan ego, pergi masak sama2, ajak mak keluar sama2, ajak fmily solat sama2, jangan duduk diam je. awak kena mulakan la kalau awak nak perubahan
mak masak sorg ke ? tolongla kat dapo tu
amboi..kau igt kau tu puteri raja nk kena panggil..dh cukup baik la mak kau masak..bg korang makan..byk bunyi pulak..aku pun xde kecil ati pun mak aku x panggil makan..janji ada makanan..haishh..
mmg byk puteri raja pun dlm dunia ni…
Sakit pula hati ahkak lpas mmbaca mslh ko ni dik, ini je yg mmpu ahkak tulis, kot tulis pjg2 nnt takut tercarut pula kat ko aduiii sesak napassss
aku rasa aku faham… dia cuma mungkin nak rasa manja2 n perhatian dari ibu dia… why not sebagai ank kita yg manjakan ibu kita… ok kan??
Sila lah keluar dri rumah dngn segera, dan ko akan rase lebih teruk dri tuh…. heheh
Aik? Itu aje? Ngko ni giler kape?
Aiyoo.. reason untuk nak lari dari rumah sebab xmakan sama2? .. apa kata kalau kau yang ajak mak kau dan ahli keluarga yang lain untuk makan sama2. Bab membebel tu, benda normal la. Sementara mak tu masih ada, tadah je la telinga dengar walaupun bernanah. Jangan sampai menyesal bila mak tu dah tak ada.
Haha…ap la..bese la tu..bersyukur ad fmly. Semua lain2. Rmai lg terbiar..
ada lagi kot yg dia n adik x puas ati dgn parents. yg dia x bole nak cerita. buatlah family meetings every months. sort out all differences
its too hard.
HAHAHAHAHHAHAHAHAHHAHAHA KENE BEBEL NGN MAK PUN DAH SENTAP KO TUNGGU DH KAWIN NGAN MAK MERTUA KO NANTI KALAU DPT YANG LASER PADAN MUKA HG. Btw ko mmg jenis duk bilik main handphone ke masa mak ko buat keje rumah? Ringan2 kan la pungkoq tu tolong menolong. Mak pun senang hati
Aku mak tak jemput makan, aku yg tak malu ckp mak nak makan takkan sbb tak jemput mkn nak lari rumah sis. Ce duduk kat tempat aku, dah 8 tahun dok hostel, boleh kira dgn tangan bape kali aku dpt mkn dgn family. Syukur laa weh. Puasa pun hayat tak pernah dgn family kecuali masa kekecik dulu je
Adik beradik jenis duduk berkurung dalam bilik disebabkan kecil hati dgn mak ye? Mak tu lagi la kecil hati tgk anak tak nak spend masa bersama. Remaja mmg selfish, tp percayala yg mak tu sangat sayang korang. Tak payah tengok kebahagiaan kawan2 kat media sosial.
Tak payah compare benda2 kat media sosial ni. Org mmg selalu tunjukkan yg elok2 je… selalu la tundukkan pandangan, tengok orang lain yg dibawah, yg lagi susah, yg tak ada parents atau rumah.
Mgkin dengan sentiasa bersyukur baru awak akan lagi tenang.. mak ayah tak perfect, tp sentiasala ingat kebaikan diorang dan cuba maafkan keburukan diorang selagi mana diorang masih menjalankan tanggungjawab mereka. Ni pun boleh apply dlm perkahwinan.
Kalau awak ingt hidup ni mmg senang dah mudah, nmpak sangat masih hingusan.
Sng citer, doakn jelah mak bapak hg cpt² tkde. Haaaa, nntu dyorg dh tkde. Bru kau merasa rndu ngn dyorg. Jenis manusia tk reti bersyukur. Mslh remeh-temeh pn nk jdikan isu.
Kau tak reti nak belajar bersyukur ke? Nampak gaya macam anak manja. Pernah kau fikir mana nak cekau duit nak beli nasi untuk berbuka? Pasal waktu makan mak kau tak panggil pun nak bising. Ni mesti kerja terperap dalam bilik. Hihi. Kalau lapar baru keluar ke dapur. Sekali baca macam pemalas, tak reti tolong mak kau dekat dapur ke? Sekali kena batang hidung da
Aku xtau la ko tolong tak mak ko kat dapur, aku laki tp aku aku yg potong sayur, siang ayam bagai. Bukan apa, semua org tak sama, tukarkan benda negatuve tu jadi positive, semua keluarga ada flaws, yg kau nmpak semuanya luaran. Dont worry, try rapat dgn your mom lagi, lama2 hati dye berubah lah tu. X payah nk lari rumah sgt.
Kenapa nak hentam budak ni teruk sangat. Mungkin dia masih belum matang. Tetapi ini pandangan dari seorang anak, bukan? Jika tuan/puan yang membaca merupakan ibu bapa, takkan sedikit pun tidak tersentuh hati membacanya?
Dia nakkan perhatian. Dia nakkan kasih sayang. Dia tak minta daripada kalian. Dia mahukan daripada ibu bapanya sendiri. Itu adalah haknya sebagai seorang anak.
Jika ada seorang anak kecil merungut ibunya tidak pernah memeluknya, adakah tuan/puan akan ketawakan anak kecil itu juga?
Sekadar tidak memanggil untuk makan adalah hal kecil?
Teruskanlah ketawa.
Mungkin ia kelakar.
Tahu kenapa ramai anak-anak kita terlibat masalah sosial, lari dari rumah, dadah, bunuh diri dan sebagainya? Kerana apabila mereka cuba mengadu pada orang dewasa, golongan ini berkelakuan seperti budak-budak.
Kepada adik, banyakkan doa. Siang dan malam. Cuba rapat dengan adik dan parents, mungkin perubahan pertama agak janggal. Lama kelamaan akan menjadi canggung bila tidak diamalkan
ada betul nya ,well said, good taught
Betul jgk kn…pendapat awk je yg berbeze drpd org2 laen…terbaek
Pendapat awak semurni nama awak.
Kita nak negara maju, kena perbetulkan sikap kita dulu. Baru ada isu anak mengadu hal keluarga kita dah banned dia teruk-teruk. Tak terfikir kalau budak tu baca semua komen ni, dia lagi down. Sometimes kena fikir tak semua orang nasibnya sama
Makan buka sikit lepas tu blah masuk bilik ,solat..pastu salahkan mak?? Tak patut la sis…awak makan la lelama sikit kt meja makan tu carik topik borak dgn mak..tak mak nak initiate semua..mubgkin mak stress ada masalah, anak2 la kena main peranan..jgn nak selfish sgt.
Pastu lpas makan, ajak la adik beradik semayang sesama kat ruang tamu..mak tengok sejuk hati mak..nanti esok lusa mood dia okay la tu
Saya risaukan mak awak. Xtahu kenapa. Sama ada mmg tabiat dia marah orang. Atau dia depression. Mak awak perempuan and i assume awak pun perempuan.cuba bagi dia love and care dulu. Penat ouh jaga rumahtangga..sbb tu saya risaukan maknya berbanding anaknya.
Makan buka sikit lepas tu blah masuk bilik ,solat..pastu salahkan mak?? Tak patut la sis…awak makan la lelama sikit kt meja makan tu carik topik borak dgn mak..tak kanlah mak nak initiate semua..mungkin mak stress ada masalah, anak2 la kena main peranan..jgn nak selfish sgt.
Pastu lpas makan, ajak la adik beradik semayang sesama kat ruang tamu..mak tengok sejuk hati mak..nanti esok lusa mood dia okay la tu
Takde ceta cuci pinggan pun kan.. pas makan masuk bilik. Sah mak dia pulak kena kemas. Mungkin pasai tu mak dia kuat bebel. Huhu
Alahai adik, mak akk xbg mkn tau kalo xtlg dia masak kt dapur, mak tiri lak tu, patut x akk lari?? Xpatut sbb apa?? Sbb tlg mak kt dapur la akk pndai masak tau *flip tudung* tlg la mak buat kje rumah, masak suma, mak awk da lahirkan awk pun da cukup bagus taw…atleast kalo da kawin nnti xde la sibuk2 nk blajar masak or ngemas suma…blajar dri skrg k
Erk…xde problem pn..
Caca tolong mak masak takkkkk? :)
Ok la tu mak ko masak.. Apedaaa
Aik makan rumah sndiri pom nk kena bejemput.. dah tu xtaw mak masak tlebih, maknanya x nolong ke ?
Ungrateful kid
Rilek dik..rilek..kecik sgt kot hal mcm ni..kalo mak x pgl mkn ko ajak la mk amakn..mak da masak kn..dia penat masak kot..x penah solat jemaah ko brntang la sejadah byk2 pastu ajak jemaah…adeh..akak ni masa kecik2 mak x pgl gak mkn..tp akak tolong mk masak kt dapor..haha..nk makan amik sndri..x de hal pon..rilek je akam ni smp skrg..haha..rilek
Ape Kate, awak yg panggil mak awak mkn.. sori for my 20 cent. ..
-_-‘
Kalau nak lari rumah cuba bagi tido luar rumah dulu semalaman. Boleh tahan tak.
Weh caca.. mak ang tak panggi bih tu ang polo je cara dia pa beza ang dgn dia? Lom lambat lg caca… mulakan la. Panggil sumer mkn.. mula2 kekokkkkkkkkkkkkkk tp lama2 musti ok! Ang cuba monupulate otak tu jgn sik nmpk mak je as big point.
Aq ada adik umur 12 dan 15thn,kitaorang da xde mak, teringin nk rasa masakan mak,xdpt rasa masakan mak,dpt tgk mak ari 2 pon da ckup ,,bersyukurla dik,
Aik normal la mak2 membebel. Bebelan dorng tu utk kebaikan diri sndiri juga. Dah mak ko xmulakan, ko mulakan la dulu ajak smyg mkn sama2
Aku rasa cerita dia ni xsampai ni, apa punca nak lari, stress dok umah?
Plot cerita xberkembang la Caca.. Kena hurai lagi detail, boleh pm kalau nak..
Smile ^__^
i feel you caca tapi bab tak panggil makan tu mnde biase lah kan. bab smbhyang berjemaah kita same. bab tolong kne marah pon same. idk why everytime aku buat kerje nak tolong kat rumah ni (well aku kakak sulong, ada abang sorang, dah kawin) , semua tak kene. im a student so mmglah selalu dlm bilik. study ok! tapi everytime aku tengah study tu lah mak aku panggil itu ini. kadang mmg fed up sikit tapi entahlah aku kakak sulong kan. nak harap adik adik (both are girls) memang sampai mati pon diorang taknak tolong. even adik bawah aku dh sekolah menengah. malas yaamat! tapi yeah i admit mmg kadang perangai kita yg buat mak selalu tak puas hati. so here’s my opinion lahh kita kena ubah sikit cara kita. mak kita takde nye saje saje nak bising bising. buat penat je. so mesti ada yang kita buat tak kena. well aku pon pernah rasa nak lari rumah nak ada life sendiri tapi rasa rasa mampu ke? lol well this is just my two cents.? btw Selamat Hari Raya! tinggal 2 hari je lagi
Meh nak nasihat sikit dik.
Pertama, count on ur blessing instead of what u’re missing.. Tgk fmly lain happy berbuka berjemaah shopping bersama, mesti buat hati x seronok. Tp cer tgk anak2 yatim takde mak bapak, lagiiii sedih. Sekurgnya korg masih blh tatap wajah mak…
Kedua, biasanya mak mmg kuat bebel dan dia tak bebel tanpa sebab. Instead of marahkan mak, cuba muhasabah diri, fikir apa benda yg mak bebel tu. Mgkn tak mak bebel sbb kurg bantu keja umah ke, suka sgt berkurung dlm bilik ke? Zaman akak awal remaja pun puas juga telinga ni tadah bebelan mak, tp takde pun rasa nak lari umah ke nak mati ke. Mmg patut mak bebel, selagi kita tak dpt ganti keje mak tu seperfect yg mak buat mmg selagi tu la dibebel. Cer try rajinkan diri tlg mak sampai mak x perlu buat keje, masa tu dia dah takde point nak bebel pun. Try dulu tgk..
Ketiga, instead of nak mak paham korg, cuba korg pulak faham mak. Mgkn mak suka bebel sbb dia stress, dia penat, dia ada mslh yg korg tak tau… Bljr kasihankan mak.. tgk muka dia masa tido letih tu. Dari sana korg akan reasoning sendiri, mgkn mak bising sbb mak tekanan ke… Tak jadi korg rasa nak merajuk tu.
Ok cukuplah 3 tips for now. Hargai org tua masa mereka masih ada. Esok dah tak ada, korg mesti rindu sgt nak tgk mak, nak dgr mak bebel2 kat dapur tu.
Sy rasa bergantung pd kemampuan seseorang itu coping up dgn keadaan cikgu Hasni HaronHassan… Nak kata hidup sy indah2, jauh sekali. Pernahlah konon nak lari dari rumah masa umur 10 tahun. Sebabnya, pasal difitnah abang, saya diikat pada tiang rumah dan dibelasah dengan rotan besar tu sampai berdarah2 kaki, terkencing2 kat situ. Tp tak serius pun nak lari. Merajuk je sebab sakit hati dgn abg. Itu pemikiran tak matang masa kecik2. Sehingga zaman remaja pun hari2 makan rotan, penumbuk dsb. Kira dera dah ni.. Belum kira lagi hal-hal lain. Kecik2 takde ayah. Mak suka marah suka pukul. Bebel jgn ckp la, x pernahnye ayat motivasi, asyik yg buruk jer siap menyumpah mcm2. Dah besar nak lanjut sekolah pun tak bagi. Family kira susah jugak bukan berduit. Ade lagi masalah yg terlalu memalukan tak sesuai cakap di sini. Tapi tak pulak rasa dendam ke nak lari ke nak mati ke.. Zaman skg budak lg complicated, tegur sikit dah rasa nak mati… fuh..
lehhhh… ape cikedis sgt la problem confessor ni…semua mak suka mrh nmbebel weh.. appreciate la while mak kau ada.. betapa ramai org lain yg mak dia dh meninggal and how much diorg rindukn mrh n bebelan tu.. bab mkn tu, aku pun rasa sbb kau x tolong mak kau.. klau aku jd mak kau pn aku x panggil, sbb kau anak aku, bukan kerabat diraja buckingham ke apa.. apadaaaaaaaa…
Hihihi
true enough