raya dan anak2…

assalamualaikum, terima kasih kat admin sbb approve. raya dah makin dekat, tinggal sehari je lagi. semua tengah sibuk buat persiapan termasuklah akak.

akak ni sebenarnya stress. stress dengan anak2 dan rumah yang 'tersusun rapi'.. ahaaa… akak adalah seorang ibu dengan anal2 kecik comeyyy. ada 4 orang semuanya. jarak usia setahun dan yang bongsu adalah kembar berusia setahun setengah.

umah akk adalah umah yang paling riuh dalam lorong taman tu. sekali akk jerit, sampai hujung lorong boleh dengar, belum lagi anak2.. huh… hebat sangat. kadang malu dengan jiran tapi kalau akk tak jadi tarzan, memang hancus la rumah.

aktiviti seharian mereka – merosakkan bunga dan tanaman, segala dipatah dan dikorek. mainan dalam bakul semuanya dikeluarkan dan berebut2 duduk dalam bakul sampai pecah. panjat meja makan dan segala yang ada atas meja dibuang kebawah. segala barang dalam laci kabinet atau apa saja tempat berlaci dikeluarkan. baju yang telah dilipat dibuang kelaur dari almari sehelai2. kalau papa dia tidur, semua pakat korek mata dan hidung, balik kampung, dipicitnya anak2 ayam.. huhh…. banyak lagi tapi tak abis nak citer.. pening2.. belum lagi balik umah nenek, memang pening kepala orang tua. abis tunggang terbalik umah.

4 orang kerjakan rumah dalam masa yang singkat je.. mereka sangat pakar..ada sape2 yang nak mereka jadi assistant tak..? hehe.. akk rasa confirm korang akan naik hantu lepas tu..

oh ye, akk ibu yang bekerja. boleh bayangkan letih2 balik keje, lepas ambil dorang dari umah pengasuh, sampai je umah terus nak masak dan kemas.. sangat penat.

jadi untuk mengatasi rumah yang bersepah dan rasa segan bila tetamu dtg umah, akk akan bangun tengah malam dalam kul 1 atau 2 sehingga subuh untuk mengemas. umah akk agak besar maka agak rasa nak pitam disitu.

bulan puasa, waktu berbuka paling haru. semua pakat nak panjat atas meja.. bertolak2, bertarik. sape yang kalah, jatuh terlentang dan uwaaaa… tahun ni memang bulan puasa yang sangat menguji kesabaran. akk akan minum air dan bagi papa dia berbuka dengan tenang dulu. akk bawa anak2 lari sekejap dan lekakan dorang dengan benda lain macam tengok kartun dan mainan. langsung akk tak dapat nak berbuka bersama dengan papanya.

lepas papa punya shift, barulah akk punya shift. kadang makan sambil berlari sebab berkejar ada yang memanjat, ada yang jatuh terlentang, bergaduh dan sebagainya.

nahhh…. sikit sebanyak gambaran tentang akk punya hero dan heroin. dapat bayangkan2..? hehe

oke, raya tahun ni akak tak cadang nak kemana2. akk nk duduk umah dan buat rumah bertutup. sebab, tak larat dah orang datang baru sibuk nak kutip kain baju la, kutip mainan, sapu2.. dah segan weiii…

tapi seronoknya ada mereka ni, bila pegi mana2 memang riuh, duduk rumah, riuh.. dalam kereta, riuh.. shopping compleks, riuh.. hidup akk takde istilah sunyi… meriah je memanjang..

raya tahun ni, masing2 dah sibuk nak beraya sama. kasut raya dah nak basi asyik pkai melaram dalam umah. yang si kembar kecik tu pun sama ikut along dan angahnye.. ikut je semua apa orang buat.. kelakar pun ada.
kalau balik kampung nanti tak tau la apa yang dorang nak buat pulak tahun ni..

kepada ibubapa diluar sana, masa anak2 kecil memang la penat tapi seronok. just enjoy sebab masa cepat berlalu dan nanti anda takkan dapat alami semua ni lagi.

kepada anak2 ibu, walaupun sekarang ni korang tak reti baca lagi, suatu hari nanti kalu korang terbaca, segarang mana pun ibu, semarah mana pun ibu tetap sayang korang. cepatla membesar nanti kita boleh buat biskut raya sama2 okeh..

~~ selamat hari raya aidilfitri

– – mak bunga

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

12 Comments

  1. I feel you, walau bukan lagi seorang ibu or isteri. tp sbg kakak dlm kluarga yg ramai, nak jaga adik 9 org tersangat laa penat, lagi2 yg 5 org ke bawah. Adoii, pening n penat sgt. Yang besar xpelaa, mudah nk diurus.

  2. Sis pernah tak dengar peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya… saya nak tanya sis.. masa sis kecil… ada tak buat perkara nakal yg menyebabkan mak sis marah dan terjerit jerit… dan saya nak tanya adakah sis masa kecik sangat baik.. sgt sopan… sangat menurut kata… atau dgn istilah yg paling tepat mcm robot… kalau tak ingat cuba tanya Mak sis.. bagaimana sis masa kecil dulu

  3. I feel you…
    Sy anak 3 org semuanya girl..
    6/5/1tahun8bulan
    Riuh bkn setaman/sekampung…sedaerah mungkin..ye,kalah boys i think..lompat sna sni,panjat sofa,selongkar almari baju..humban semua then dorg msuk dlm almari..nk drawing/colouring da bg colouring book/drawing block…dinding lantai tetap mnjadi kanvas..dibagi board, white board yg kt skola tu pun da bg…tetap tmpt yg sama jgk mnjadi kanvas..bila mandi bru bli syampu arini..botol bsr esok da kosong…aik??mcm2 lg lah…hihihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *