Raya Di Rumah Mentua

Assalamualaikum. Aku baru terbaca komen komen di FB pasal menantu tak suka balik rumah mertua.

Aku nak berkongsi juga tentang aku & mertua.

Aku asal dari selatan, mertua aku orang Utara. Memang dalam menjalani kehidupan hari2, banyak beza cara hidup.

Awal awal kahwin memang tiada masalah. Masalah bermula bila aku dapat anak sulung. Mertua aku nak aku ikut cara dia.

Masa anak sulung aku lahir, aku bagi susu ibu. Walaupun kerja aku yakin, insyaAllah aku boleh bagi susu ibu.

Tapi mak mertua aku ni, paksa bagi susu tepung. Sebab dia nak ambil jaga anak aku tu.

Pertama kali dalam hidup, aku terperanjat & tersentap, bila mak mertua aku tiba tiba tengking aku. Hanya kerana aku bagi susu ibu pada anak.

Berdosa ke aku bagi susu ibu? Mana hukum yang menyuruh, cucu wajib dijaga oleh neneknya?

Laki aku pun masa tu ikut je cakap maknya. Memang aku tak tahan. Dah la duit susu, pampers aku tanggung. Ada hati nak jaga cucu.

Bermula episode tu, hubungan kami dah tak berapa baik.

Pernah satu tahun tu, laki aku janji, lepas solat raya nak balik kampung aku.

Sebab kampung aku jauh, balik setahun setakat sekali dua je. Dia balik rumah dia tiap tiap bulan. Kadang sebulan banyak kali.

Sedaranya kenduri kami balik, adik lelaki nak beli seluar sekolah pun kami balik, nak hantar adik perempuan dia naik bas balik ke Melaka pun kami balik rumah dia.

Duit minyak & kereta balik rumah maknya, aku yang tanggung. Jangan tanya kenapa, kalau aku cerita pasal duit, Lagi banyak aku nak tulis.

Sejak peristiwa tu juga, bila balik rumah maknya, ada aje yang tak kena. Jiran jirannya perli, konon aku tak tahan panas duduk rumah mertua.

Aku saja kata panas. Takkan aku nak cakap & beritahu jiran jirannya, aku kene tengking dengan mertua. Kalau aku cerita pun mesti orang tak percaya.

Pernah sekali balik masa raya Haji kat rumah mertua. Aku demam panas.

Dah la cuaca panas, aku tido atas lantai. Makanan pun ada takde. Orang orang dalam rumah tu, termasuk laki aku buat endah tak endah je.

Sekarang tobat aku nak balik rumah mertua lama lama.

Kepada yang mengata, mengutuk, memfitnah, jumpalah nanti di akhirat sana. Sebanyak mana kalian nak kata. Saya tak redha.

Sekian..

– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *