Aku Tak Tahu Nak Rasa Apa II

Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-tak-tahu-nak-rasa-apa/).

Hi. Star kembali. Saya ada tulis confession sebelum ni.

Pertama sekali, saya minta maaf ya kakak abang sebab tulis terlalu panjang. Saya ni tidak pandai mengarang dan tulis ikut perasaan masa tu.

Yelah, saya tak pernah rasa perasaan aka bercinta tu. Buntu. Sebab tu saya nak minta pendapat akak dan abang semua yang lebih makan garam daripada saya.

Kedua, terima kasih kakak abang yang baik menegur, bagi nasihat dan juga bagi kata-kata motivasi. Saya hargai sangat-sangat. Kakak dan abang sekalian memang terbaik.

Untuk masalah saya tu, saya akhirnya dah jumpa kata-kata putus selepas baca komen kalian semua.

Lepas beberapa hari berperang dengan diri sendiri, berlawan antara perasaan sendiri, saya ambil keputusan untuk tak beri perasaan saya pada dia sebab saya ada perasaan takut dan risau kalau apa-apa jadi nanti.

Memang betul apa yang seorang akak ni kata, lelaki ni kalau dia kata dia suka kita or lovebombing semata-mata untuk dapatkan kepercayaan kita.

Si dia sekarang ni memang selalu ulang-ulang perkataan tu, dan saya tetap tak percaya dan takut untuk percaya. Perasaan insecure dan negative thoughts saya terlalu tinggi.

Jadi sekarang ni saya letak barrier antara diri saya dan dia, walaupun dia kata dia sayang ke suka ke, at then of the day saya tetap akan ragu-ragu.

Sungguh, kata-kata akak dan abang sekalian menguatkan lagi hati saya untuk tetap awas dan berhati-hati. Saya tetap dengan pendapat akak abang semua untuk maintain kawan je dengan dia.

Saya tak rasa bersalah sebab saya yakin negative thoughts dan insecurities saya sebenarnya nak bagitau pada saya jangan jatuh hati terlalu cepat.

Macam ada akak ni kata, love yourself first. Jadi saya utamakan apa yag saya rasa berbanding perasaan dia terhadap saya. Kalau tidak, sebelum baca komen tu semua, saya rasa bersalah gila gilaaa pada dia, patut ke saya suka dia balik, etc.

Doakan saya untuk kuatkan hati berperang dengan perasaan saya sendiri. Betul apa yang akak abang kata, teruskan belajar dahulu, tapi, perasaan ni bukan senang nak buang macamtu je,

Alah, macam akak dan abang mula2 bercinta masa zaman muda dulu. Rasa nak ada teman berbual, bergurau gurau hahaha.

Cuma sayalah yang banyak sangat kerisauan sampai saya tak bagi hati saya pada dia, mungkin akan, tapi lama lagi untuk saya buat begitu.

Kalau dia tak boleh tunggu, dia boleh pergi dari hidup saya dan tak ada jodohlah tu.

Kepada akak dan abang yang nasihat saya untuk kurus dan sayangi diri sendiri dahulu pun saya pun saya hargai sangat-sangat.

Memang betul, bila kita kurus ni nak cari kerja pun senang dan tak adalah nak rasa insecure sahaja.

InshaAllah, memang itu azam saya untuk tahun ni dan saya pun dah start jaga portion makanan.

Lepas baca komen-komen tu saya rasa inilah petanda untuk saya untuk betul-betul kuruskan badan sedikit.

Pendek je kali ni. Saya takut akak abang marah lagi saya tulis panjang-panjang. Jangan marah, hehehe.

Tapi di sini juga saya nak ucapkan ribuan terima kasih yang support saya, yang tegur baik-baik dan bagi nasihat, betul-betul berguna untuk saya yang masih muda lagi tentang hidup ni. Akan saya rujuk nasihat akak abang selalu.

Terima kasih. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin daripada Star.

– Star (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *