RE: budak pandai mgt

Aku ingin beri motivasi yang agak kejam sedikit. Budak-budak sekarang memang lembik.

Dik, aku zaman sekolah rendah sampai menengah memang aku sangat bodoh, belajar malas, exam lagi lah semua gagal. Tapi kau orang gembira lah sebab pandai, yang bodoh macam aku ni kena asing dengan sistem sekolah yang membezakan pandai dan bodoh. Sampai nampak cikgu lebih fokus pada budak pandai dalam mengajar. Yang bodoh macam aku ini diajar ala kadar sebab dah tahu bodoh.

Satu hari ketika aku hari pertama kelas untuk diploma aku dapat rasa nikmat belajar macam kau belajar. Dan aku gunakan apa yang aku dapat untuk ajar kawan dan junior, berkat itu aku dapat jadi berguna untuk diri dan masyarakat. Dan aku mulai sedar apa yang aku belajar zaman diploma itu permulaan kehidupan realiti aku untuk terus berbakti pada yang memerlukan dan aku syukur seperti ini walau tidak pandai.

Dan ingatlah kau kena tahu apa yang kau lakukan dan mengapa kau buat begitu. Pesan terakhir jangan kerana obses rasa nak bunuh diri kerana tak dapat jawap exam. Kau akan faham kemudian hari apa yang kau sungguh itu kadang tidak berguna langsung akibat tidak fikir kehadapan.

– Man From Nowhere

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *