Realiti Jual Beli Rumah Melalui Ejen II

Untuk part I, (https://iiumc.com/realiti-jual-rumah-melalui-ejen/).

Hai semua, saya Piyah.. Saya pernah hantar confession sebelum ni. Terima kasih admin kalau confession kedua saya ni pun disiarkan..

Sedikit disclaimer, post saya bukan untuk nampakkan keburukan, tapi saya nak beritahu the other side of the story. Tak semua berniat jahat, cuma saya nak bagi kesedaran pada semua untuk lebih berhati-hati..

Sebelum teruskan pada confession kedua ni, saya nak jawab komen2 pada confession pertama saya yang dulu, ramai yang komen yang selalu “buat hal” ni broker, bukan agent.

Untuk makluman semua, firm saya 99% bergantung pada agent dibawah agensi hartanah. Maknanya, apa-apa kes yang saya akan cerita kan, adalah daripada agent, bukan broker. Agensi hartanah yang dimaksudkan sangat terkenal di kawasan saya, siap ada billboard lagi..

Untuk confession kedua ni, saya nak beritahu pembaca semua, kebanyakkan firm yang buat urusan jual beli rumah (subsale umumnya) adalah firm milik agensi hartanah.

Praktis ini dah meluas kat malaysia, terutamanya di bandar-bandar besar. Maksudnya agensi hartanah akan buka firm, dan cari lawyer untuk kerja dengan mereka,

Ini bermakna firm tu bukan kepunyaan lawyer ataupun, sorang lawyer (cawangan utama) akan bagi nama dia untuk agensi ni bukak cawangan-cawangan lain guna nama firm dia. Kiranya macam sleeping partner la.

Cara senang nak detect adalah firm tu ada banyak cawangan, tapi lawyer muda-muda (ini faktor nak jimatkan kos, lawyer senior bayaran tinggi). Biasanya firm ni akan ada lawyer muda, tapi staff yang berpengalaman.

Point saya pada kali ini adalah;

1. LANTIK PEGUAM SENDIRI (terutamanya pembeli).

Bila korang beli rumah melalui agent, agent akan bawa korang pada firm dorang sendiri (macam saya cerita kat atas tadi), tapi dorang akan cakap tu “firm panel”.. nak bagi korang yakin yang firm tersebut adalah independent.

Ada sorang kawan saya nak beli rumah, dah contact saya untuk sediakan dokumen, bila agent dia tahu, dia kena marah, agent suruh guna lawyer agent tu pilih (dalam kes pembeli tak kenal penjual, agent akan cakap penjual yang lantik lawyer ni, padahal tidak ye).

Walhal kawan saya kena bayar macam biasa, bukannya free. Saya beritahu kawan saya, tujuan lantik lawyer ni bukan semata-mata untuk urusan dokumen, ianya lebih kepada untuk melindungi kepentingan pihak-pihak, terutamanya pembeli.

Bila dia gunakan lawyer agent, sekiranya berlaku apa-apa, tentu lawyer agent akan back-up agent dan penjual (sebab boleh saja cari pembeli lain, agensi hartanah, mestilah nak ada “hartanah”, so penjual lebih dilindungi dalam kes ni).

Nasib baik kawan saya berani, dia cakap semula dengan agent tu, dia lantik lawyer untuk diri dia, kenapa agent nak marah-marah, lepastu dapat la saya buat kes kawan saya tu even agent dia tak puas hati

Bukan apa, saya pernah ada kes, mmg salah agent (firm saya la yang uruskan), tapi kami tak boleh buat apa-apa, kami tetap kena back-up agent (as majikan), walau kesian pada client.

Client saya tu tak puas hati, dia lantik lawyer lain, dan lawyer tu hantar surat tuntut ganti rugi, kalau tak bayar, akan bawak kes ke court, barulah firm saya bayar ganti rugi tu sebab takut kena report.

Client saya yang ni orang senang la, so ada duit nak upah lawyer lain. Kalau yang tak berapa ada duit tu, akan diam saja bila kena macam ni.

Lagi satu, selalunya agent akan pujuk guna lawyer dia dengan main harga, untuk makluman, harga semua firm lebih kurang je, sebab semuanya ada cara kira yang sama ikut undang-undang, cuma akan ada beza dalam ratus2 je, tak sampai 500 pun selalunya.

Agent boleh main harga, bagi diskaun lebih dari yang sepatutnya, sebab tu kan firm agensi tu sendiri, berani la dorang main harga.

Jangan mudah terpengaruh dengan harga murah, sebab ni nak beli hartanah, bukan beli baju.. Tolong make sure kepentingan tuan/puan terlindung. Kalau agent banyak alasan tak bagi guna lawyer tuan/puan sendiri, hati-hatilah, takut ada masalah lain yang cuba dicover.

2. PENJUAL DAN PEMBELI PERLU BERJUMPA.

Point ni saya paling geram sekali. Kami ni, bila nak uruskan file, selalu kena warning jangan bagi pembeli dengan penjual berjumpa. Sebab apa? sebab “main harga”..

Macam kes kak A kat first confession saya, Kak A berkali-kali mintak nak jumpa pembeli untuk bincang pasal deposit, tapi sampai kesudah tak dapat apa..

Untuk yang tak faham “main harga” tu, contoh penjual jual harga 250k, agent akan jual harga 300k..

Ada agent tak jujur, dia tak cakap dia naikkan harga, dia akan cakap 300k hanya untuk lepaskan loan pembeli je, walhal memang dia jual 300k pun.. Kalau pembeli dengan penjual jumpa, agent takut terkantoi. Saya pun tak tahu kenapa dorang tak nak jujur.

Jadinya, tuan/puan kalau nak jual rumah, make sure tuan/puan cakap nak contact dengan pembeli.. Saya pernah juga dapat kes, agent nak naikkan harga rumah, lepas dah sign perjanjian jual beli.. Agent cakap penjual yang naikkan harga..

Pembeli tu terus carik fb penjual, chat perjual untuk tny sendiri.. Penjual tak tahu apa-apa pun.. Sebab tu saya cadangkan untuk dua-dua pihak kenal supaya tak kena tipu dgn agent yang ambil kesempatan ni.

Selalu agent yang buat macam ni sebab dia ada pembeli lain yang nak beli dengan harga yang lebih tinggi, jadi tamak.

3. TETAPKAN HARGA.

Yang ni susah nak olah. Sebab setiap orang berbeza-beza sebab nak jual rumah. Cuma kalau boleh, jelaskan pada agent, contohnya, saya nak jual harga RM250k, saya lantik awak untuk cari pembeli pada harga yang sama. Jangan naikkan harga atau turunkan harga.

Tuan/puan perlu ingat, tuan/puan memang perlu bayar agent fees, jadinya tuan/puan berhak tetapkan harga tersebut.

Pengalaman saya pula, ada penjual jual rumah semi-D dia pada harga 500k, lepastu agent dapat cari pembeli dengan harga hampir 650k (banyakkan, kisah benar ni)..

Tapi penjual ni bila datang sign documents, bila tengok harga dah jadi 650k, dia macam marah-marah saya, macam kami ni penipu..

Saya hanya cakap, encik gunakan khidmat agent, encik patutnya tahu la pasal ni, kami sediakan dokumen je.. Saya rasa dia macam menyesal jual murah, agent dapat buat duit around 150k, hihi.

4. JANGAN AMBIL APA-APA DUIT DARI AGENT.

Yang ni paling penting sekali, terutamanya penjual. Agent akan “ikat” anda menggunakan ini.

Ada kes saya, agent naikkan harga sesuka hati dari harga yang dipersetujui semua pihak, tiba-tiba agent tamak tu naikkan harga puluh ribu.. Penjual tak setuju naikkan harga, pembeli lagi lah tak setuju kan sebab makin mahal,

Tapi rupanya, penjual ada terima 15k sebelum ini dari agent untuk “ikat” dia, yang mana kalau penjual nak cancel (dalam kes ni tak dengar cakap agent), kena bayar double jumlah itu iaitu 30k, secara tunai serta merta..

Penjual tu masa tu takde tunai banyak tu, so terpaksalah setuju ikut apa agent cakap.. Agent nak serta merta ye, bukan tunggu rumah dah siap jual baru bayar.. Kalau nak cancelkan jugak, pandai-pandai la cari duit tu..

Sebab tu saya nasihatkan, jangan sesekali ambil duit dari agent, atau kalau nak ambil, make sure ada cash untuk bayar semula sama ada double ke triple, ikut apa yang telah dipersetujui.

Itu saja confession saya untuk kali ini. Seperti saya cakap awal tadi, ini bukan untuk burukkan agent, tapi untuk bagi kesedaran pada semua.

Sekadar tambahan, bukan nak jadi racist, tapi semua kes kat atas yang saya beritahu adalah daripada bangsa paling kaya di malaysia.. Saya jarang berurusan dengan agent bangsa m, tapi setakat pengalaman saya, mereka ni lebih jujur la..

Tapi kesimpulannya, bukan bangsa atau agama, tapi perangai seseorang tu sendiri yang buat dia baik atau jahat..

Semoga sesiapa yang berurusan dengan agent lepas ni lebih celik akal, bukan jenis pak turut senang kena buli dan juga dapat agent yang jenis bertanggungjawab dan tidak ambil kesempatan..

Terima kasih.

– Piyah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> httapis://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *