Redha

Nasihat aku kepada adik2 yg baru nak masuk universiti.. Kalau universiti tersebut bukan pilihan korang , atau korang dapat kos yang korang tak suka dan tak minat .

1. Chill . Terima dulu offer tu then just go . Sebab ape ?? Sebab bukan semua orang dapat tempat di universiti . Jadi , bersyukurlah . Jangan tolak mentah2 tawaran yang korang dapat. Fikirkan berapa ramai lagi kawan-kawan kita yang tak dapat melangkah ke universiti , terpaksa bekerja membantu ibu bapa .

2. Belajar lah dulu satu sem kat sini , belajar dulu kos korang tu . Slow2 cuba terima , hadam . Try minat dgn kos tu dan belajarlah dengan hati yg ikhlas. Ingat ! Jangan fikir tentang kerja , pointer atau deanlist masa tengah belajar . Sebaiknya belajarlah kerana Allah . Bila kita ikhlas Lillahitaala , perkara-perkara yang baik akan sentiasa ikut langkah kita . Kita juga akan rasa mudah dan tidak terbeban selama kita belajar walaupun kos tu susah .

3. Seadainya tak boleh juga , boleh la solat istikharah , minta petunjuk Allah jalan2 yg patut korang pilih seterusnya . Tukar kos , tukar universiti atau teruskan sahaja . Ini penting . Jangan buat keputusan melulu dan ikut perasaan sahaja . Berdoalah selalu agar Allag berikan kita jawapan yang paling baik . Kadang-kadang jawapan daripada doa dan istikharah bukan daripada mimpi sahaja . Boleh jadi dari gerak hati , kemudahan yg Allah bagi sepanjang urusan-urusan kita nak tukar kos dan macam-macam lagi.

4. Pesanan paling penting : Redha . Kadang2 sesuatu yg kita rasa baik , tak semestinya bagus utk kita . Begitu juga sebaliknya . Allah lebih mengetahui . Apa yg Allah dah beri , terima dan bersyukurlah . Sebab apa ? Sebab Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita . Mungkin bagi korang senang untuk aku cakap tapi percayalah , bila kita redha , kita akan rasa tenang .

Aku dulu pun masuk universiti dan dapat kos yg aku tak nak . Aku pergi juga teruskan dalam masa yg sama berdoa dan solat istikharah supaya aku boleh buat pilihan dgn betul . Sepanjang satu sem , hati aku berbelah bagi nak tukar kos atau tak nak . Lepas sem 1 aku dah isi borang tukar kos dah . Time nak hantar , borang tu hilang . Aku pun menggelabah cari borang tu . Tiba2…..Mak aku pulak call . Dia kata dia tak nak aku tukar kos . Aku pun terpaksa ikut sebab restu beliau sangat penting bagi aku . See ?? Allah dah atur segalanya . Sampai sekarang , aku memang tak minat dgn kos yg aku belajar . Tapi aku memandang nilai ilmu dan perkara2 yang bermanfaat daripada kos tu , aku teruskan . Aku tak ada perancangan atau cita2 yg khusus utk masa depan . Tapi aku buat yg terbaik setiap sem dan percaya tuhan akan bantu permudahkan urusan aku . Alhamdulillah , dalam pada aku tak minat dgn kos ni , aku dah nak masuk third year dah pun . Banyak hikmah yg aku dapat sepanjang kat sini . Aku kenal dgn ramai orang yang baik dan urusan hidup aku smooth . Aku belajar banyak perkara dalam kos ni yg selama ni aku tak pernah terfikir pun nak ambil tahu . Kawan-kawan aku kebanyakannya supportive , suka menolong dan banyak buat aku berubah jadi lebih baik . Alhamdulillah . Aku bahagia dengan life aku sekarang .

Kesimpulannya , jadilah orang yg redha dan tak mudah putus asa . Bukan semua perkara yg kita mahu , kita akan dapat . Belajar terima sesuatu dgn seadanya kerana mungkin itulah yg paling baik utk kita . Yang paling penting , selalu bersangka baik dengan Allah .

– Meen

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit