Renungan Buat Semua Ibu Mertua

Assalamualaikum. Terima kasih if admin siarkan coretan aku ni. Ini buka kisah KRT, ia juga bukan fantasi tapi ini REALITI.

Aku nak berpesan pada wanita diluar sana. Jika ditakdirkan satu hari nanti kau jadi mertua, maka jadi lah mertua yang berhati perut dan tidak memporak perandakan rumahtangga anak2.

Aku menantu yang malang, sedang melalui jalan takdir dibenci mertua.

Mertua suka control hidup aku dan suami. Nak anaknya ikut telunjuk dia saja, itu ini serba tak kena dimatanya. Bila aku luahkan yang aku tak selesa dengan cara dia.

Habis air muka and maruah aku dipijak, dijaja buruk aku pada anak menantu yang lain.

Banyak lagi yang dia buat hatiku terluka, sungguh sukar untuk aku terima sebab mak ayah aku tak layan suamiku hina sebegitu apatah lagi mencampuri urusan rumahtangga anak2..

Mujur suami selalu ada di sampingku tatkala maruah aku dibawah tapak kaki ibu mertua.

Wahai mertua, engkau harus menyedari ketika anak lelakimu menikah ertinya dia akan menjadi pemimpin dan imam dalam sebuah keluarga baru maka janganlah engkau turut campur kecuali dalam hal kebaikan.

Engkau memang ibu dari anakmu tapi bukan bererti engkau harus turut adil dalam urusan keluarga mereka.

Mertua.. Jangan pernah engkau mengkritik segala kekurangan menantumu kerana pastinya anak lelakimu juga punya kekurangan di mata isteri dan mertuanya.

Jangan engkau katakan, engkau tahu segalanya tentang anak lelakimu, engkau hanya tahu dia sebatas anak, bukan suami. Dan anakmu pun memperlakukan engkau hanya sebatas ibu bukan isteri.

Jangan engkau membicarakan kekurangan menantumu kepada orang lain kerana menantumu juga boleh membuka segala kekurangan anakmu.

Mertua engkau pun pernah menjadi menantu maka engkau pun tahu bagaimana jika kehidupan rumah tanggamu ada campur tangan mertua. Tidak selesa bukan?

Mungkin engkau merasa berbuat baik kepada mereka tapi tidak bagi mereka, tugasmu hanya menasihati bukan mencampuri. Pasti engkau sebagai mertua juga ingin di hormati maka itu hargailah menantumu.

Wahai mertua, jangan engkau bandingkan menantumu dengan menantu yang lain dek kerana harta pangkat dan rupa, apa kamu sudi jika di bandingkan dengan mertua yang lain?

Boleh jadi menantu orang lain baik kerana mertuanya lebih menghargai sang menantu, maka jika kamu ingin menantumu baik dan menghormatimu maka hargailah menantumu.

Ingatlah, mertua memang tidak ada mertua derhaka, tapi engkau mungkin termasuk dalam kategori mertua yang zalim jika terjadi perpecahan dalam rumah tangga anakmu,

Apa lagi sampai terjadi perceraian maka engkau turut berkongsi dalam dosa yang telah engkau perbuat. Memang gelaranmu ibu, ibu juga punya dosa pada anak, engkau juga turut berdosa pada Allah Taala.

Jika sang menantu menjadi derhaka terhadap anakmu maka engkau juga menanggung dosa atas perbuatanmu, boleh jadi engkaulah yang menyebabkan menantumu menjadi derhaka terhadap anakmu.

Wahai mertua, jika engkau mempunyai anak perempuan maka ingatlah bahawa suatu saat anak perempuanmu akan menjadi menantu orang lain,

Apa engkau ikhlas anak perempuan mu di perlakukan sama seperti engkau memperlakukan menantumu?

Buat mertua, berlaku baiklah kepada menantumu agar anak-anakmu pun di perlakukan baik oleh mertuanya.

Buat menantu, jika mertua layanmu hina. Redha dan keluarlah menjauhkan diri. Kerana kita juga punya hati dan perasaan sendiri yang perlu dijaga.

– Sekian dari menantu yang terluka.

– Menantu yang tak disayangi. (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *