Khas untuk Azie yang meluahkan tentang kakak ipar fake (https://iiumc.com/kakak-ipar-
Aku sebagai kakak ipar yang berkahwin dengan anak sulung dalam family terpanggil nak menjawab segala kegusaran Azie.
Sepanjang hidup aku, aku hanya ada seorang adik kandung sahaja untuk di handle. Bila kahwin, aku dapat 5 orang adik ipar bawah aku.
Maka, ada sedikit shock lah di situ. Adik ipar nombor 4 dan nombor 5 masih belajar di universiti tempatan.
Kadang- kadang, kalau diorang cuti semester atau cuti hujung minggu, mesti balik tinggal kat rumah abang sulung (suami aku) diorang ni. Sebabnya rumah mak abah jauh.
Ya, memang ni rumah diorang juga sebab rumah ni dibeli oleh abah mertua aku untuk anak dia tinggal. Jadi aku dikira menumpang lah.
Oleh itu, aku tak pernah nak kata apa bila diorang selalu datang rumah ni.
Tapi, bila terlalu selalu sangat, hampir setiap hujung minggu, aku pun rasa macam dah kurang masa privacy untuk aku spend time dengan suami aku.
Maklumlah, kami suami isteri bekerja sepenuh masa, cuma masa hujung minggu sahaja lah dapat spend time sama-sama.
Biasanya masa hujung minggu kami akan pergi dating berdua ke mall atau mana-mana lah (kami masih belum ada rezeki anak).
Tapi bila ada adik ipar di rumah, suami rasa tak selesa nak keluar berdua, asyik risaukan adik-adik yang tinggal di rumah.
Maka, kami duduk rumah saja masa weekend tak pergi mana-mana. Adik-adik ipar aku tak ada kereta sendiri dan tak ada lesen. Suami aku biasanya jemput dan hantar diorang balik ke kampus.
Aku pernah suarakan kat suami, kenapa adik-adik mesti balik ke sini sedangkan diorang ada rumah abang-abang yang lain yang boleh diorang pergi (semuanya tak jauh dari rumah suami).
Suami aku ingatkan aku yang ni rumah diorang juga, kita hanya tumpang rumah abah.
Aku pun reda sajalah.
Untuk menjawab artikel Azie, aku sarankan agar Azie dan adik pindahlah keluar dari rumah abang tu.
Walaupun tu abang kandung korang, tapi kena faham, abang tu dah ada keluarga dan isteri dia perlukan masa privacy untuk dia dan keluarga.
Kakak ipar kau bukan fake. Dia hanya luahkan apa yang dia rasa dekat kakak dia, to keep her sanity. Aku harap emosi kakak ipar korang masih okay sebab privacy dia dah kena invade.
Dia layan korang dah cukup elok, siap jaga masa sakit, jaga rumah bagi bersih, sental bilik air korang.
Apa lagi yang korang tak bersyukur ni?
Beli barang rumah pun korang nak claim. Bila dah bekerja, pandai-pandai lah hulur. Nothing is free in this world sis. Common sense tu tolong lah tingkatkan. Jangan jadi selfish, fikir pasal diri sendiri je.
Untuk kes aku, walaupun adik-adik ipar datang masa hujung minggu je, aku tetap ada rasa tak selesa tu. Tapi aku masih ok sebab aku sedar aku hanya tumpang rumah orang.
Tapikan, aku geram juga kadang-kadang sebab dah macam jadi bibik diorang. Baju-baju kotor ditinggalkan saja dalam mesin basuh. Hujung-hujung aku jugak yang kena basuh. Nasib la nak!
– Amie (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit