REPLY: “Pentingnya Sex Education”

Salam, aku namakan diri sebagai Si Bongsu sebab anak terakhir dalam family.

Bila baca article “Pentingnya Sex Education” (https://iiumc.com/pentingnya-sex-education/), terus mengingatkan kepada trauma yang aku sendiri alami dari own flesh blood aku. Which supposedly to protect me since I was young, but he did dirty to me.

Masa tu aku sangat tak tahu apa apa tentang hal sedemikian kerana tak pernah disebut oldh parents aku, mungkin terlalu tabol bagi mereka untuk dedahkan hal sedemikian untuk anak yang masa kecil.

Hal ini jadi tiga kali seingat aku. Bermula masa aku umur 9, 10 dan 14 mungkin.

Ketika kecil, keluarga aku tinggal di rumah yang agak kecil disamping aku yang mempunyai siblings yang agak ramai (lebih dari lima). Jadinya kami banyak tidur di ruang tamu.

Kejadian pertama terjadi ketika aku berusia 9 tahun, abang aku tak silap dia berumur 13/14 tahun. Selalunya aku memang jenis tidur susah nak terjaga tapi entah kenapa tiga kejadian aku telah alami ibarat aku tidur tidur ayam.

Kejadian pertama, abang aku sentuh dan g*s*k private part bawah aku dengan tangan dia masa sebelum dia nak ambil wudu untuk solat subuh.

Tergamak dia buat macam tu dan masih punyai pemikiran kotor dan jijik buat dekat adik sendiri sebelum buat ibadah.

Aku masa tu sangat sangat zero tak tahu benda tu salah dan dia tak patut buat walaupun aku rasa pelik masa tu.

Jadinya, aku hanya buat seperti tiada apa yang berlaku dan tak cerita pada sesiapa ahli keluarga sebab I was too dumb. I wish I knew about this very very earlier.

Kejadian kedua berlaku setahun lebih kemudian, entah macam mana dia tidur sebelah aku dan dijadikan cerita mungkin dia randomly terpeluk aku masa tengah tidur dan dia terjaga dari hal randomnya.

Again, aku teriba dalam mode tidur tidur ayam yang buat aku separa sedar. Ya, si abang buat hal sama lagi dan lagi lama dari kejadian pertama.

Keesokan harinya, aku cerita dekat salah seorang abang yang lain sebab semua kakak yang aku punya tiada di rumah (asrama sekolah dan uni), abang aku tu cuma angguk je.

Again, aku cerita tanpa aku memahami langsung limitations yang perlu sebab masa tu aku rasa pelik kenapa si abang lagi satu buat hal macam tu ketika waktu tidur.

Dan, no action taken dan aku budak yang noob dan dumb masa tu fikir takde apa kot.

Kejadian ketiga masa aku umur 13/14, cuma kalini aku tak pasti abang yang sama atau yang lain sebab again aku tidur dalam mode separa sedar akan hal tu.

Aku dapat rasa ada tangan yang sentuh private parts atas aku dengan tangan dia.

Masa ni aku dah mula faham akan limitations yang perlu ada dan aku tahu kalau aku cerita dekat family pasti tiada yang percaya sebab benda macam ni tiada bukti dan aku bongsu yang jarak umur dekat lima tahun dengan si abang tu.

Takkan mak ayah nak percaya si abang nak buat macam tu kan, patut lindungi satu satunya si adik yang masih ada.

Sampai sekarang, usia aku >25 tahun dah dan aku masih tak mampu untuk lupakan. Sampai aku trauma dengan lelaki untuk berkenalan bagi hubungan yang serius dan halal. Patut abang sendiri protect adik, tapi sebaliknya.

Harap parents yang baca ni, tolong didik dan terapkan dalam proses tumbesaran anak anak akan limitations yang perlu sesama adik beradik dan orang luar.

Lagi lagi dalam fasa teknologi dan digital ni. Segala benda tontonan mudah didapati dan ditonton dengan akses yang lebih mudah.

My family never did tell anything to me about the limitations, I was really clueless masa segala kejadian yang berlaku except umur 13/14 tu. Tapi trauma nya tak pernah hilang.

Aku rasa mungkin abang aku pengaruh kawan kawan atau dia tonton senyap senyap video tak sepatutnya yang mendorong dia cuba nak buat pada aku.

Entahlah, aku dah maafkan dia sepenuhnya ke belum yang pasti the trauma never heals yet, dan aku tak pernah cerita dekat sesiapa sampai sekarang. I wish those things never happened to me. I wishh.

Tolong ya parents sekalian, ajarkan pada anak anak akan pentingnya Sex Education tu. Semoga anak anak kecil anda semua dilindungi dalam dunia yang mencabar ini.

– Si Bongsu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Must’ve been hard for you. It’s fine. Benda dah lepas. Berhati hati. Jaga diri dan spread awareness dekat orang lain.

  2. Faham sangat situasi yang macam ni. Child trauma memang akan membawa sampai ke besar. Tapi ada proses untuk kita melepaskan rasa trauma kita dengan confess benda ni dengan family. It is hard to do but yes untuk kita. Kita kena ready mental dan fizikal bila berhadapan dengan family untuk luahkan apa yang jadi. Benda macam ni ni yang aku perasan ramai orang2 “normalize” takde apa, benda dah lepas. kena moles waktu kecil bila dah besar yes benda tu dah lepas tapi core memory kita akan play benda tu dan jadikan kita trauma.

  3. tapi harapnya confessor kuat dan ada keberanian untuk confront benda ni and you have to stand for yourself

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *