Reply to : Anak yang Sedih

Assalammualaikum, syukran admin sudi approve post Irna.

Khususnya buat Miss F, do know that you’re not alone! Irna pun melalui benda tu and Irna faham rasanya.

(entri Irna ni panjang tau, saja nak bagitau hihi)

Irna duduk dengan Tokwan and Tokdad Irna kat kampung, parents Irna kerja kat ibu kota. Weekends Mama Irna baliklah kampung, jumpa Irna semua. Oh btw Papa and Mama Irna dah bercerai dah. Irna jarang jumpa Papa, tapi takdelah sampai setahun tu tak berjumpa.

Bezanya Irna dan Miss F ialah, masalah ni berlaku kat both parents Irna. Family Irna pun kecik je, Papa, Mama and Irna. Yeah Irna anak tunggal.

Mama Irna modern orangnya. Free hair. Irna takpernah nampak mama solat. Puasa tu alhamdulillah, penuh for every Ramadhan. Cuma, yang lain tu… Irna tak pernah nampak lagi.

Irna teringat, masa kecik dulu kan mana nak pikir kita cakap apa semua. Irna tanya Mama pasal solat. And there’s this one time kat rumah kawan Mama, masa tu Irna dalam 6-9 tahun kot (Irna tak ingat), masa tu Maghrib. Mama dah nak balik dah. Kawan Mama tu kata, “Eh solat kat sini jelah dulu” tapi Mama refused and nak gerak balik. Tapi Irna tegas jugak nak solat (Tokdad marah kalau tak solat) so end up Mama pun solat kat situ. Irna ingat lagi betapa puasnya hati Irna tengok Mama amik wudhu’ and pakai telekung, sebab Irna tau betapa susahnya nak tengok Mama solat masa tu.

Papa Irna pulak asal dari kampung, sama macam Mama, semuanya okay kecuali solat dan mengaji. Tapi Papa rajin bukak video ceramah, share tazkirah jumpa kat FB semua.

Irna bersyukur jugak sebab Irna tinggal dengan Tokdad dan Tokwan. Alhamdulillah, environment Islamik yang Tokdad tetapkan mengajar Irna untuk bertudung awal, belajar mengaji dan segala ilmu agama. Bila Tokdad dah pergi, Tokwan pulak ganti dengan segala nasihat and teguran pada Irna.

Bukan Irna nak kata parents Irna tak bagi Irna didikan agama, tak… Mama Papa lagi pesan kat Irna supaya jaga agama. Jaga hubungan dengan Allah. Papa sendiri tegur kalau tudung Irna pendek sangat. Mama sendiri pesan supaya sentiasa doa and berhubung dengan Allah.

Irna pernah masuk SMKA masa f1-f3, masatu Mama Papa selalulah datang lawat. One thing Irna suka masa tu ialah, masa Mama lawat, Mama kena pakai tudung (syarat untuk pelawat masuk kena tutup aurat). Irna gembira sebab ia bagaikan start of something new for Mama in shaa Allah.

Tapi lepas tu, Irna dapat masuk sekolah lain. Asrama jugak, tapi bukan aliran agama. Maknanya, no more peraturan menutup aurat, and Mama pun datang dah tak pakai tudung.

Irna rasa serba salah sangat. Irna rasa yang patutnya Irna just stay kat SMKA. At least dalam seminggu ada masa yang Mama tutup aurat.

Lepas tu Irna dapat IPTA kat utara. Ada satu scene ni memang Irna tak boleh lupa.

Mama datang utara sana nak lawat Irna. Mama bawak Irna jalan2, then berhenti kat stesen gas. Masa Mama nak pergi bayar, Irna bukak tingkap sikit sebab nak angin, tutup enjin kan.

Then Irna dengar dua pakcik tukang isi gas tu berborak.

“Anaknya menutup, maknya kemain.”

“Nilah dia masyarakat sekarang. Tak pikir agama.”

(ayat mungkin beza sebab Irna am totally not good in remembering dialogues tapi lebih kurang camtulah)

Ya Allah Irna hampir je bukak tingkap tu luas luas and sound direct kat pakcik tu. Dahlah sebelah aku je kau mengata mak aku. Nasib baik masatu Mama dah sampai kat kereta and ready nak drive off. Sampai harini Irna ingat scene tu.

Sejujurnya, Irna tak seberani Miss F nak tegur parents Irna depan-depan. Kan orang kata, kemungkaran boleh dicegah dengan 3 perkara, and hati iaitu selemah-lemah iman kan? And Irna prefer cara ke-3 tulah. Dulu, Irna takdelah istiqamah sangat dalam mendoakan parents Irna. Bila Irna ingat jelah. Tapi bila satu hari tu, makcik Irna tegur Irna. Katanya,

“Irna doakan Mama Papa tu. Irna sorang je anak mereka kan?”

And terus Irna sebak. Irna rasa Irna masih belum cukup berbakti lagi pada mereka selagi Irna tak doakan mereka. Nak menegur pun Irna takreti. Padahal selama ni, apa yang Irna buat, study semua untuk banggakan parents tapi dalam hal ni? Irna rasa fail sangat.

Sejak tu Irna tak lupa doa supaya Allah berikan hidayah kepada Irna, Papa, Mama. Kalau dulu Irna selalu doa supaya Allah satukan kembali family Irna, tapi sekarang Irna doakan parents Irna bahagia masing2 dalam syariat Allah dan walaupun masih tak layak, Irna doa semoga one day kami bertemu di syurga Aamiin.

Tipulah kalau cakap taklama. Tipulah kalau Irna tak rasa yang doa Irna mcm Allah tak dengar (astaghfirullah). Tapi lama-lama baru Irna faham, it takes time. Dan jahatnya Irna buruk sangka kat Allah.

Yang korang baca tadi tu semuanya dulu.

Benda paling first yang berlaku ialah pada Mama Irna. Mama Irna selalu dye rambut, pakai yang artificial hair dye tu lah kan. Tapi satu hari tu, kat supermarket, Mama Irna carik inai untuk rambut instead of artificial color tu. Ya Allah, hanya Allah je tau betapa Irna nangis sorang2 malam tu sebab Irna tau Allah dah mula bukakkan hati Mama.

Ya walaupun hanya dengan Mama menukar ke inai rambut.

Starting Ramadhan lepas, Mama Irna dah start solat. Masa tu Irna taktau lagi. Irna nak masuk bilik Mama, bila Irna bukak pintu, ya Allah, Irna nampak Mama solat (selalu jumpa dalam drama melayu kan scene camni, tapi ni real life tu hihi). Irna terus keluar and sebak hati jap sebab Allah sudi terima doa Irna. Walaupun sekarang ni Mama belum bersedia lagi nak pakai tudung, tapi Irna bersyukur sebab Mama dah opt for decent clothes, kalau dulu Mama takdelah berapa nak menutup aurat sangat.

Alhamdulillah sekarang Papa pun dah back to solat and mengaji. Walaupun kadang-kadang ada miss jugak, tapi still, Allah dah detikkan hati Papa nak solat. Kadang-kadang bila balik rumah Papa, Irna ada dengar Papa mengaji and trust me, suara tula paling bermakna bagi Irna daripada semua bunyi-bunyian yang lain.

So kesimpulannya kat sini, Irna nak sampaikan kat Miss F, jangan berhenti berdoa untuk parents kita. Ya, memang, it takes a very loooooong time but trust me, trust Allah, semuanya akan berbaloi in shaa Allah. Sikit sikit akan ada perubahannya. Jangan pernah putus asa dengan Allah okay? Setiap hari, selitkan doa untuk parents. Sebab doa anak yang solehah pun satu kriteria penting kan?

So Irna nak minta jasa baik korang doakan lah ya parents kami dan semua umat Islam, semoga kita ni sentiasa dilimpah hidayah Allah dan semoga Allah tarik balik kita di saat kita makin menjauh dari Allah. Aamiin.

– Irna (definitely bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *