Reply to ‘baik luaran’

Assalamualaikum.

Sis, seriously cerita awak 95% sama dengan saya!! Saya macam awak juga solat, baca Quran semua. Memang nak diceritakan kalau kawan2 tengok sy couple pun mesti diorang x kan terfikir2 sy pun buat mcm sis buat ; pegang2 semua. Sy x nak cerita lebih2 apa sy buat, malu. Yer serius teruk bila ingat balik. Dapat chance keluar malam2 habis lah even baru beberapa kali. Jujur saya still ingat dosa bila tengah buat tu semua, tapi nafsuuu, 'syok' sangat!

But one day saya decide, saya makin membesar. Saya selalu tengok orang tudung labuh semua, terfikir2 bila saya nak macam diorang. Keinginan sy membuak. Tp xkan sy nak bertudung labuh, pakai baju besar2 pergi dating lak kan. Nanti org cakap apa lak, 'ee pakai tudung labuh blabla'. Yes, dating tu lah buat niat sy tersekat. Dan yg penting, selagi sy couple sy x akan sepenuhnya dapat berubah!

Sy slow talk dgn dia kata nak berubah. After a few days tu, dia balik dari khutbah jumaat, dia cakap dia dengar khutbah pasal malu & maksiat. Yes, sy still ingat tajuk khutbah tu. Kiranya dia setuju la dengan keputusan sy nak putus utk elak maksiat. Sy gembira. Dan sampai skrg ni lah, sy single. Sy pergi majlis ilmu, cari Tuhan semula. Sy dh tinggalkan Instagram tmpt sy suka post gmbr2. Dekat fb ni pun dh xde lgsg gbr saya. Sy nak jaga diri betul2 utk suami sy!

Sy fikir long term life. Sy nak kan keluarga yg hidup ikut sunnah, maka cari suami yg baik2 lah kan? Tak pun karkun. Sy xnak ikut nafsu cintakan org yg bawak sy bermaksiat, bila diajak bernikah, taknak, belum sedia. Maksiat nak? Tapi tulah, sy agak terkilan, sekarang dah masuk 11 bulan kami putus. Dia dah ada org lain dah. Mati2 sy ingat dia setia, sbb sy first love dia (mcm sis). Before sy dapat tahu dia dah ada org lain, sy whatsapp dia, dan dia cakap akan minang saya lps habis study, mungkin masa tu dia belum couple. How sweet he is.

Tapi mana malu & maksiat dia? Couple dgn org lain! Takpela sy redha, sy ada Allah. Sis, sy dgn dia dah 6 tahun sejak sekolah lagi. Berapa ramai orang tahu hubungan kami tu tak yah cite lah. Lamanya hubungan tak menjanjikan apa2.

Nasihat sy pd sis, tingglkan lah pasangan. Selagi sis couple, sis x dpt bergerak jauh sebab terikat dengan maksiat, takut lagi parah kalau jadi cinta ala2 islamik. Ia ambil masa yg lama nak move on. Tapi kenapa nak putus asa demi mendapat redha Allah? Good luck sis!

– Pendosa juga

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *