Reply to Diari Seorang Cikgu cerita tentang Azam

Seperti confessor 'Diari Seorang Cikgu' saya juga seorang guru baharu. Posting 2014 dan terus ke tempat saya membesar di sebuah sekolah di kawasan Felda di Negeri Sembilan.

Jujurnya, kisah confessor sangat-sangat terkesan dan dekat dihati saya. Saya seorang anak Felda, membesar dari usia dua bulan sampailah habis SPM semuanya di Felda inilah. Dan alhamdulillah doa untuk berbakti kepada tempat jatuh bangun saya ini termakbul jua.

Seperti anak murid cikgu, saya ada ramai anak murid yang tidak sah taraf dari pra sekolah sehinggalah tahun 6. Hancur luluh hati bila mengetahui seorang anak kecil itu pada surat beranaknya status bapa adalah -tidak berkenaan- Agaknya apalah yang yang mereka akan fikirkan bila mengusung surat beranak mereka ke mana-mana bila besar nanti? Tak tergambar rasanya. Dan agaknya bagaimanakah rasa anak-anak, suami, isteri mereka nanti bila mengetahui?

Saya terpanggil untuk bercerita kisah saya setelah membaca beberapa komen pada post cikgu kepada Azam ini tentang jangan terlalu mengambil berat atau jangan bersifat terlalu peribadi kepada Azam. Saya sama sekali tidak bersetuju.

Saya ada seorang anak murid tahun 6 sekarang. Siti namanya. Saya mengajarnya dari tahun lepas sehingga sekarang. Pada awalnya saya pelik dengan Siti. Dia selalu dipulaukan, selalu marah, tak siap kerja, masam, tak pernah senyum langsung dan jarang lulus kertas saya. Tanpa pengetahuan dia, saya menjalankan siasatan sendiri, bertanya kepada rakam-rakan sekelasnya, guru-guru senior yang mengenali keluarganya.

Dan seperti yang saya jangka, memang ada yang tak kena. Dia seorang anak angkat. Berbintikan ayah angkatnya pada buku-bukunya (tak pernah dia tulis binti Abdullah) sedangkan dalam sistem maklumat murid dia berbintikan Abdullah. Kebanyakan guru mengetahui statusnya dari awal dia bersekolah lagi. Saya saja yang terlambat tahu sebab guru baharu kan.

Pada mulanya saya menyangkakan Siti hanya ada masalah sikap. Jadi, saya membuat satu aktiviti di dalam kelas di mana mereka hendaklah memberitahu saya apa-apa masalah, kerisauan atau kisah sedih yang terjadi pada diri mereka dan saya berjanji untuk akan membantu jika saya mampu. Tujuan utama aktiviti ini hanyalah untuk Siti.

Setelah beberapa sesi, saya mendapat respon dari Siti. "Cikgu, saya sebenarnya malu. Saya anak luar nikah, cikgu. Saya tak tahu di mana mak kandung saya. Saya sedih. Lepas ayah angkat saya meninggal, Mak selalu suruh saya buat kerja rumah sampai kadang-kadang saya kena marah sebab nak buat kerja sekolah. Saya benci mak. Semua orang tak sayang saya. Sebab tu saya selalu tak siap kerja cikgu. Maafkan saya cikgu."

Hancur hati. Oh rupanya Siti dah tahu! Saya terpukul. Saya tak tahu nak buat apa untuk membantu. Saya kasihankan dia. Patutlah dia sangat moody. Tapi saya percaya tak siapa pun antara rakan sekelasnya yang mengetahui statusnya. Dia seakan selalu menyendiri, low self esteem, sangat tak yakin diri.

Saya mendiamkan diri setelah mengetahui ceritanya tanpa berbuat apa-apa. Dalam kelas pun saya tak membantu. Sekadar mengajar seperti biasa. Alanglah bodohnya saya ketika itu. Helpless rasa. Cikgu jenis apakah saya? Saya hanya mampu marah kepada diri sendiri.

Tahun ini, sekali lagi saya rasakan tiada perubahan pada diri Siti. Dia tetap menyendiri, tak lulus, kerja tak siap. Atas nasihat Ibu saya (saya menceritakan semuanya kepada Ibu) saya buat keputusan untuk berjumpa Siti. Saya panggil dia ke bilik guru bila bilik guru tiada guru lain. Saya katakan padanya, ambik buku nota ini, tuliskan apa-apa sahaja yang awak rasa nak bagitahu kepada saya. Kita buat secret letter kita. Nanti saya balas. Hehe.

Bermulalah episod saya dan Siti berbalas surat dalam buku nota tersebut. Galakan dan semangat sentiasa saya berikan padanya dan alhamdulillah Siti punya pelajaran semakin meningkat. Dia semakin menjaga sembahyang, auratnya terjaga (di sekolah yang saya lihat), tutur kata kepada rakannya makin sopan. Dalam kelas, saya seperti biasa tetap mengajar seperti tiada apa yang berlaku antara kami cuma saya selalu menyuruhnya membantu saya dengan harapan saya sedikit sebanyak dapat rapat padanya.

It gets very personal. Jadi seorang guru, pada saya bukan sekadar tugas profesional. At least, saya tak mahu hanya sekadar menjadi guru sahaja. Saya mahu menjadi seseorang yang membantu mereka sehabis daya saya. Bukan gaji yang beribu atau nama yang gah yang saya kejarkan. Bukan. Dan sekarang, saya masih lagi membantu Siti sedaya yang saya boleh lebih-lebih lagi tak lama lagi nak UPSR.

Banyak kali saya pesan padanya, statusnya bukan salah dia. Penting untuk dia jaga diri, jaga maruah sebagai seorang perempuan dan jangan sesekali jadi seperti ibu dan ayah kandungnya. Saya sangat percaya masa depannya sangat cerah melihatkan prestasi pelajarannya yang semakin meningkat walaupun emak angkatnya masih lagi membebankan dia dengan kerja rumah yang entah apa-apa.

Untuk cikgu kepada Azam. Terus berikan Azam galakan. Cikgu ada banyak masa lagi sampai Azam tamat sekolah rendah. Biarkan hubungan itu bersifat personal. Percayalah, anak-anak tersebut juga akan lebih menghargai. Mereka tahu bila kita ikhlas sayangkan mereka. Didiklah, bukan sekadar mengajar. Allah tahu niat kita, Allah nampak usaha kita. Semoga beroleh keberkatan. Doakan juga Siti supaya dia boleh berjaya dan menjaga diri dengan sebaiknya.

Sungguh, mendidik akhlak itu sangat payah daripada memberi ilmu.

Ikhlas – Miss Cikgu

– Miss Cikgu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

19 Comments

  1. Terima kasih cikgu kerana sudi mendidik tanpa mengira pangkat, umur, taraf anak murid dll. Betul, bila ikhlas kita tak berkira dah soal gaji. Semoga hidup cikgu dirahmati. Selamat Hari Raya!

  2. Waktu ak berskolah dlu, ad cikgu yg jnis menyindir status murid2 di hadapan murid lain. & ad jugak cikgu yg mencarut di depan murid darjah 1 dgn panggilan yg x sepatutnya. Bila ak terbaca masih ad lg cikgu yg benar2 ambil berat ttg murid begini di zaman2 moden ni, ak speechless. Terima kasih cikgu sbb x membezakan murid2. Semoga Allah memberkati hidup cikgu2 yg ikhlas memberi ilmu kpd murid2nya.

    • Sy berfikir positif sahaja, kalau cikgu2 senior, mungkin tak ramai yg sensitif pasal isu macam ini sebab dah ada keluarga masing2. Tapi disekolah sy, kebanyakan kami cikgu2 muda ada group utk kami kumpul dana setiap bulan bagi membantu pelajar yg kurang mampu. Tapi duit bukan main point disini, tujuannya supaya dioerg boleh belajar dgn selesa. Ada yg dtg sekolah tak bawa duit, kesian. Kadang tak dpt nk trace semua budak siapa bawak duit atau tak. Kdg kita tak mampu bagi duit, cukuplah perhatian & kasih sayang. Mungkin dirumah dia tak dapat semua itu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *