Assalamualaikum. Korang semua. Pertama sekali, aku menulis ni bukanlah untuk bangga diri, riak, takabbur, ujub, etc. Tapi tak lain tak bukan cuma aku nak hadirkan rasa yakin korang kepada Allah SWT. Rasa keyakinan kita sbg seorang muslim yg mengatakan hanya lah Allah saja Maha Pemberi Rezeki.
Sebab itu, Allah itu ada sifat Qudrat & Iradath. Pada hakikatnya, kedua-dua sifat ini saling berkait antara satu sama lain. Inilah yg dikatakan beriman dgn Qada' & Qadar Allah. Allah takkan mencipta alam ini tanpa Qudrat-Nya. Dan even Allah ada Qudrat tapi tanpa Iradath-Nya (kehendak) tetap alam ini takkan tercipta. Btw, perumpaan bab alam ni adalah dalil 'aqli yg menunjukkan Allah itu ada sifat Qudrat & Iradath pada zat-Nya zat Allah SWT.
Cukup utk pengenalan bab Qada' & Qadar. Nak lebih² jom belajar ilmu tauhid lebih mendalam dgn guru-guru yg mursyid.
So back to the topic, aku ni adalah fresh graduate drpd sebuah uni yg agak terkemuka jugak la. Belajar course engineering. Baru sgt habis belajar dan bakal grad bulan 10 nanti insyaAllah. Jadi, mcm orang² lain, pasti aku nk cari kerja ASAP. Taknak menganggur lama-lama sebab aku ada mcm² plan lagi lepas ni dan salah satunya kahwin (tolong doakan agar Allah permudah segalanya).
Bercakap bab kabel ni, habis semua member dan kenalan² aku contact. Dan fyi, mmg aku ada agak ramai kenalan dlm bidang engineering ni. Mostly diorang yg bekerja dalam kilang. Engineer, sr engineer, manager etc. Kenalan² ni aku kenal sebab mmg member sekolah aku dan ada yg aku kenal masa aku praktikal kat tempat diorg utk complete kan diploma dan degree aku.
Ada seorang member aku ni engineer yg dh kerja dlm 3-4 tahun. Aku mintak tlg dia utk masukkan aku dlm company dia. Apa yg dia boleh buat? Aku hantar resume 2-3 kali, last² senyap mcm tu je. Ada yg bila aku contact, tanya sikit aku ni belajar course apa bagai, then last² dia senyap jugak. Sampai aku naik fed up.
So apa yg aku nk cakap kat sini? Main point aku adalah yang menetapkan rezeki, tempat kerja kita tu adalah Allah semata-mata. Bab² kabel ni adalah salah satu asbab je. Maknanya jgn terlalu bergantung harap dgn kabel² yg korang ada sehingga korang lupa Allah yg atur segalanya utk korang dan aku.
Sebabnya aku sendiri tergelincir sikit haritu dgn berharap pada kabel² yg aku ada ni. Nak dijadikan cerita Allah takdirkan aku dtg daurah kitab tauhid di bulan Ramadhan ni. Sangat byk benda yg aku belajar. Pengharapan yg tinggi cuma pada Allah, segala-galanya cuma pada Allah.
Jadi disebabkan itu aku azam sungguh² utk tak berharap pada makhluk lagi. Siang malam aku doa Allah kurniakan aku kerja yg baik, yg sesuai dgn diri aku, yg boleh dekatkan lagi aku dgn Allah. Dan sebelum bulan puasa haritu mmg aku ada attend beberapa iv kt seluruh Malaysia ni. Mana yg dapat aku pergi je tak kira jauh atau dekat.
Nak dijadikan cerita, Allah makbulkan doa aku (maybe berkat bulan Ramadhan & berkat doa drpd mak ayah, keluarga dan org² sekeliling aku sama). Aku dapat kerja dgn basic gaji yg agak tinggi bg seorang fresh graduate 3k++. Ditambah lagi dengan elaun travel dan lain² mungkin boleh cecah 7k-8k sebulan. Boleh bayang apa perasaan aku masa aku dpt job offer tu? Bersyukur tak terkira sgt².
Dan baru aku tersedar bahawa Allah dah tentukan Qada' kita sejak azali lagi. Atas apa yang kita usaha itu insyaAllah Allah akan beri. Dan kita kena ingat apa² yang kita dapat tu sebenarnya adalah ujian utk kita. Sama ada baik atau buruk. Kalau baik, pandai tak kita bersyukur kepada Allah, dan kalau buruk boleh tak kita bersabar dgn apa yg berlaku?
Walaupun apa yg aku tulis ni agak kucar kacir, jauh di sudut hati aku, aku harap korang dapat something daripada penulisan aku yg tak seberapa ni. Dan untuk tips tambahan dalam berdoa, jangan lupa doakan juga utk sahabat², kawan² seperjuangan korang. Doakan utk mereka yg di sekeliling kita. Sebab itu jugak salah satu faktor utk Allah makbulkan doa kita. Kalau tak makbul pun, tetap ada pahala kebaikan atas kita mendoakan org lain sama.
Akhir kata, selamat beribadah utk semua pada hari-hari terakhir Ramadhan ni. Moga kita semua diberkati dan diredhai Allah SWT. Mohon maaf atas apa yg ditulis di atas kalau-kalau ada kesilapan dan kekhilafan.
– Al Fakir
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Stju..semua bnd bgntung pd rzki yg Allah tntukan..usaha byk mana kalau bukan rzki kite,xkan dpt…even nasi yg kite dh nak suap dlm mlut klu bukan rzki kite xkan dpt kite rse jugak klu Allah kate bukan rzki kite…insyaAllah kne sllu usaha n jgn putus asa..