Reply to Kelantanese Why Like That

Terlebih dahulu, aku perkenalkan diri sikit. Org rumah aku ore kelate Pasir Puteh. Aku org luar. Dan yang buatkan aku tertarik nak reply pada confession bro Zul ni sebab mertua aku tak sokong pas. Awal awal dulu aku pelik, bukan ke ore kelate kuat pas? Sampai lah mertua aku explain.

Bukak komen confessor sebelum ni, ya Allah majoritinya habis maki hamun confessor. Itu belum kira yang share. Beratus jugak. Apa yang aku baca, confessor hanya 'state the obvious'. Dia bagitau apa yang dia nampak. Tak sikit pun dia kutuk kelantan. Mungkin, dia tekankan pada fasiliti jalanraya sebab jalan tu fasiliti dibawah kerajaan. Untuk buat mall pula, kan dah hilangkan budaya berniaga kecilan warga kelate. Kalau buat mall, habis terasa peniaga. Kan?

Yang menjadi masalah adalah, ramai yang komen kata "Hek eleh ore kito takdo masaaloh sek dio pulok nok gegey", "Kami ore kelate bersyukor jah apa ada"(lebih kurg gini). Bukan apa, tahun ni dah tahun ke 3 aku raya kelate. Ya Allah kalau nak pi KB time raya, jujuk kereto. Tak sanggup weh. Jalan raya tu kalau tambah 2-3 lane, takdenya hapus budaya atau suasana kampung. Ini yang pak mertua aku selalu sembang dengan aku. Dah kalau jalan tak besar, highway tak ada, bandar gitu ja, buat apa nak ada orang politik jaga. Takde benda nak jaga. Itulah tanggungjawab org politik. Kena faham ni.

Tak pelik lah kalau sabah sarawak jalan tanah merah pun masih sokong bn ye dop? Bukan apa abe mek weh, apo confessor tu cakap untuk kebaikan demo jugak. Dah 20 tahun, takkan masih nak guna alasan penindasan. Penang, Selangor pun pembangkang juga. Sekalipun betul ditindas, bawak lah pi parlimen. Fight betul betul. Kalau fight sekali dua je, lepastu lupa, baik takyah amik elaun.

Kalau ore luar kata ore kelate assobiyyah, maroh. Tapi, korang yang buktikan sendiri.

– Wan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

197 Comments

  1. salammualaikum, maaf bertanya tuan confessor pernh ke sarawak? x semua apa yg tuan state tu ‘jalan merah’ ye. meskipun ada, itu sy x nafikan. tp, sy cuma nk bgtau tu ja. no hard feeling k. in shaa Allah, kami sedng berjuang dgn kepipimpinan cm kami. mohon doannya, in shaa Allah.

  2. Apa ni tetiba isu sabah sarawak keluar ? Kau pernah datang sabah sarawak ka ? Bermastautin berapa lama dekat borneo ? Kalau setakat seminggu dua, sebulan dua, setahun dua, xyah komen sabah sarawak sangatlah. Jadah apa kaitkan pembangunan dekat sabah sarawak dengan benda yang kau mau tegakkan ? Just because majoriti undian sabah sarawak mewakili bn maka kau kaitkan ? Macam komen Muhammad Afeeq Ezzuddeen, tidak semua ada jalan merah. Memang mentaliti masyarakat seberang macam ni ka ?

    • Sy org selangor yg pernah tinggal sarawak masa sekolah rendah dulu(’98-’02)..satu yg sy suka gila psl sarawak ni…capital dia,bandar Kuching tu bersih ..bersih drp bandar2 kt selangor dan kl. Salute korg :)

    • Amik yg positif.. bg sy teguran dy ade eloknye.. sabah sarawak tu luas.. lbh luas dr semenanjung.. ade tmpt2nye yg masih perlukan kmajuan n pembangunan..

    • Semua penduduk borneo pun mahukan kemajuan. Tiada yang mahu duduk di bawah tempurung. Atas sebab itu penduduk borneo fight. Tapi bukan secara terbuka. Cuma, perlukah meletakkan sabah sarawak seperti yg si confessor katakan ?

    • Dia bg cth je tu bro..it’s okay :-) saya pon belajar kat Sarawak..Bintulu…okay jak sana..yg jln tanah merah tu pedalaman2 jek kan..aku pernah pergi sk limbang, even pedalaman, budak2 bagus, sekolah SBT & rekod akademik & kokurikulum dia mmg top! .Sana pon dah makin membangun sana.. =D

    • Saya pon org selangor ngajar ank2 melanau di daro mainland ok la tenpat sy dah jln tar ..jln merah x de just ada sungai kn naik feri hihi

    • tenang bro, sy pernah ke Sarawak dan Sabah, best sgt…walaupun ada pihak yg cuba membanding-bandingkan, tp sy x pernah rasa yg kita ni berbeza, semenanjung atau borneo hakikatnya kita semua sama shj, yg penting dpt hidup harmoni bersama…

  3. Alang-alang ada confession pasal Kelantan aku pun nak komen la nk tny sat. Aku backpack ke Tanah Merah (TM) dr Perak start raya kedua sampai raya ke-6 sebab kawan aku kahwin. Lama sikit rumah dia sebab nak tolong apa yg patut sbb ada majlis sambut menantu bagai lagi raya ke-5. Lagipun seronok nak celebrate kawan. Raya ke-6 aku nak gerak ke KB jumpa kawan lain pulak then trus nak ambil bas ke Melaka. Itu pun kawan aku yg kahwin ni cakap tak tentu ada bas dr rumah dia (TM) nak ke sana. Blur jugak aku sbb baru 1st time dtg ke TM. So aku pun macam tgh gamble camne nak balik ni sbb malas menyusahkan pengantin baru kan lagipun rumah dia agak dalam dan aku sendiri tolak offer dr di dulu. Option aku mmg raya ke-6 aku nak tahan kereta tepi jalan yg otw ke KB kalau dah tak ada sgt. Ke yang orang Kelantan ada cadangan lain. Terima kasih dan sy hanya perlukan cadangan. Sekian.

    • Sis..jgn tahan kereta yg kita xknl.bhya..so suh kwn hantr kt stesn bas TM. Dr stesn bas TM..nk bas no 5..u ke Kb. Xpn.suh kwn col mn2 kereta sewa yg dia knl.u hntr k stesn bas TM

    • Rosahila Mohd Nawi seriusly ada bas? Tahu tak setiap berapa jam ya? Kawan sy yg kat TM tak pernah naik bas ke KB. Even kawan kat KB pun tak tahu.

  4. Tak payah rigid sgt dgn semangat kenegerian..kita kan satu Malaysia..hehe btw..sy pernah tinggal sarawak tahun 1998-2002 zaman tu lagi dah maju dah bandar kuching..besar..bersih….lagi bersih drp bandar2 kt semenanjung….takde pun jumpa tanah merah..yg tanah merah maybe pedalaman tapi skang mesti dah maju..dah lama x gi s’wak.

  5. Laaa, org sabah sarawak pulak nak marah. Confessor ni bukannya mengutuk pun. Come on la. Fikiran negatif je memanjang. Cuba fikir dr sudut positif. Entah celah mana yg nmpk mcm mengutuk. Rilek sudah la

  6. Saya nak bercakap atas dasar rasional dan merupakan mahasiwa dan asal dari kelantan..klau anda xtahu pasal politik malaysia jangan bercakap,saya pelajar jurusan sains politik..mmg negeri kelantan xmaju sbb anda kata,buat jalan,tapi makan masa bertahun nak siap untk pengatahuan anda,jalan raya bukan di bawah tanggunjawab kerajaan negeri,tapi kerajaan perseketuan iaitu umno,fikir lah sendiri,krajaan pas,ada duit banyak mcm umno ker,nak semua mudah,klau awak berfikiran matang,pada pru13 najib turun kelantan,janji klau kelantan dpat kpada umno,dia akan majukan kelantan,persoalan mudah,knapa perlu janji bagai,pada pru13,umno kalah,di kelantan,so dia xlaksanakan janji tuh,saya nak tanya anda,klau nak tlg,sperti jnji yg umno tabur,perlu ke kena umno memerintah kelantan,klau nak bagi kemudahan dan fisiliti untk rakyat klantan,bagi je,and saya kira PAs xbanggang lagi menolak sbb nim kemudahan rakyat..tapi apa umno lakukakan..jawapan mudah xboleh tlg kelantan sbb kelantan pas pegang ni permainan politik kotor tahu tak.,nak tlg xpayah bagi alasan..saja nak ambik kelantan dari pas,sbb tahu kubu terkuat pas di kelantan..
    Satu lah nak tegur,jangan jadi bodoh sangat belajar dulu,anda seluruh bawa perkara ni di parlimen.fakta yg sungguh kelakar,sbb di parlimen xder orang nak dngar sbb 2/3 majoriti ahli dewan adalah umno..kita kena dapat persetujuan Umno dahulu..
    Sblum bercakap,banyak ulang kaji,rakyat kelantan xbodoh nak menilai..

    • Sy stuju dgn pendapat Nur Yasmin. Allahyarham TGNA pnah meluahkan akan bekerjasama dgn Umno, malah akn mengkuburkan Pas sekiranya puak itu menjalankn pentadbiran islam di kelantan.. tapi tiada kata sepakat kearah tersebut. Maka hasilnya boleh dilihat sehingga kini. Tidak boleh dibandingkan Situasi Penang n selangor krn kedua2nya pernah ditadbir bergilir2 oleh kerajaan n pembangkang..jadi ia akn memberi kesan berlainan kpd corak pembangun yg berlainan sekali… Kalo nk crita part ni mmg 3 4 thn x abis. Kami sbg rakyat klantan tidak marah pd confessor zul dan wan, cuma panas hati seolah2 kemunduran di klantan ini salah rakyat yg tidak pernah mahu menyokong Umno tapi membiarkan pemerintah penunggang agama bermaharaja lela… jgn la membuat pemerhatian dan memberi pendapat dgn jiwa kosong.. selayaknya lihat lah dgn mata hati senario politik di klantan dan negara kita, faktor ekonomi, hasil bumi, dll.. jgn main ckp saja sbb hal sprt ini sgt sensitif. Saya harap kedua2 confessor akn lbh cenderung meneliti senario politik negara tanpa berat sebelah. Stiap parti politik di negara kita ade pro n con, begitu juga pemimpin2nya.. wallahu a’lam

    • Totally agree, mane2 yg masih xpaham better rujuk dulu federal constitution biar paham sikit.
      Xyah nk tnjuk sgt kau tu bodoh tp nk tnjuk pandai

    • Maksudnya jalan yg cantik molek Kat penang ngan selangor pun tanggungan kerajaan pusat? Sorry, saya tak amik politik, setakat politik Fb je hihi

    • Kjaan perseketuan bukan bn ke ? Umno cuma parti yg bernaung bwh bn kn. Hmm paham tak aku merepek apa. Hahaa. Mohon pencerahan.

    • Jangan tegur Zariq Aziz. Baca ayat dia pun dah takut. “Kalau anda tak tahu pasal
      Politik Malaysia jangan bercakap, saya pelajar jurusan sains politik”

      Baru pelajar dah larang orang siap bodohkan orang dalam tulisan.
      Sy pun tak pernah larang orang cakap pasal undang-undang

    • Pelajar kos jurusan sains politik ye. Cuba pegi FB professor Agus dan baca kupaasannya berkenaan isu ini. Beliau bukan sekadar pelajar yg grad pun belum lagi malah pensyarah sains politik, ahli akademik, public figure dan yg plg penting orang kelantan. P baca. Jgn jadi penyokong totok.

    • bukan nk hentam sgt pn..saja nk bagi pahamkan org yg konon2 paham dan tahu situasi sebenar yg trjadi,bila pung pang pung pang org bgtau ada plak yg ckap hentam..walhal dia tidak tahu dan tak arif dgn situasi yg sebenar trjadi..pendek kata,pandai2 dia je nk buat kesimpulan tanpa siasat..dgr pulak dari mak mentua yg sah2 org umno,sebut umno je org dh tau mainan diorg ni..

    • Persoalan saya tu untuk mereka2 yg suka komen dgn cara tunjuk negatif thinking, berhujah dengan emosi berkiblatkan nafsu marah dan berhujah untuk tunjuk hebat. ADA KE saya ulas semula topik yang si confessor tu suarakan? wahai Ariel Danial dan Hanim Ghazali?

      Terima kasih Siberian Alpha ? Saya tahu si confessor pun bukannya mahir sgt dlm apa yg beliau suarakan. Dan terima kasih untuk komen anda yang positif.

  7. Weh….tnggung jwab buat jalan bukan kerajaan kelantan yg kna…tp kerajaan pusat…nk tnggu menang kt klntan bru nk buat mmg buang masa la…

  8. hal kedua yang pelik. confessor ni takdak ilmu! Mu kalau nok oyat mende gini tapi xde ilmu politik duk umoh ah jaga bini mu. Hal2 Jalan raya ni masalah skrg tertumpu pada Kerajaan, Kerajaan persekutuan brader. Mikir molek deh, xkn sbb nok jalan raya comey pah mu keno sokong Jibby hok tok betul tu? duk kibar kok lain sokmo. Bengong

  9. Ok ini bukan psl negatif positif or apa ja..
    Post ko ni ko nak confess psl negeri ko kan kalau sa x silap la..
    Tak salah kalau ko nak banding kan or ckp psl negeri org ( sabah sarawak )
    Tpi biar lah dgn ayat yg btl..
    Apa smp kes nak ckp tanah merah?

  10. Dulu pon berhempas pulas fight pasal royalti minyakk..atee puehh jugee lerr nk dptt..tah dpt nth idok. Jgn nk jd mahcai sgt. Tgungjwb kejaan pusat kan tu. Semua negeri2 bersatu bersekutu di bawah satu negara mai bab negerj klntn aiii nk suroh sndri2 pulakk bergetir berhempas pulas fight di dewan rakyat..ate mangkoo lerr yoebb klo cenggitu

  11. Tak tahu apa apa pasal Kelantan,takyah lah citer pasal Kelantan…org selalu momokkan Kelantan negeri termiskin…tp kereta berjujuk….jammed teruk…??maksudnya apa tu…??miskin ke…?? Tak..majoriti warga Kelantan mmg perantau..dan kami dkt putrajaya ni sgt bergantung dgn peniaga peniaga dr Kelantan…isu jammed teruk kerana lebuhraya tiada Dan jalan tidak dibesarkan itu tugas kerajaan pusat… sementelah Kelantan juga telah dinafikan hak royalti petroleum berpuluh tahun.. jangan salah kan kerajaan negeri Kelantan.. mereka dah buat sebaik Dan semampu boleh…dah betul komen seorang diatas yg mengatakan,kalau nak jalan sampai sanggup sokong umno yg terang terang salah…mmg bodoh laaa…
    -sy berasal dr kl Dan menyokong penuh kepimpinan ulamak-
    Duit kerajaan negeri termiskin mungkin,tp rakyat nya tidak miskin..

  12. Ni sorang lagi bodoh mabuk ketum, acah2 tnggal kt kelantan tp sbnarnya nk attack kelantan,
    Kalau xtau pape elok senyap je , xyah nk tnjuk sgt kau tu bodoh politik

  13. Susah kalau ckp dgn puak hati tisu ni. Kena sikit nk mengamuk. Itu kan pandangan org. Kalau salah pun bukan bagi kudis dkt kelantan. Yg kelantan nak naik angin apahal? Chill la beb. Adakah disebabkan confessor ni kutuk kelantan menyebabkan org kelantan xmakan? Mati kebuluran? Tidak kan? Engko masih menyambut raya seperti biasa kan? So nk marah buat apa. Baik dok tepi makan popkon lagi baik dari engko nk meroyan

    • Hellooooooooo sikit. Mmg xbagi kudis sebab we alls semua tawan pengajian tinggi. Kesian, xdapat rasa jadi kelantenese lettewww. Bang, datang kelantan bang kau takkan jumpa iklan pompuan dedah sana dedah sini. Haha, bab jalan? Xkesahhh sikit pun haih.

    • negeri mane bro? meh nk kutuk negeri bro.. then kite tgg response bro cmne? rasanya xberkudis pn.. boleh raya lagi..

    • tolonglah,kau nampak otak singkat sgt bila komen gini..ak nk kondem kau pn mcamtu jugak la,mcam yg kau kata tu la..tak kebulur pn kau kan,gemok mcamtu jugak klau ak kutuk kau atau negeri kau..takde ilmu pasal apa yg jadi dk diam je,nnti nmpak tak cerdik.

    • Saya bukan org kelantan tapi saya tk setuju org kata benda tk tepat… You must know how politics are played…

    • Hahaha. Yup jual baju xabis lg. Sebab cuba cari rezeki halal dan xharap duit mak bapak utk beli keperluan even aku masih student. Hopefully kalau engkau masih student jgn dok perabis duit mak bapak enjoy ye. Cuba cari income dan xmenyusahkan mak bapak. Kalau dah bekerjaya bekerja elok2 jgn smpai kena buang. Dan belajar terima hakikat. Cari jln penyelesaian bukan cari alasan. Kalau kau budak uia aku teringin nak jumpa kau naik sem nnt. Tp susah nak cari. Maklumlah dp pun pinjam gambar org lain. Xpe. Nnt senang2 aku belanja la kau minum ye. InsyaAllah pakai duit aku kerja bukan duit mak bapak aku. Boleh bertukar2 pendapat dan nak juga aku selongkar minda kau yg sgt terbuka luas

    • Ak tengok last2 sekali ko yg meroyan hahahaha
      Kutuk ko bukan buat ko x makan pon kan..
      ko still boleh sambut raya kan..

      Cakap kat orang meroyan,
      Alih2 diri sendiri yang lebih.

    • Bukan apa bro. Aku xde pun meletakkan kata2 hinaan terlampau atas komen aku dkt sni. Tapi malangnya…. Malangnya….. Hmmm…. Aku dah hidup 23 tahun. 23 tahun Allah bg aku keistimewaan dimana badan aku xpernah senormal orang lain. Bukan xpernah kena kutuk… Bukan xpernah kena hina… Selalu. Tapi atas hinaan org yg sedemikian la buat aku terus maju dan melangkah utk teruskan hidup. Sampai bila kau nk bertekak atas benda yg remeh? Satu malaysia tahu orang kelantan majoriti kaya2 aku xnafikan. Dan aku tahu tentang sekatan politik yg menjadikan kelantan makin mundur. Cuma atas komen aku nak org kelantan ignore benda2 yg xjadi kudis dkt org kelantan. Berapa ramai pun org kutuk cakap kelantan xmaju bla bla bla tapi hakikatnya xboleh dinafikan. Berapa ramai anak kelantan yg berjaya. Yg berjaya tu aku xrasa pun dia amek port benda remeh ni. Dan aku tahu selagi bukan bn yg pegang kelantan maka kelantan akan terus dianak tirikan semua tahu hal ni. So dari nk marah org yg sebok kutuk kelantan baik la korang buat benda yg berfaedah. Kau layankan kata2 org apa yg kau dapat? Lagi hati kau sakit. Apa guna hidup kalau jiwa terseksa benda yg kecik? Xde dpt apa2 beb. So baik la org2 kelantan fokus pada apa yg sekarang ni diorang ada. Tapi sorry la bro. Im narrow minded person bro. Maklumlah budak lagi. Hingus masih meleleh lagi. So mereka yg komen ni kebanyakannya golongan elit yg dah berjaya. So aku terima dan aku minta maaf la kalau komen aku buat diorg bernanah mata baca. Yela budak hingusan dan narrow minded la katakan

    • Kalau mcm tu da cara provok,tu bukan meroyan…tu mental koyak sket la sbb sampai nk kait2 dgn dia punya bisnes plak…lau aku jadi dia pon aku nk gak jumpa yg jenis dlm fb sembang bukan main kemas lg…provok sampai gitu ha…

    • hahahaha.tu la.orang tua2 kata,sembang jangan kencang sgt.last2 diri sendiri yang nampak apa yang dia kata kat orang lain.bukak aib sendiri.

    • Da la bro..pedulikan je la diorg smua klu dlm kepala mindset ego mmg akan backup negeri sendiri sampai mati tu ko xboleh ubah nak wat camne…biar kan je ler….kita tgk je……

  14. Kita duduk di negeri yg azali nya parti kerajaan prsekutuan tadbir tak sama untuk kita suruh kelantan tadbiran pembangkang utk bina pembangunan sendiri. Kita tak rasa mcm mana hak2 dinafikan. Kita hanya boleh cdg etc at the end of the day, apa guna kerajaan persekutuan perintah negara ni kalo tdk adil dgn negeri2 lain, sabah sarawak, selangor tak payah citer la yg memang dpt kesan ekononi lembah klang memang lah membangun. Aku rasa benda ni senang faham dan obviously siapa yg paling bertanggungjawab dlm hal ni. Sepatutnya kritik dulu parti pemerintah bengong tu kenapa tak adil sebelum kita pukul sama rata pada negeri2 yg berdiri di tanah yang tak sama rata.

  15. Panas nya isu ni,sabar semua, berlapang dada masing-masing. Confessor ni bagi pendapat je, takkan sebab dia bukan kelantanese jadi argument dia langsung tak valid.saya nak bagi pendapat jugak tp bukan kelantanese,but my husband yes, so i’ll let kelantanese do the talk Nasrul Hakim

  16. Ambo ore klate,hari2 mandi air karat.bendo sungguh dio ni kato,jale2 blube buleh wak mero ike….xsoh duk kato la pusat xwi bantue,doh krajae negeri hok ado loni sanggup amik tanggungjwb,maknonya sanggup perbetul segalo kesalahe.bo merintoh sajo2,ado masaloh duk oyak saloh pusat,mapuh kerah la.20tahun wak mugonamo?nok tahu pemerintah tu buat kijo ko dok,tengok perlaksanae,tgk persekitare.buke denga buoh mulut sajo.buke sokong membuta tuli.PRU lepah ni ambo xsir g ngundi,xtau nk pakoh sapo,pas umno srupo tulo.badi nk kekoh,kuaso nok kijo xbuat.

  17. Alahai..jln dari kuala selangor melalui sungai besar ke arah sabak bernam kononnya ditawan parti umno pun bukannya elok sgt pun..area bagan datoh, kawasan TPM pun ‘cantik’ sgt jlnnya..sape yg dah biasa lalu area sana msti sgt arif keadaan jalannya..nak gaduh pasal jalan pulak..x patuttt

  18. Zul, you’re another dedak confessor. Yes, your wife might be from Kelantan and you, ARE not. So stop pointing fingers.

    Are you feeling so mighty with all of the developments that your state has? If so, i recommend you not to have your Raya here lah kan. Dah taknak bersesak-sesak. You know what? You’re the one who contributed kesesakan kat Kelantan ni.

    Org luar mcm pemikiran mu ni la yg menyemok masuk klate. Habis nyusoh ko ore klate.

    Hahaha.. Terasa? Hell with that.

  19. Aku orang kelantan, aku pun heran pesai apa masyarakat kelantan ni gedebe tapi hati sensitif gilaaa. Etc soal kebersihan, sep ni sentap sungguh kalu oghe luar oyap puak kelantan ni pengotor. Berlapang dada. Terima la komen orang dengan hati terbuka, bang. Lagi satu haa, pless emosi letak kat kepala lutut jap deh. Cool, jangan melenting taktentu pasal. ^_^

  20. Buh satu Mesia make budu gak, Awok2 Kelate ramai jah yg dduk luar dari Kelate. Contoh dkt Rawang, hok kijo Perodua padan ko budok Kelate jah, kedai make xsoh kira lah, siakap 3 rasa buleh g eja sikap 3 rasa. Aku asal Selangor best je kawe nge ore Kelate ni, ak pon xkwn dgn bdk satu negeri dgn ak, x masuk palo.

  21. Nadia Mohd Zaini dah fikir masak2 ke nak kawen dgn oghe klate nimm.. takut wehh ambo tgk demo nim. Psl isu jalan rayo pun nok baloh. Ahha. Mu nti dh jd rakyat klate jange nok cri pasal deh dgn oghe2 sano. Parok mu keno kekgi. Hehe

  22. Royalti minyak klantan pun dinafikan lg nk cita bab jln raya ka. Kau bgtahu aku jln mana yg tak jem masa raya? Kg aku pun jemmed der. Kampung kot! So sewa lah heli klu taknak tempuh jem. Okbai

  23. Maso kawe kijo di jkr dlu…meme krajaan negeri mitok bntuan untuk bekki jaley2 prsukutuan dgn proposal jaley2 baru di klate..tp bntuan mitok 5 juto bilo sapa 2 juto jah..meme krajaan negeri xckup duit nop cover sumo jaley hop ado..persoalan nyer mengapa di anak tirikan..walopom pembangkang memerintah xkei nop tggu ngundi jah baru napok..bkpo xstart pembangunan loni..baru laa ore sokong..pendapat ambo jah jgn kecam..

  24. apa bodo kaitkan assobiyah dgn isu ni?..dah org salahkan negeri atas kesalahan yg disebabkan oleh kerajaan persekutuan,mmang kami pertahankan la..yg takde akal je tunduk bila kena suap DEDAK,bagi senyap sampai masa pangkah geng dungu.

  25. stkt pemerhatian aku….selangor je hok napok maju sket….tu pun area shah alam je…..negeri lain xsoh nok mimpi la nok jln baru….ingat buat jln paka air liur je ke….negara xdok pitih ning mu tahu dok…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *