Reply to Miss Pemalu

Reply to Miss Pemalu

Salam alaik. Thanks kepada miss pemalu sebab confes pasal couple. Saya nak share pengalaman sikit.

Sebelum ni, saya pernah berkenalan dengan seseorang. Saya lelaki. Pada awal perkenalan, hati saya berat. Berat means terasa macam saya tak sesuai nak berkawan dengan dia. Tapi, saya buat tak endah je. Saya teruskan berkawan. Sehingga rapat, dan akhirnya bercinta.

Sepanjang percintaan, kami selalu berjumpa. Buat assignment sama2. Makan sama2. Nak tahu tak. Syaitan dah berjaya menghasut nafsu kami ke arah yang lebih berdosa. Pernah kami makan suap menyuap di restoran. Guna sudu la. Pernah jugak, masa dating dalam kereta, kami bersuap2 jugak makanan. Tapi tak bersentuhan la. Just pegang hujung2 jari. Tapi still berdosa kan. N kadang2 kami bergurau2, ada juga hampir bersentuh2 tangan. Allahu. Betapa jijiknya kami ketika itu.

Act, dia seorang yang berpurdah, dan saya seorang yang berkopiah. Pada awalnya, kami tahu benda2 tu salah, tapi disebabkan dah sayang, kami buat2 lupa semua tu. Fyi, sepanjang kami bercinta + bermaksiat, kami still tak lupa ibadah. Kadang solat saling mengingatkan. Kadang zikir saling mengingatkan. Senang cerita kami ala2 couple Islamic la gitu.

N one day. Saya rasa hati saya dah parah. Dah tenat. Iman saya dah nazak. Akhirnya saya solat taubat. Dan saya katakan pada dia, selama ni hubungan kami teruk. Lalai dek tipu daya syaitan. Akhirnya, saya dah mula slow berkawan dengan dia. Hati kecil saya yang masih ada sisa iman yang nazak tu, meronta2 minta saya kembali ke pangkal jalan. Istikharah demi istikharah, akhirnya Allah beri petunjuk yang kami tidak serasi bersama. Maka, saya nekad, saya lupakan dia perlahan2, dan dia pun turut sama, meninggalkan saya perlahan2.

Alhamdulillah. Sekarang hati saya bebas daripada cinta siapa2 manusia. Cukuplah, hati dan iman saya dah rosak teruk semasa bercinta dengan perempuan tersebut. Sampai sekarang, bila saya teringat balik saat2 'bahagia' kami, saya rasa terhina sangat2. Rasa berdosa yang teramat sebab ; pertama, buat maksiat dalam keadaan beriman (cinta+maksiat+ibadah) dan yang kedua; merosakkan maruah perempuan tersebut (sentuh2 tangan dan suap2 makan, taklah sampai terlanjur zina). Rasa berdosa dengan Allah sampai sekarang, dan rasa bersalah dengan perempuan tu sampai sekarang.

Saya ulangi taubat saya, agar Allah tidak izinkan lagi saya bercinta dengan mana2 perempuan. Cinta itu nikmat, jika diguna pada jalan yang betul (perkahwinan). Namun cinta akan jadi azab, jika dguna pada jalan yang salah (couple).

Ingatlah wahai teman2. Syaitan amat licik. Akhir zaman ni. Semakin tinggi ilmu / imej agama yang ada pada diri kita, semakin bersemangat para syaitan nak menggoda berhabis2an, sampai kita betul2 tersungkur di jalan zina.

Kalau perempuan tu baca confes saya ni, saya harap dia maafkanlah kesalahan saya masa kita bercinta dulu. Semua tu maksiat. Hanya bahagia palsu. Saya mengaku saya yang mulakan sesi suap menyuap tu. Dan dia pun asalnya malu2, lama2 dah tak malu nak suap saya. Allahu.

Saya harap, para pembaca dapat ambil iktibar daripada kisah saya ini. Berhati2lah bila berkenalan dengan sesiapa. Jika berkenan di hati, tanya Allah dahulu (istikharah), boleh ke nak simpan perasaan. Kalau ada petunjuk baik, silakan, dengan syarat berlandaskan jalan yang betul. Tapi jika sebaliknya, berhati2lah dalam melawan nafsu perasaan itu.

Akhir kata, saya copy.paste ayat salah seorang confesor dalam forum ni yang berbunyi,
"Jadilah lelaki yang benar2 layak dijadikan suami, dan jadilah perempuan yang benar2 layak dijadikan isteri."

– Rai

Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *