reply to “those who are from broken family and befriend them”

Ya, semua yg kau ckp tu betul. Lagi2 part "ada charge negative dalam diri kau"

Sebab aku pun, dari broken family. Pahit utk aku luahkan, tapi itu lah hakikat sebenar. Betapa family aku happy satu ketika dahulu wpun ayah berbini dua, tapi hancur selepas dtgnya isteri ketiga.

Ya, balik2 pun cerita yg lebih kurang sama dgn org lain. Mak ayah gaduh, ayah tk balik rumah,tak bg nafkah, mak kerja siang malam nk bg anak berbelas org makan, Adik beradik kena tgkp sbb mencuri, Adik beradik hidup tk tentu arah sosial sana sini, dan byk lagi. Termasuk aku, yg menjadi mangsa dan memberontak ketika remaja.

Sampaikan Cikgu skolah aku pernah tanya knp aku buat perangai teruk sgt Kat skolah."family awak tk bahagia ke?" Masih terngiang soalan tu kt telinga aku. Tp aku ego, aku ckp"mak ayah sy elok je. Kami bahagia, dan klau tk bahagia sekalipun Cikgu tk berhak utk tahu"
Sedangkan aku tahu, Cikgu tahu kisah keluarga aku.

Byk Kali mak2(bukan yg ketiga) aku mntk cerai, tp Allah dah aturkan smuanya. Banyak pkara terjadi yg mhalang perceraian dari berlaku. Abg2 aku meninggal, ayah masuk penjara sbb kes tipu duit org. Oh lupa nak bgthu, dulu family aku agak senang. Ayah mewahkan kami dgn duit smpi lah ayah masuk penjara, lps tu jatuh miskin smpi aku tk boleh nk trima.

Susah weh. Dari byk duit, jadi miskin papa kedana. Hidup pun harapkan beras dari baitulmal. Mak aku berniaga, itu pun berkira-kira sbb duit slalu tak cukup. Adik beradik ramai. Ayah jarang balik . Bila Mak kau dh masak sedap2, anak2 pun makan dgn bselera, mak kata jgn hbs kan. Nnt ayah balik mlm nak makan. Tapi ayah tk balik. Waktu tu, kau je yg tahu betapa sedihnya tgk Mak kau dlm keadaan mcm tu. Klau kau pun dh sedih, apatah lagi mak kau.

Susah, bila dulu kau dh terbiasa bahagia, tiba2 skrg smua mcm serba tak kena. Mak ayah aku bercerai masa aku nk dkat spm. Pernah aku gaduh dgn ayah aku sbb bini ketiga dia smpi dia tak mengaku aku anak dia. aku menangis baca msg2 dia hantar. Aku tulis atas kertas supaya aku tk lupa apa yg dia ckp pada aku. Betapa dia sgt membela perempuan tu dan ketepikan anak bini dia yg lain.

Lepas cerai keadaan jadi lagi teruk. Adik beradik mak pertama dgn yg kedua tak berapa baik. Kami baik, tapi sentiasa ada konflik. Aku nk terang pun tk thu mcm mana. Tapi byk sgt benda buruk jadi.

Dan betul jugak ckp kau, ketenangan tu hanya ada pada Allah. Aku 'jumpa' Allah masa aku Kat matrik. Kawan2 ajak aku solat jemaah, dengar tazkirah, so dri situ byk benda aku belajar.

Aku belajar yg Walau mcm mana pun mak ayah tak tunaikan hak dia thadap kita, kita wajib tunaikan hak kita sbgi anak terhadap mereka. Tapi aku manusia biasa. Selalu aku gaduh dgn ayah dan terlepas ckp tntg perkara2 dulu. Aku benci bila dia slalu salahkan mak aku atas benda buruk yg blaku Kat Adik beradik aku. Sedangkan dia takde pun dulu utk sama2 mendidik anak supaya jadi hamba Allah yg baik.

Dan aku, jadi tak percaya pada kesetiaan yg ada pada lelaki . Bg aku, setiap lelaki akan ada tendency utk curang. Lebih2 lagi kalau mereka berwang. Aku jd mcm slalu tfikir, bila aku kawin dan klau cerai, mcm mana? Macam mana klau suami aku curang? Mcm mana klau dia kawin lain? Mcm mana klau anak2 aku buat perangai mcm aku masa remaja dulu? Aku takut sgt. Aku dh nak menghampiri fasa pkahwinan insya Allah (doakan aku) tapi aku masih ada perasaan yg sgt takut klau sejarah mak aku berulang pada aku. Sedangkan lelaki tu sgt baik dgn aku. Dia selalu jadi mangsa akibat trauma yg aku alami. Bila thoughts tu dtg mula lah aku kata tknk kawin, aku ckp dia ni sama je mcm lelaki lain tk cukup satu dan byk lagi. Sedangkan dia tk buat apa. Bukan aku sengaja, tapi cuma Allah je yg tahu betapa sejarah hidup aku terlalu menghantui aku.

Dan aku pun mcm dh serik dgn kekayaan. Bg aku manusia ni klau senang, mudah berubah hati. Tapi mmg betul kan? Harta adalah ujian yg besar utk manusia. Lps tu aku tk suka lelaki hensem/ramai peminat. Pada aku lelaki tu mesti akan curang, sbb ye lah. Ramai org suka. Dan bakal suami aku ni pulak manis orgnya. Dan mmg ramai yg suka. Tu yg buat aku risau dan takut. Takut aku jd mcm mak aku, sedangkan aku tak sekuat dia.

Bukan tu je, bila cerai effect Kat anak2 mmg teruk. Adik aku jd mberontak gila lps mak ayah cerai. Susah nk duduk rumah. Asyik lepak dgn kawan tak tentu arah. Tknk sambung blajar. Mntak duit mak je tahu. Bila ayah aku pertikai, jgn nak kata sbb cerai dia jd mcm tu, aku rasa marah. Dia mgkn tk thu apa yg anak2 alami. Dia kata knp yg lain elok je, knp dia yg mberontak lebih2. Yela, klau dlm pertandingan memasak , wpun bahan sama, tapi setiap org akan masak dengan rasa yg berbeza. Mcm tu juga dgn ujian. Wpun ujian sama, penerimaan setiap org berbeza.

3 tahun lps bcerai, mak aku kawin lain. Aku bahagia tgk dia bahagia. Dh terlalu lama dia sengsara. Ini masa dia. Ayah aku masih hidup sorg. Dh bercerai dgn smua bini2 dia. Kadang aku ksian tgk ayah aku, hidup sorg, anak pun byk lebih kan mak. Aku cuba utk berlaku adil, tapi aku bukan Tuhan. Jauh dlm hati setiap org pasti dia akan lebihkan yg A berbanding B. Aku tknk aggp anak2 jauh dri ayah sbb dulu ayah slalu tkde, tapi itu lah realiti. Sbb tu, dlm setiap apa kita buat, ingat lah,akan ada balasan yg menanti .

Kadang2 aku bila dgr lagu2 masa aku dgn Adik beradik aku slalu dengar dulu, cepat je air mata mengalir. Bila tringat crita2 lama, hati aku jd sayu sgt. Entahkan bila keluarga ni nak bersatu. Aku slalu doa supaya hujung crita nnt, akhirnya keimanan yg akan mengikat kami kembali. Aku masih berharap.

Sedih. Dulu rumah ramai org. Skrg cuma 5 6 org. Dulu berbelas org. Sunyi. Sepi. Hati aku kosong. Aku rindu kenangan yg dulu.

Korg, jgn pandang mudah org yg dtg dari kluarga yg berpecah-belah . Dan ambil lah iktibar. Supaya kita boleh belajar dari bukan sahaja dri pengalaman kita, tp jugak dri pengalaman org lain.

Apa2pun, doakan lah yg terbaik utk keluarga aku. Trima kasih.

– Doraemon

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Aku senasib dengan kau…aku faham apa yang kau rasa beb…bertabahlah…dan dekatkan diri dengan Allah…tentang bapak kau tu…sekarang waktu pembayaran dia…khifarah atas kecurangan dia.
    Kau sebagai anak kena terus move on…hati2 dgn lelaki dan jangan jadi bodoh kerana cinta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *