Respon Pada ‘Hina Sangat Ke Orang Yang Berkulit Hitam’

Pada mulanya, izinkan saya menggelarkan diri akak kepada penulis cerita tersebut. Saya andaikan dia pelajar lepasan SPM berdasarkan pada ceritanya.

Masa akak mula-mula baca story adik, tgn akak automatik nak tulis komen kat situ tapi akak tersedar yg akak x mampu lakukannya. Akak tak nak orang lain tahu nama akak, identiti akak akan terdedah jadi akak tulis kat sini dan berharap sangat adik bacalah cerita akak ni.

Masa sekolah rendah dulu, akak ada kwn sekelas yg nasibnya sama seperti adik. Hanya kerana dia berkulit gelap, dia sentiasa diejek dan diusik. Lebih teruk lagi, budak-budak lelaki suka menggunakan kekerasan dengan menarik tudung, memukul, menyorokkan barang2 dia dan banyak lagi. Budak-budak perempuan yg acah2 hot pulak, suka mengejek dia sampai dia menangis. Masa tu akak darjah 5 ke 6. Akak x ingat sangat sebab bagi akak itu kenangan pahit yang akak cuba utk lupakan. Sangat mengejutkan, zaman sekolah rendah pun dah ada jenis-jenis manusia macam ni. budak2 yg acah2 cantik, hot stuff dan anggap diri dorang popular.

Kenapa akak kata cerita ini kenangan pahit bg akak?
sebab akak hanya bertindak sebagai pemerhati sahaja. Akak rakan sekelas dia tapi akak x berani nak tegur perbuatan dorang yg suka membuli dan mengejek dia. Mungkin juga sebab akak takut, akak takut kalau akak cuba back up dia, akak pula akan jd mangsa buli yang seterusnya. Ya, akak seorang pelajar nerd yg bermasalah. Akak suka tidur dalam kelas, akak selalu kena marah dengan cikgu sebab akak slow-learner, lambat pick-up, pendiam, tak suka bergaul dengan orang.

Akak tengok kawan akak tu sama je macam pelajar biasa. Dia minat Barbie, dia ada pencil Shaker, dia minat barang2 girly mcm akak juga. Dia suka bercerita tapi xde sape pun nak dengar cerita dia. Kalau ada pun, dorang buat muka macam malas nak layan (its common sense, kita boleh tau kalau org tu x suka kita). Dia selalu betul-betulkan tudung dia macam bdk sekolah biasa. Dia cuma pelajar biasa macam akak juga, macam org lain juga!

Seronok bila tengok dia gembira sebab kebanyakan waktu dia asyik menangis je. Yalah, siapa je yang x menangis kalau asyik kena buli? Masa mula2 dia beli pensil Shaker, dia tunjuk kat semua orang. Bayangkan, masa tu akak pun xde lg pensil Shaker. Dia cakaplah mak ayah dia belikan untuk dia. Akak x ingat sama ada masa tu lps rehat atau lps kelas muzik tp pensil Shaker dia hilang. Dia menangis kuat2 tapi xde siapa peduli. Dia sendiri pujuk diri dia sendiri. Dia diam sendiri. Dia mengadu kat cikgu tapi cikgu pula jenis macam acuh x acuh (aku paling benci cikgu macam ni, dgn budak pandai plus cantik bukan main lagi melayan!) Akak sedih sebab cikgu pun perangai macam tu. Akak x mampu tolong, cuma mampu perhati je sebab akak x kuat, akak penakut!

Dalam kelas, dia selalu kena ejek dengan budak2 perempuan yg bajet bagus tu. Waktu rehat pun sama. Mujurlah dorang cuma mengejek…sebab bdk2 lelaki buat kat dia lagi teruk. Dorang selalu sorok barang dia, curi barang dia, tarik tudung dia sampai terkeluar rambut. Ejekan yg akak selalu dengar, 'budak hitam' 'gigi' dan banyak lagi. Dorang ejek dia gigi sebab bila dia senyum nampak gigi dia yang sangat putih. "Eleh, dorang ejek sebab dorang jeles la tu gigi dia putih. Gigi dorang kuning pekat nak mampus." Akak cakap tu dalam hati. Entah kenapa x terkeluar ayat tu dekat dorang. Mungkin sebab akak penakut!
Itulah masalahnya, dorang bukannya hensem sangat pun, ada yg gigi rongak, gigi kuning, pakaian selekeh. Apa ntah masalah dorang ni.

Kalau waktu rehat pula, bdk2 kelas lain pun suka mengejek dia. Ada yang sanggup 'slek' kaki dia sampai dia tersadung. Tak pasal2 tudung dia kotor kena makanan. Dia menangis tapi org lain cuma mampu perhati dan simpati je. Bila kene ejek, orang lain pun gelak juga. Kenapa teruk sangat budak2 ni akak pun x tau.

Bukan akak x pernah cuba tegur dia tapi akak takut, akak akan jd mangsa buli macam dia juga. Akak kan budak nerd, pendiam, suka tidur dalam kelas. Ada je budak2 yg ejek2 tapi sebab akak ada kawan yg tolong back up dan sebab kulit akak macam org Melayu biasa, sawo matang so dorang dah malas layan akak. Pernah juga terdetik kat hati akak, kalau akak pun dorang stop ejek…mesti dia pun x lama lagi dorang akan stop juga tapi sangkaan akak meleset, dorang terus ganggu dia.

Bila dah masuk tingkatan 1, sekolah lain2 tapi sebab akak x berapa pandai jd akak sekolah biasa je yg dekat dgn rumah. Jumpalah balik kawan2 lama akak, jumpa juga dorang yg suka buli, ejek dia. Tapi akak tak jumpa dia, akak ada juga cuba2 nak cari kat kelas2 tapi x jumpa. Masa tu akak dah berani sikit, akak nak berkawan dengan dia. Akak tanya kawan akak yg setaman dengan dia, kawan akak tu cakap dia dah pindah.

Akak cuba juga cari kat Myspace sebab ramai kawan2 akak yg ada Myspace. Akak cari tapi x jumpa. Bila FB dah mula femes, akak cuba juga cari dia kat FB tapi x jumpa.

Dik, part ni paling penting. Adik kena baca part ni. Part lain nak skip xpe tapi jangan part ni.
Budak2 yang suka ejek, yang suka buli dia ditimpa masalah besar. Hidup dorang porak-peranda. yg perempuan, masa sekolah rendah budak pandai tapi bila dah masuk sekolah menengah duduk kelas belakang. Ada juga akak dengar2 cerita yg ada antara budak2 perempuan tu dah hilang dara, akhlak rosak, keluarga ada masalah. Serius akak terkejut dengar cerita tu. Ada juga akak dengar yg sakit kanser. Bila dah jadi macam tu, barulah nampak dorang dah baik sikit. xde la menggedik lagi. Yang lelaki pula, jadi pelajar bermasalah, suka melepak, hisap rokok, parents pun ada bercerai-berai. Dik, percayalah ni cerita benar!

Adik,
sekarang akak pun dah habis belajar kat universiti. Tunggu nak graduate je.
Dik, doa itu senjata orang mukmin. Doa orang yg teraniaya lg la makbul.
Akak x nak kata dorang jd macam tu sebab dia berdoa macam tu, malah akak percaya dia takkan buat macam tu sebab dia baik sangat2.
Dik, gunakan senjata adik tu yg sangat2 mujarab utk manipulasi keadaan.
adik berdoalah supaya Allah membuatkan adik menjadi seorang yang berjaya!
menjadi budak pandai yg dapat dekan setiap sem, dapat berkahwin dengan lelaki yg baik, mempunyai keluarga yg harmoni dan bahagia, mendapat pekerjaan yg gajinya 4 angka setiap bulan, dan yang penting sekali mati dalam keadaan husnul khatimah (mati dlm iman).
Gunakan doa tu untuk manipulasikan keadaan.
Akak bukan nk pengaruhi adik utk berdoa macam mana, adik ada hak untuk berdoa memohon malapetaka bagi dorang-dorang yang suka mengejek adik tapi akak percaya, adik mempunyai hati yg sangat mulia dan bersinar-sinar, manusia yg menjadi sebutan penduduk langit (para malaikat) jadi adik xkan berdoa macam tu.
Biarkan saja urusan dorang tu Allah yg settlekan.
Adik pula teruskan kehidupan macam biasa, masuk U, dapat kerja and so on.
Bukan selama-lamanya hidup adik akan macam tu. Adik akan temui juga kebahagiaan!

Akak pula masih mencari dia sebab akak rasa bersalah. Akak cuma jadi pemerhati. Macam bila kita tgk drama, kita marah sangat kat watak jahat tapi kita x boleh buat apa. Hanya mampu memerhati. Akak rasa bersalah sangat sebab akak rakan sekelas dia tp akak x back up dia, x tolong dia. Akak hanya membatukan diri.

– Si pengecut yang nak berubah

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *