Assalamualaikum dan salam aidiladha buat admin dan sahabat pembaca sekalian. Masih ingat lagi cerita walid yang merindukan anak nya?
Untuk part I, (https://iiumc.com/rindu-seorang-ayah/).
Untuk part II, (https://iiumc.com/rindu-seorang-ayah-ii/).
Untuk part III, (https://iiumc.com/rindu-seorang-ayah-iii/).
Confession aku kali ni bukan lah sambungan untuk confession sebelum ni tapi hanya sekadar berkongsi, namun sudah semestinya berkait dengan walid. Aku yakin kalau aku buat sambungan belum tentu ada pengakhiran. Moga ada sinar buat walid.
Alhamdulillah hari ini kita masih sempat meraikan hari raya aidiladha. Sebut pasal aidiladha ia berkait dengan pengorbanan. Pengorbanan nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anak nya nabi Ismail a.s kerana ketaatannya terhadap Allah swt .
Aku yakin ramai ibu ayah yang sangat gembira dapat menyambut hari raya dengan anak2 dan tak lupa juga yang kecewa atau sedih bila anak-anak tak dapat balik beraya bersama. Ya lah kan raya aidiladha ni selalu nya cuti tak panjang.
Namun bila sebut pasal pengorbanan, disini lah pengorbanan seorang anak untuk kedua ibubapa nya ketika hayat mereka masih hidup, percaya lah bila semua tiada nanti kau akan mengenali erti penyesalan.
Berbalik kepada cerita walid, raya kali ni sama dengan raya aidilfitri atau tahun sebelum ni kerana hasrat walid untuk beraya dengan anak2 tak tercapai. Oh ya, keadaan kesihatan walid makin teruk. Walid baru je keluar hospital kena serangan jantung
. Alhamdulillah nampak perubahan sikit semenjak pulang hospital. Doakan walid sahabat pembaca sekalian. Semoga walid dipanjangkan umur dan diberi kesempatan untuk beraya dan bertemu mata dengan anak2 yang dirindui.
Sejak hari pertama walid dimasukkan ke hospital, mulut walid tidak berhenti meminta aku untuk mencari anak2 nya untuk bertemu mata. Tidak lupa juga setiap waktu aku dengar walid berdoa agar anak2 nya selamat. Sayu hati bila mendengar. Puas aku pujuk walid untuk bersabar namum rindu seorang ayah aku percaya tidak mudah untuk walid tanggung.
Fyi, sampai harini aku still contact mereka. Apa cara yang aku boleh buat, aku buat. At least Aku usaha. Aku akan berjuang selagi mampu. Aku merayu sampai aku sendiri tidak percaya apa yang aku buat namun perbuatan aku sia2.
Keadaan walid kali ni sangat berbeza dengan sebelum ni. Kesihatan walid sangat merosot. Letih tidak berdaya. Boleh dikatakan walid bukan lagi seorang ayah yang aku kagumi sebelum ini dengan sifat nya yang kuat melawan penyakit dan sabar dalam apa jua perkara. Moga walid diberi kesembuhan, Aku berharap itu.
Raya aidilfitri haritu aku dapat tahu, bekas isteri walid dimasukkan ke hospital yang sama dengan sebelum ni iaitu berdekatan dengan rumah walid. Keadaan nya ketika itu boleh dikatakan merosot juga kerana tampalan operation terbuka dan bernanah. Beza nya dia dengan walid bila sakit, anak2 nya semua pulang menziarahi ibu mereka namun pada walid tidak semua itu.
Aku tahu semua ni kerana aku sendiri pergi untuk aku teruskan misi dan alhamdulillah aku dapat lihat kesemua anak2 walid. Hanya sekadar tengok bukan bertegur sapa. Disitu, aku mencari abang irham namun tidak kelihatan. Dan alhamdulillah aku jumpa jawapan yang aku nak.
Masih kah kalian ingat di confession sebelum ni aku ceritakan abang irham senyap dengan walid, rupanya abang ada cerita nya yang tersendiri. Mungkin nanti ada confession terakhir aku akan cerita kan semua nya.
Selepas raya baru lah abang irham contact umi dan meminta maaf namun tidak dia cerita kan apa yang terjadi. Aku sangat lah terkilan dan kecewa dengan anak2 walid kerana kenapa mereka tidak boleh menziarahi walid sedangkan ibu mereka boleh pulak. Lagipun jarak rumah walid dengan hospital sangat lah dekat.
Baru2 ini, aku di khabar kan seorang cucu walid dapat melanjut kan pelajaran di ipta yang berdekatan dengan rumah walid. satu family mereka datang untuk menghantar dan satu perkara buat aku terfikir, tidak kah anak walid berfikir untuk datang jenguk walid sedangkan tempat tersebut dari rumah walid hanya lah sejengka.
Tidak kah dia fikir hati seorang ayah bila mengetahui anak nya ada sekitar sini namun tidak pulang menziarahi ayah. Moga Allah lembutkan hati nya. Aku sangat berharap semoga aturan ini akan mempertemukan walid dengan anak nya. Aku tahu aturan allah itu sangat indah.
Aku yakin benda yang baik akan dipermudahkan. Akhir sekali, aku masih berharap sebelum walid menutup mata akan ada sinar bahagia. Untuk pembaca aku mengalukan nasihat dan komen2 positive dan negative dari korang.
Aku sangat berharap jika kalian dapat membantu aku untuk pertemukan walid dengan anak2. Cukup sekadar doa aku sudah bersyukur dan berterima kasih. Apa2 pertanyaan in sha Allah aku jawab. Jika ada mengenali aku, boleh tinggalkan komen nanti aku mesej korang.
Akhir sekali terima kasih sekiranya coretan ini disiarkan dan korang membaca sehingga habis. Maaf sekiranya tulisan aku tidak tersusun dan sangat panjang . Terima kasih.
– Ilham humaira (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit